ℍ𝕒𝕕𝕚𝕗 𝔸𝕕𝕖𝕝𝕝𝕚𝕒-B44

3.6K 107 0
                                    

Seminggu semenjak kejadian itu berlalu. Kejadian yang akan kekal di hidup Adellia. Tidak pernah disangka Zulaika bertindak melebihi batas.

"Jaga diri. Jaga cucu ibu ni" Puan Nora memeluk tubuh anaknya lalu perut Adellia turut dielus.

Hadif menyatakan bahawa ada orang kampung yang menyelamatkan isterinya. Dia tidak memberitahu kejadian sebenar. Adellia turut bersetuju untuk tidak mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya. Dia tidak mahu keluarganya risau. Lagipun semuanya sudah berakhir. Adellia pulang dengan selamat.

"Ibu nak balik dah ke ?" Puan Nora angguk kepala.

"Haah. Sebab ada tetamu nak masuk homestay. Ayah tak boleh tinggal sini lama-lama. Maklumlah ketua kampung..Banyak kerja nak kena buat" Sudah sebulan Pakcik Yusof dilantik menjadi ketua kampung. Banyak benda yang perlu belajar apabila sudah bergelar ketua kampung.

"Hmm tak pe lah kalau macam tu" Adellia mencebik ingin nangis. Puan Nora menarik anaknya itu ke dalam pelukkan. Belakang badannya diusap.

"Bibir tu jangan nak cebik sangat. Nanti kang anak saudara aku lahir bibirnya mencebik macam bibir kau" Kata Akif dengan nada gurauan. Dia turut bersyukur kakaknya selamat.

"Hish diamlah" Adellia menjeling adiknya.

"Akif" Puan Nora menegur anaknya. Ada sahaja yang mahu digaduhkan.

"Assalamualikum" Que Rayden masuk ke dalam mansion Dato Hakim.

"Waalaikumsalam" Seretak mereka menjawab.

"Ibu nak gerak dah ke ?" Puan Nora angguk kepala.

"Ray hantar ibu, ayah, Akif sampai kampung ye" Pakcik Yusof angguk kepala. Mereka datang di sini juga dijemput oleh Rayden.

"Kami balik dulu. Terima kasih Hakim tumpangkan kami di sini" Pakcik Yusof menyalami Dato Hakim.

"Pintu rumah kami sentiasa terbuka untuk kamu sekeluarga. Senang-senang nanti datang lah lagi" Dato Hakim menepuk bahu Pakcik Yusof.

"Iyalah. Kami gerak dulu. Assalamualaikum" Pakcik Yusof melambaikan tanganya.

"Waalaikumsalam" Mereka turut melambaikkan tanganya.

Yusof sekeluarga masuk ke dalam Audi milik Rayden. Mereka masuk semula ke dalam mansion apabila kereta Audi milik Que Rayden sudah hilang dari pandangan.

"I love you sayang" Adellia palingkan wajahnya ke arah Hadif.

"I love you more abang" Tubuh tegap suaminya dipeluk erat.

"Daddy love you, princess" Ujar Hadif sambil mengusap perut isterinya. Hanya tinggal 2 bulan untuk Hadif bertemu dengan anaknya.

"Haa tengok tu pantang dengar suara daddy" Adellia mengusap bekas tendangan anaknya.

"Princess tak sabar nak jumpa daddy ya ?" Hadif turut mengusap pada tempat yang sama.

Adellia merangkul lengan Hadif dan melangkah masuk ke dalam mansion. Adellia bersyukur masih diberikan peluang untuk melangkah ke masa akan datang bersama orang-orang yang disayangi.

Dari tadi yang muncul di laman utama Adellia berkaitan dengan baby dan barang keperluan baby. Bagaikan petanda untuk mereka membeli kelengkapan bayi yang masih belum ada. Adellia menutup handphonenya.

HADIF'S ©️Where stories live. Discover now