Hari ini hari paling menyakitkan hati bagi Adellia. Mana tidaknya, si Kamal boleh datang meminagnya lagi sekali padahal dia sudah memberitahu dia sudah mempunyai boyfriend. Walaupun hanya boyfriend palsu. Geram sahaja bila Adellia memandang Kamal. Rasa macam nak hempuk kepala dia guna pasu ibu.
"Yusof, hari ini kami datang nak pinangkan Adellia untuk Kamal" Kata pakcik Jusoh. Geram Adellia mendengarnya. Kecil besar-kecil besar sahaja dia memandang wajah Kamal.
"Jusoh aku minta maaf..Kali ini aku tolak lagi pinangan kau..Adellia dah berpunya dia pun sudah bawa pilihan dia berjumpa dengan kami" Pakcik Yusof membalas dengan nada yang sopan.
"Ala pakcik, tu baru boyfriend bukannya tunang atau suami lagi, saya ini lebih layak dengan Adellia, sudahlah saya seorang Engineer, kereta pula bukan macam boyfriend Adellia tu. Hanya Mercedez entah tahun berapa keluarannya, saya ini ada BMW tau" Kamal terus melemparkannya ayatnya dengan riak sekali. Semakin menyampah Adellia mendengar itu. Rasa macam ingin dilenyek muka Kamal menggunakan Myvi kesayangannya.
"Bukan begitu Kamal, pakcik ikut keputusan Adellia, ini melibatkan kebahagiaan dia. Kahwin ini bukan untuk sehari dua tapi untuk selamanya. Jika harta dan kekayaan yang menjadi keutamaan bagi kamu, kamu yakin kamu dapat bahagiakan anak pakcik ?" Pakcik Yusof tidak berkenan sebenarnya dengan Kamal. Riak sungguh lelaki muda itu.
"Mestilah saya yakin. Saya akan penuhi segala permintaan Lia. Saya sangat yakin yang Lia juga mesti cari lelaki yang berharta" Ujar Kamal. Laju kepala Adellia memandang wajah Kamal.
"Kamal, betul harta juga merupakan perkara yang perlu dititik beratkan sebelum seorang wanita memilih suami tapi apa guna kalau anak pakcik tak mahu dengan kamu ?"
"Saya minta maaf, saya dah ada pilihan hati sendiri. Saya tak boleh terima Kamal. Lagipun Kamal juga dah tahu yang saya dah ada boyfriend" Kali ini Adellia pula bersuara.
"Lia apa kurangnya saya di mata awak? Saya ada segalanya Lia" Kamal sudah meninggikan suaranya. Mereka yang mendengar suara Kamal sudah menggelengkan kepala. Begini ke sifat seorang lelaki yang akan bergelar suami. Cepat koyak betul.
"Kurangnya sebab kau bukan aku"Kedengaran suara maskulin yang baru masuk ke rumah.
Hadif keluar sebentar tadi disebabkan ingin membeli barang. Apabila tiba di rumah Adellia, kereta sudah memenuhi halaman rumah itu. Dia juga mendengar perbualan mereka.
"Kau ini siapa haa..sudah lah sesuka hati balik dengan Adellia..Adellia tu aku punya" Kamal tidak mahu mengalah
"Apa masalah awak ni Kamal, dia boyfriend saya, jadi suka hati sayalah nak bawa dia jumpa ibu ayah saya. Saya dah banyak kali cakap saya tak suka awak !" Adellia sudah hilang sabar dengan si Kamal.
Puan Nora yang sudah mendengar anaknya hilang sabar itu terus mengusap belakang badan anaknya. Dia juga tidak berkenan dengan Kamal. Akif yang mendegar kakaknya sudah mengamuk turut terkejut. Bukan selalu kakaknya bertukar jadi hulk.
"Maaf ye semua, saya harap perbincangan kita sampai di sini sahaja" Pakcik Yusof terus memotong perbualan mereka.
"Kami minta diri dulu Yusof" Pakcik Jusoh dan keluarganya bangun bersalam dengan Yusof dan Nora. Kamal yang masih tidak berganjak itu terus di tarik oleh ibunya makcik leha. Makcik Leha juga geram dengan Adellia. Anaknya cukup sempurna tapi Adellia tidak mahu dengan anaknya. Bukannya cantik sangat si Adellia. Gumam hatinya.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...