Hadif melangkah masuk ke dalam bilik kurungan. Wajah Katty yang sudah tidak terurus dipandang.
"Oi bangun" Hadif menguis badan Katty menggunakan kakinya. Katty tersedar apabila badannya terasa digoyang. Perlahan-lahan Katty membuka matanya.
"Abang Adif..Tolong Katty bang. Katty tak ada buat salah" Katty menangis ingin mengharapkan bantuan Hadif. Katty menghampiri Hadif.
"Aku ? Tolong kau ? HAHAHAHAHAH" Katty sudah ketakutan melihat Hadif. Dia mengesot ke belakang.
"Berapa banyak kali aku cakap! Jangan sentuh bini aku tapi kau degil. Dari dulu lagi aku bagitahu kau jangan sentuh Dahlia. Kau rasa orang tak faham bahasa macam kau layak ke untuk hidup ?!" Hadif melutut, rambut Katty direntap.
"Katty minta maaf. Katty tak sengaja. Katty cuma nak buat dia jauh dari abang" Semakin laju air matanya meluncur.
"Kau siapa nak jauhkan isteri aku dari aku!" Rambut Katty semakin direntap. Katty hanya mampu menangis. Mahu menyesal sudah tiada guna.
"Ray. Ambilkan aku pisau..Aku teringin nak melukis" Hadif tersenyum sinis. Kalang-kabut Que mencari pisau. Dapat sahaja senjata yang dimahukan, terus dihulurkan kepada Hadif.
"Bestkan main lukis-lukis. Kalau kau nak tahu dulu masa sekolah rendah aku ambil aliran melukis. Now biar aku tunjuk bakat melukis aku pada kau. Mesti kau tak sabar nak tengok hasilnya kan ?" Hadif tersenyum sinis. Katty mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Abang, katty janji Katty tak kacau Lia lagi. Tolong bang jangan buat Katty macam ni" Rayuan Katty bagaikan angin yang menerpa pada telinga Hadif.
"Arghhhhh" Katty menjerit apabila hujung pisau itu menyentuh kulit mukanya.
"Ma-maafkan Ka-Katty" Katty masih cuba merayu.
Puas sahaja muka Katty ditoreh. Kepala Katty terus ditolak sehingga terhantuk di dinding. Katty menekup bekas torehan pada wajahnya.
"Kalau tak disebabkan kau anak aku masih hidup ! Kau patut kena lebih daripada ni. Just wait and see" Hadif keluar dari bilik itu. Rayden mengikut langkah Hadif. Wajah Katty yang berlumuran darah membuatkan Rayden melepaskan tawa. Puas melihat keadaan Katty tika ini.
Hadif berhenti dari melangkah. Kalang-kabut Rayden berhenti melangkah. Hadif memusingkan badannya menghadap Rayden. Direnung wajah Rayden.
"Kau..Masuk office aku" Hadif pusing semula dan masuk ke dalam officenya yang berada di ruangan bawah tanah.
Pelbagai perkara bermain di fikiran Rayden. Mengapa tiba-tiba Hadif mahu bertemu dengannya ? Dia ada buat salah ke ?
"Ada apa tuan nak jumpa saya ?" Que Rayden memandang Hadif yang sedang duduk silang kaki di hadapannya.
"Ada apa-apa kau nak bagitahu aku ?" Soal Hadif sambil jarinya memusing-musingkan pen.
"Tak ada tuan" Rayden mengerutkan dahi. Nak bagitahu apa? Tak ada apa yang nak dibagitahu.
"Lagi sekali aku tanya kau ni..Ada apa-apa rahsia tentang kau yang aku tak tahu ke ?"Hadif bangun dari duduknya.
"Sebenarnya.." Rayden menggantungkan ayatnya. Kalau Hadif sudah bertanya, sudah tentu Hadif juga tahu tentang rahsia yang ditutup rapat olehnya.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...