ℍ𝕒𝕕𝕚𝕗 𝔸𝕕𝕖𝕝𝕝𝕚𝕒- B2

6.1K 185 3
                                    

Sedang asyik Adellia melakukan kerjanya sebagai staf di D'Florist, bunyi lonceng yang menandakan ada orang masuk di kedai itu menyentakkan Adellia. Tanpa memandang pelanggan yang datang Adellia terus berkata "Welcome to D'Florist, may I help you"

Hadif yang mendengar sapaan daripada staf tersebut terus melangkah ke staf itu.

"Give me a bouquet of rose flowers" Kata Hadif tanpa melengahkan masa. Sesekali jam ditangannya diperhatikan.

"Alright. Wait a minute" Jawab Adellia dan terus mengambil pesanan yang dipinta.

Semasa lelaki itu mahu membayar Adellia baru perasan akan muka lelaki itu. Dia rasa dia pernah nampak lelaki ini. Tanpa disedari dia merenung lelaki tersebut untuk memerah otak di mana mereka pernah berjumpa.

Sedar akan renungan Adellia, Hadif terus berdehem "Ehem tak pernah nampak lelaki handsome ke cik kak ?" Soal Hadif dengan riak muka yang beku. Tersedar terus Adellia daripada renungannya.
Adellia buat buat tidak dengar apa yang dikata lelaki itu.

"Semua sekali RM45" Kata Adellia. Hadif terus menghulurkan wang RM50. Adellia memulangkan bakinya sambil berkata "Terima kasih encik singa, datang lagi ye" Sedar akan keterlajurannya terus Adellia menutup mulut.

"Kau panggil aku singa ? Sedap mulut kau je kan panggil aku singa!" Kata Hadif dengan nada yang keras. Orang handsome macam ini dipanggil singa.

"Mana ada saya paggil encik singa. Encik pekak ke ? Saya kata Terima Kasih Encik, datang lagi ye" Kata Adellia sambil mengawal riak mukanya. Sempat Hadif menjeling Adellia sebelum keluar dari kedai tersebut.

Tanpa sedar Hadif memuji Adellia "Comel juga perempuan gila ni".

Selepas melihat Hadif keluar, Adellia terus menampar mulutnya. "Kau ni Adellia kalau si singa tu mengaum lagi macam mana" Kata Adellia kepada dirinya. Selepas itu dia terus menyambung buat pekerjaanya yang tergendala tadi.

  
Mungkin lelaki lain akan memberikan bunga rose kepada kekasih mereka tapi berlainan pula dengan Hadif. Bagi Hadif mamanya ialah wanita yang paling layak untuk diratukan.

"Mama ni Hadif ada belikan bunga untuk mama" Hadif menghulurkan bunga tersebut. Pipi mamanya dicium. Wanita yang sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan dirinya.

"Wah, terima kasih sayang..beruntung bakal menantu mama nanti. Mesti Hadif treat her like a princess right ?" Kata Puan Zarina kepada Hadif. Hadif yang mendengarkan itu hanya tersenyum sahaja. Malas mahu membahas. Bakal menantu ? lambert lagi mama. Kata Hadif dalam hati.

"Mama doakan lah. Doa ibu kan tiada hijab" Seloroh Hadif.

Bukan apa dia dah lali dengan perkataan kahwin. Sudah berkali-kali dia kata malas mahu membahas soal ini namun Puan Zarina tetap typical mak-mak. Selagi tidak diberitahu bila mahu kahwin atau sudah ada calon selagi itu akan dipersoal berulang kali.

"Mama sentiasa doakan anak-anak mama ni dapat jodoh yang terbaik. Lagipun mama sunyi. Teringin nak dengar suara budak-budak dalam rumah ni. Dah lama tak ada budak main lari-lari dalam rumah ni " Ujar Puan Zarina. Mula dah.

"Insyaallah. Kalau ada adalah. Kalau tak ada.."

"Kalau tak ada kita adakan. Kawan mama ramai ada anak dara. Adif bagitahu je nak yang mana satu mama boleh tolong pinangkan" Terbutang mata Hadif mendengarnya.

HADIF'S ©️Where stories live. Discover now