ℍ𝕒𝕕𝕚𝕗 𝔸𝕕𝕖𝕝𝕝𝕚𝕒-B32

3.6K 121 1
                                    

Talita menghampiri Adellia yang sedang memberi makan ikan koi. Laju langkahnya mendekati Adellia.

"Aku ada gosip panas ni" Talita menarik kerusi menghampiri Adellia yang sedang bersimpul.

"Gosip apa ?" Adellia memandang sekilas wajah Talita. Ada sahaja benda yang nak digosipkan.

"Gosip ni memang sangat-sangat panas. Baru keluar dari kuali" Adellia menngerutkan dahi. Apa pula gosip si Talita ni.

"Haritu aku nampak sepupu kau..Zulaika dating dengan jantan mana tah..Yang penting lelaki tu bukan orang MalaysiaBeria-ria Talita bercerita.

"Biar je lah dia nak dating dengan sesiapa pun..Dating dengan beruk pun aku tak kisahBalas Adellia tangannya menyambung membaling makanan ikan ke dalam kolam ikan koi.

"Masalahnya masa aku nampak dia tu dia free hair" Sambung Talita lagi. Adellia terus menumpukkan perhatian.

"Weyh sumpah lah ?" Terjerit sedikit Adellia dibuatnya. Tangannya menutup mulut.

"Yeee weyh..Tapi lepas dia perasan aku nampak dia dia terus bla dari situ. Kau nak tahu tak rambut dia warna apa ? Warna merah ! Dah macam trafik light merah aku tengok" Talita menyumbat kerepek kentang yang dibawanya tadi ke dalam mulut.

"Kau silap orang kot" Adellia masih berfikiram positif. Laju Talita geleng kepala.

"Ehh gila aku ni bukannya buta lagi. Walaupun rambut dia warna merah aku masih boleh confirm itu dia" Talita menampar lengan Adellia.

"Tapi tu lah. Manusia kan boleh berubah. Kita doakan je lah" Sambung Talita lagi. Adellia terus menadahkan tangannya seperti berdoa.

"Kau dah kenapa nak berdoa dekat sini" Ujar Talita. Dah kenapa nak berdoa depan kolam ikan koi.

"Ya Allah..kau tranferlah dosa aku pada sahabat ku Talita kerana dia yang mengajak hamba mu ni untuk bergosip. Bukan aku yang mula Ya Allah tetapi dia" Talita menampar lengan Adellia apabila mendengar doa yang dibacakan oleh Adellia.

"Ehhh otak kau! Aku bukan gosip aku cerita. Aku cuma nak bagiahu supaya kau tahu" Talita membela dirinya.Adellia memcebikkan bibir.

"Baaaaa" Tercampak kerepek kentang di tangan Talita.

"Ehhh bapak kau terbang" Mengekek Adellia ketawa mendengar Talita melatah. Terpelanting kerepek kentang dari tangan Talita.

Laju kepala Talita pusing memandang ke arah Harith.

"Ehh kau ni jantan" Talita berura-ura untuk memukul Harith laju tangan Adellia menarik lengan Talita.

"Apa salah saya? Puan yang syok bergosip sampai tak perasan saya datangSelamba Harith berkata dengan wajah tidak bersalah.

"Kau kalau aku terberanak tadi memang aku suruh laki aku tembak kepala kau" Ugut Talita. Sakit hatinya. Hilang sudah keayuannya apabila melatah sebegitu rupa.

"Puan jangan marah-marah nanti puan cepat tua bila puan dah tua tuan lari cari jandaMendidih Talita dibuatnya. Semakin mengekek Adellia.

HADIF'S ©️Where stories live. Discover now