Hadif merenung gambar Adellia yang diletakkan di atas meja di officenya. Gambar dimana Adellia menutup mukannya. Hanya mata sahaja yang terlihat. Namun tetap cantik. Gila bayang ? Ya gelaran itu boleh disandang oleh Hadif.
Toktoktok
"Masuk" Hadif mengarah dan mempamerkan riak bekunya semula.
"Tuan ada meeting dengan Jaya Holding jam 2 nanti di Jaya Holding" Hadif menggangguk dan memberi isyarat tangan untuk PAnya keluar.
Sementara dia menunggu jam 2, banyak dokumen yang disemak. Maklumlah Hadif mempunyai pelbagai bisnes. Cafe, Mall, tempat menembak, padang golf dan mempunyai syarikat menjual kereta. Hadif memang minat dengan bisnes. Sesekali matanya memandang ke arah gambar Adellia. Gambar tersebut bagaikan tenaga untuk dia melakukan kerja-kerjanya.
Tepat jam 1.30 petang, Hadif menunaikan solat terlebih dahulu sebelum meeting bersama Tuan Rahman.
Jaya Holding
"Selamat datang Tuan Hadif, Dato Rahman sedang menunggu di biliknya" PA tuan Rahman terus membuka pintu bilik Tuan Rahman.
Hadif melangkah masuk ke dalam bilik Dato Rahman. Sempat Hadif menunduk sedikit ke arah PA Dato Rahman sebagai tanda terima kasih.
"Welcome Hadif" Dato Rahman memulakan bicara apabila melihat Hadif sudah melangkah masuk ke biliknya.
Hadif duduk di sofa di ruangan itu. Dato Rahman melangkah ke sofa tersebut dengan beberapa dokumen. Mensyuarat antara HZ Group dan Jaya Holding dimulakan. Serius sahaja muka yang dipaparkan. Setelah 2 jam baru selesai meeting itu.
"Thank you Hadif" Hadif hanya angguk. Malas ingin bercakap. Dengan Adellia sahaja dia banyak bercakap. Tangan Hadif berjabat dengan tangan Dato Rahman.
"Malam ini I ada buat Dinner dengan family I. Wanna join us ?" Tuan Rahman mempelawa. Sebenarnya dia ingin menjodohkan anaknya dengan Hadif.
Siapa tidak mahu bermenantukan Hadif Ziqri ? Seorang usahawan muda yang berjaya. Dato Rahman yakin anaknya akan bahagia jika bersama dengan Hadif Ziqri.
"Not interested" Hanya itu balasan Hadif dengan senyuman nipis di bibir lalu terus keluar dari pejabat Dato Rahman.
Dato Rahman tersenyum kelat. Tidak tercapailah angan-angannya ingin bermenantukan Hadif.
Hadif
-Lets dinner
Adellia
- Bila ?Hadif
-8.00pm.Adellia hanya memberikan tanda biru. Sekarang baru jam 4.15. Adellia menyambung menscroll instagram. Sudah lama dia tidak mengupdate story. Gambar dia seorang diri dipilih, tetapi dalam gambar tersebut terdapat bayang-bayang Hadif. Adellia terus mengepost gambarnya. Saja dia mengepost gambar tersebut. Lagipun bukan nampak muka pun kan ?
7.45 malam
Adellia telah selesai menunaikan solat. Adellia memandang dirinya dari pantulan cermin. Dress berwarna light brown dan disarungkan dengan white coat dipadankan dengan light brown shawl. Bibirnya dicelit sedikit lipstick. Perfume juga disembur ke badan. Puas dengan penampilannya, dia mencapai handbag berwarna hitam. Adellia menunggu Hadif di depan rumahnya. Adellia terus masuk ke dalam kereta Hadif apabila jejaka itu sudah tiba di depan rumahnya.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...