Ralit Adellia membuat kerjanya. Kepalanya diangkat apabila merasakan ada yang sedang berdiri di hadapannya.
"Kerja kedai bunga je rupanya perempuan tak sedar diri ni" Katty berkata sambil memandang jijik ke arah Adellia. Tangan naik memeluk tubuh.
"Kerja kedai bunga pun aku mampu beli baju yang cukup kain" Adellia tidak mahu kalah. Sakit hatinya dipanggil perempuan tidak sedar diri.
"Ehh perempuan kau apa tahu ? Ni fashion tahu tak" Katty mengibas rambutnya sehingga terkena wajah Adellia.
"Betul lah tu fashion..Fashion menuju ke neraka" Adellia tersenyum sinis sambil menyilangkan tangannya. Wajah Katty yang sudah berubah semakin membuatkan hati Adellia bersorak kemenangan.
"Ehhh kau ni, daripada kau pakai alas meja dekat kepala" Katty masih tidak mahu kalah. Terlepas tawa Adellia. Alas meja ? Buta ke perempuan ni ?
"Ehhh cik kak ni namanya shawl sulam.. Kau tak reti beza shawl dengan alas meja ke ?" Ujar Adellia dengan sinis. Katty geram. Disebabkan tidak dapat mengawal marahnya tangannya naik dan menampar wajah Adellia.
Pang
Adellia bagai terkedu apabila pipinya ditampar. Tanggannya digengam erat. Wajah Katty direnung tajam.
"Berani kau tampar aku" Adellia menampar Katty semula.
Rambut Katty pula direntap. Sebelah tangan Katty memegang tangan Adellia dan sebelah lagi memegang rambutnya yang digengam oleh Adellia. Baru sahaja mereka mahu berentap ada tangan sasa yang menghalang.
"Lepaskan saya, saya nak ajar dia" Adellia menepuk tangan yang Hadif yang sedang menarik tangannya.
Hadif mencuba meleraikan gengaman Adellia. Kuat juga tangan Adellia mengengam rambut Katty. Kalaulah Katty pakai wigs memang terangkat wings itu dari kepala Katty.
"Kau sini perempuan! Aku belum habis dengan kau! Aku nak tarik rambut kau sampai terkeluar tengkorak kau" Adellia semakin menggila.
"Such a crazy women!" Jerit Katty dan terus berlari apabila melihat pandangan tajam Hadif.
"Enough Dahlia" Hadif bersuara. Lengan Adellia digengam erat. Ini kalau terlepas memang habislah.
"Lepaskan saya Adif..Biar saya tarik rambut dia tu" Adellia berusaha melepaskan gengaman Hadif di lengannya.
"I said enough Dahlia" Suara Hadif naik satu oktaf. Adellia yang mendengar itu terus terdiam. Matanya bergenang dengan air mata. Tangan Hadif di lenggannya ditepis kuat.
"Awak kalau tak marah-marah tak boleh ke ?" Adellia sudah menunduk sambil mencuba menahan tangisannya.
"Aku tak marah" Hadif cuba memujuk. Adellia sudah mengalirkan air mata. Pipinya diusap.
"Sampai hati awak" sambung Adellia. Air matanya masih tidak berhenti mengalir.
"Sayangggg..aku minta maaf" Hadif terus memujuk. Adellia masih menangis.
"Awak marah saya. Bukan saya yang mulakan" Tersedu-sedan Adellia. Sedih noh lah tu. Berjurai-jurai air mata
"Okay aku minta maaf" Hadif mengusap kepala Adellia yang berlapik tudung. Adellia menjauhkan dirinya sedikit dari Hadif. Baru dia perasan kedudukannya dengan Hadif terlalu rapat.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...