ℍ𝕒𝕕𝕚𝕗 𝔸𝕕𝕖𝕝𝕝𝕚𝕒-B6

4.8K 141 6
                                    

"Cik, cik tak boleh masuk, Tuan Hadif tak mahu diganggu" Serentak suara itu pintu pejabat Hadif terus dirempuh masuk. Salina mengejar langkah Katty.

"Hai abang Adif,Katty rindu abang" Katty terus berlari ingin memeluk tubuh tegap Hadif. Belum sempat dia memeluk Hadif, Hadif sudah mengelak ketepi. Hasilnya Katty jatuh tersembam di lantai.

"Sampai hati abang Adif buat Katty macam ni. Sakit tahu tak" Katty mencebik mahu menangis.

"Maaf Tuan, saya dah halang tapi cik Katty tetap nak masuk juga" Salina selaku PA nya menunduk memandang lantai.

"Tak apa..Kau pegi buat kerja kau ..monyet ni memang tak faham bahasa" Salina terus keluar dari pejabat Hadif.

"Sampai hati abang panggil Katty monyet" Katty sudah mencebik ingin nangis.

"Manusia faham bahasa, monyet macam kau je tak faham bahasa" Hadif duduk semula di kerusinya. Katty tidak mengendahkan apa yang dikata oleh Hadif. Dia terus berdiri di hadapan meja Hadif. Bajunya yang ketat itu di tarik bagi menujukkan lurah nya.

"Abang jom kita keluar lunch" Katty bersuara manja.

"Aku lagi sanggup tak makan daripada kena makan dengan monyet" Hadif masih fokus dengan dokumennya. Malas ingin memandang Katty. Buat tambah dosa je.

"Abang tak rindu Katty ke ? Semalam Katty datang Office abang tapi abang tak ada. Abang pergi mana ?" Katty mempamerkan wajah sedih.

"Suka hati aku lah nak pergi mana pun, sekarang ni aku nak kau keluar dari pejabat akuTertahan-tahan suara yang keluar dari mulut Hadif

"Alaaaaaa..tak nak..Jom lah bang" Malas mahu membahas Hadif mencapai kunci dan dompetnya dan terus keluar dari office.

Katty mengejar langkah Hadif. Baru sahaja ingin memegang tangan Hadif, Hadif sudah bersuara.

"Kalau kau sentuh aku, aku pijak tangan kau sampai patah" Ugut Hadif. Katty terus membatalkan niatnya. Ditarik tangannya menjauhi Hadif.

"Abang kita nak lunch dekat mana ni" Katty bertanya dengan senyuman manis. Hadif diam sahaja. Geram sahaja dia memadang Katty yang berada di seat penumpang.

Sampai sahaja di kedai makan itu, Hadif terus duduk di kerusi. Baru sahaja Katty ingin duduk di sebelahnya, Hadif sudah bersuara."Kau jangan nak menyemak duduk sebelah aku..duduk tempat lain..depan aku pun jangan..tak selera nanti aku nak makan"

Katty mencebik mahu nangis kerana diperlakukan begitu oleh Hadif. Selepas sahaja makanan yang dipesan tiba di meja mereka, Hadif terus memasukkan makanannya ke dalam mulut. Malas dia ingin berlama dengan monyet ni.

Keluar sahaja dari kedai itu, tiba tiba tubuh Katty dilanggar.

"Ehhh perempuan kau ni dah buta ke ?"Lancang mulut Katty menyalahkan orang di hadapannya.

"Maaf cik saya tak sengaja lagipun cik yang main keluar sahaja" Jawabnya sopan.

"Sekarang ni kau nak salahkan aku pula lah !?" Katty berang.

"Habistu tak mungkin salah monyet "Sinis sahaja jawapan yang diberikan. Baru sahaja Katty mahu membalas kelibat Hadif yang baru keluar dari kedai itu dipandang.

HADIF'S ©️Where stories live. Discover now