ℍ𝕒𝕕𝕚𝕗 𝔸𝕕𝕖𝕝𝕝𝕚𝕒-B29

3.7K 119 5
                                    

"Sayang" Hadif menghampiri isterinya yang sedang duduk di atas katil. Adellia hanya mengerling sahaja. Tidak ada niat untuk menjawab.

"Abang nak bagitahu something dekat sayang" Melihat wajah isterinya membuatkan Hadif ketakutan. Serius sahaja wajah Adellia ketika ini. Punggung dilabuhkan di sebelah Adellia.

"Okay" Hanya sepatah balasan Adellia. Kini perhatiannya tertumpu ke arah Hadif.

"Sayang ingat tak bila first time kita jumpa ?" Hadif menyoal. Tangannya menggengam tangan isterinya.

Adellia berfikir sejenak

"Mestilah ingat, abang lah singa yang marah Lia masa dekat airport" Hadif menjeling isterinya. Tak habis habis panggil dirinya singa. Nasib baik dah kahwin panggilan singa tu hilang.

"Masatu abang baru balik dari Italy" Adellia diam. Mahu mendengar penjelasan suaminya.

"Abang baru lepas selesaikan mission dekat sana" Wajah Adellia penuh dengan teka-teki. Mission apa pula suami aku ni.

"Mission ?" Hadif angguk.

"I'm the leader of Eagle" Adellia masih diam. Lama dia merenung suaminya.

"Eagle ?" Hadif angguk kepala.

"Burung helang ?" Hadif angguk walaupun dia mahu ketawa. Lain macam betul bunyinya kalau disebut dalam bahasa melayu.

"Eagle is one of the mafia in Italy" Terkebil-kebil mata Adellia mendengarnya. Suaminya mafia? Macam vicenzo ? Speechless.

"A-abang ma-mafia? Macam Vincenzo Cassano ?" Hadif angguk kepala walaupun tidak kenal dengan Vincenzo Cassano.

"I am the leader of the Eagle and..the headhunter" Hadif menundukkan kepala. Tangan isterinya digengam. Rasa menyesal tidak memberitahu dari awal.

"WHAT! Are you serious abang ?" Adellia tidak percaya. Adellia terdiam melihat anggukkan Hadif .

"Okay" Hanya itu balasan Adellia.

"Okay ? Sayang masih terima abang sebagai suami sayang ?" Hadif menyoal. Kalau semudah ini, sudah lama dia beritahu perkara ini.

"Habistu abang nak Lia lari dari abang ? Kalau macam tu Lia kemas barang sekejap, nak lari jauh dari abang. Biar padan muka abang tak dapat cari Lia" Adellia berura-ura mahu bangun. Tangannya digengam oleh Hadif.

"Abang bersyukur sebab sayang boleh terima abang" Hadif memeluk erat batang tubuh isterinya.

"So abang tahu lah kan Katty dekat mana ? Ke abang memang sorokkan dia ?" Perlahan-lahan Hadif angguk kepalanya.

"Abang ! Kalau kena tangkap polis macam mana ?!" Adellia mencubit lengan suaminya. Dia tidak sanggup jika mahu berpisah dengan suaminya.

"Polis pun tak berani nak tangkap abang tau" Hadif tersenyum bangga. Adellia menjeling suaminya. Ada sahaja jawapan.

"Jadi abang tahu lah kat mana Katty" Adellia memandang tepat ke dalam anak mata suaminya. Perlahan-lahan Hadif anggukkan kepala.

"WHAT !" Kuat Adellia menjerit.

"A-abang kurung dia de-dekat markas abang" Tersekat-sekat suara Hadif. Bunuh orang tak takut, tapi dengan bini bukan main takut lagi.

HADIF'S ©️Where stories live. Discover now