"Lia aku pregnant!" Badan Adellia dipeluk erat. Teruja!
"Gosh ! Congrats!" Adellia turut menjerit suka. Tidak sangka dengan berita gembira ini. Pelukan dileraikan.
"Suami kau dah tahu ?" Talita angguk kepalanya. Adellia tersenyum dan menarik badan Talita untuk dipeluk sekali lagi. Bahagia dengar berita baik dari sahabatnya.
"Jaga kandungan kau baik-baik" Pesan Adellia. Perut Talita diusap. Talita angguk kepala.
"Aku doakan kau pregnant tahun ni juga..Nanti anak kita boleh jadi bestfriend" Talita menadah tangan, berdoa lalu tangannya mengelus perut Adellia. Adellia ketawa kecil.
"Aminnn" Adellia mengaminkan doa sahabatnya.
"Aku nak anak kita tahu yang kita bestfriend. Aku nak anak kita nanti jadi bestfriend macam kita sekarang. Aku sayang persahabatan kita ni" Ujar Talita. Adellia angguk.
"Aku pun sama. Kita jaga friendship kita sampai syurga okay ?" Talita angguk.
Talita memeluk tubuh Adellia lagi. Gembira tak terkata. Harap-harap sahabatnya dikurniakan rezeki anak juga nanti. Bertahun-tahun Talita bersahabat dengan Adellia. Baginya Adellia sudah menjadi sebahagian dari hidupnya. Jika Talita bahagia Talita akan pastikan Adellia juga bahagia.
Kalau nak diikutkan Talita dan Adellia berjanji mahu ke HRZ Group bersama namun alahan Talita menghalang Talita untuk keluar bersama Adellia.
Adellia melangkah masuk ke dalam bangunan HZ Group. Kesemua pekerja menunduk hormat kepadanya. Semua dah tahu dia isteri kepada Hadif Ziqri. Sejak kejadian Wana hari itu, kesemua pekerja Hadif lebih menghormatinya. Baru sahaja ingin menekan butang pada private lift namanya dipanggil.
"Lia" Seorang lelaki berjalan menghampiri Adellia. Adellia mengerutkan dahi.
"Betul lah. Awak Adellia Dahlia kan ?" Adellia anggukkan kepalanya. Dia masih tidak dapat mengenal pasti siapa di hadapannya.
"Ni saya lah Ikmal" Bagaikan ada mentol di kepalanya, Adellia dapat mengigati siapa di depannya.
"Ouh hai" Sapa Adellia kekok. Dia tidak selesa dipandang sebegitu oleh Ikmal.
"Awak kerja sini ke ?" Ikmal mara setapak. Adellia terus melangkah ke belakang. Kepalanya digelengkan sebagai jawapan. Kenapalah semua lelaki yang dia kenal semuanya pervert!.
"Saya kerja kat sini" Baru sahaja tangan Ikmal mahu menyentuh tangan Adellia, tangannya sudah digengam erat oleh tangan sasa.
"Don't touch her" Suara Que Rayden bergetar amaran. Ikmal menarik tangannya dari gengaman Que.
"En—encik Que" Ikmal menundukkan kepala. Siapa tidak kenal Que Rayden. Orang kuat Hadif Ziqri.
Rayden memusingkan badanya menghadap Adellia yang berada di belakangnya.
"Maaf puan saya lambat..Saya parking kereta tadi..Mari saya hantar puan ke office tuan" Adellia hanya angguk. Wajah Ikmal hanya dikerling sekilas. Laju kakinya mengikut langkah Rayden.
Pintu pejabat suaminya dibuka.
"Kenapa abang suruh Lia datang sini" Adellia bertanya. Mana tidaknya, Hadif menelefon Adellia meminta Adellia untuk datang kesini. Entah apa yang Hadif mahukan.
"Sini lah sayangg..Sit on my lap" Pahanya ditepuk. Adellia berjalan menghampiri suaminya. Keinginan suaminya dituruti.
"Sedapnya bau sayang" Hadif membenamkan kepala ke bahu Adellia.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...