Prang
Terhenti tangan Puan Nora yang sedang menyuci pinggan. Laju sahaja dia berlari ke bilik anaknya itu.
"Buka pintu ni Lia" Puan Nora mengetuk pintu bilik Adellia. Puan Nora yang risau perkara buruk berlaku kepada Adellia terus mencari kunci spare.. Terbuka sahaja pintu, Adellia sudah memegang serpihan kaca dan ditekap ke lehernya.
"Ya Allah.. Lia jangan macam sayang" Puan Nora sudah menghamburkan tangisan. Perlahan-lahan kakinya melangkah mendekati Adellia.
"Biarkan Lia mati ibu, Lia dah tak suci" Adellia semakin menekan kaca itu di lehernya. Perlahan-lahan darah mula mengalir.
"Jangan macam ni sayang, Lia masih ada ibu, ayah , dan Akif. Kami semua sayang Lia" Puan Nora masih memujuk.
"T-tapi, Kamal..." Tidak sanggup Adellia mahu menyambung kata-katanya.
"Tak sayang, dia tak sempat buat apa-apa pada Lia. Percayalah" Puan Nora masih cuba memujuk.
Akif yang baru pulang ke rumah terus bergegas ke bilik kakaknya apabila melihat ibu berdiri di depan pintu Adellia.
"Ya Allah kak, jangan buat macam ini kak..Tolong lah..aku merayu" Mata Akif juga sudah kabur.
"Biarkan Lia mati" Mata Adellia kabur dan Adellia terus rebah. Tanpa berfikir panjang, Akif terus berlari ke kakaknya. Tangan kakaknya yang memegang kaca terus di tepis. Leher kakaknya yang sudah berdarah terus ditekup menggunakan tangannya.
"Call ayah bu, kita kena bawa kakak ke hospital" Akif terus mencempung kakanya. Puan Nora terus menelefon suaminya.
Hadif mengerutkan dahi apabila nama Akif tertera pada skrinnya. Tanpa membuang masa, panggilan dijawab dan handphone miliknya ditekap di telinga.
"Assalamualikum bang, kakak warded" Terbutang mata Hadif mendengarnya.
"Waalaikumsalam, macam mana boleh warded ? Ada apa-apa berlaku ke Akif" Hadif sudah resah. Baru dua hari lepas Adellia keluar dari hospital tiba-tiba hari ini Akif memberitahu Adellia masuk ke hospital semula. Apa yang berlaku ?
"Kakak cuba bunuh diri" Ayat yang dilontarkan Akif membuatkan jantung Hadif seperti mahu tercabut.
"Nanti abang datang sana" Hadif terus menamatkan panggilan. Dia terus keluar dari pejabatnya.
"Cancel semua appoiment aku" Sempat dia memesan kepada Salina.
Hadif memandang Adellia yang terbaring kaku di katil hospital. Sakit hatinya melihat keadaan Adellia begitu. Kalau diikutkan hati yang marah, sekarang juga si kamal tu mati. Tapi dia perlu bersabar. Kamal perlu mati secara perlahan.
"Adif awak buat apa dekat sini" Hadif yang sedang membuat panggilan itu terus menamatkan panggilannya apabila Adellia bersuara.
"Dah bangun ? Aku datang nak jenguk kau lah" Hadif menjawab. Senyuman meniti bibir.
"Untuk apa Adif ? Saya malu dengan awak..saya dah tak suci" Adellia terus menghamburkan tangisannya. Hadif terus berjalan merapati Adellia bahu Adellia di pegang.
"Look at me Dahlia" Adellia memandang tepat ke dalam mata Hadif.
"Kamal tak sempat buat apa-apa dekat kau" Lembut suara yang digunakan oleh Hadif.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...