ℍ𝕒𝕕𝕚𝕗 𝔸𝕕𝕖𝕝𝕝𝕚𝕒 -B13

4.4K 138 2
                                    

Hari yang dinanti-nantikan oleh Talita Insyirah dan Hanif Zaqwan akhirnya tiba juga. Perkahwinan yang gah dan mewah menjadi pilihan Talita untuk hari bahagia mereka berdua.

Lama Adellia menatap wajah cantik sahabatnya yang sudah cantik dengan perhiasan di wajah. Tidak sangka sahabatnya itu akan menamatkan zaman bujang.

"Cantiknya kau Tal. Tak sangka dah nak jadi isteri orang" Sebak suara Adellia.

"Kau jangan nangis Lia..Aku dah make up ni" Mata Talita sudah bergenag dengan air mata. Talita mengelipkan matanya berkali-kali.

"Aku sedih lepas ni aku susah nak jumpa kau" Sambung Adellia. Ditahan-tahan air matanya.

"Jangan nak over. Aku ni hidup lagi boleh je nak jumpa kau" Talita menjeling. Adellia memeluk bahu sahabatnya.

"Lepas ni aku yakin yang kau pula akan mekeup dan dress up macam aku" Ujar Talita sambil memandang wajah mereka dari pantulan cermin. Adellia hanya melakarkan senyuman.

Adellia tersenyum bahagia melihat sahabatnya yang berjalan menuju ke pelamin. Dia turut bahagia. Selepas sahaja acara akad nikah pagi tadi, Talita dan Hanif bersanding pada belah petang. Adellia yang melihat Talita sudah duduk di pelamin terus berjalan menuju ke arah pelamin. Dia mula menjalankan tugasnya sebagai pengapit.

"Harini kau dengan abang Adif jadi pengapit aku manatahu nanti kau dengan abang Hadif pula duduk dekat pelamin" Talita berbisik.

"Mulut kau ni Tal..Kalau aku tahu aku tak nak jadi pengapit kau" Talita tersenyum melihat muka Adellia yang sudah merah.

Lama Adellia menjalankan tugasnya. Setelah beberapa jam barulah Adellia boleh duduk apabila Hanif dan Talita turun dari pelamin.

"Sayang jom turun I nak kenalkan You dengan kawan-kawan I" Hanif terus memimpin tangan isterinya. Adellia yang melihat itu terus turun dari pelamin. Dia ingin duduk. Sakit kakinya apabila berdiri terlalu lama.

Adellia yang sedang mengurut kaki nya itu tersentak apabila melihat satu gelas air diletakkan di hadapannya.

"Minum lah dulu" Suara maskulin itu menampar gegendang telinga Adellia.

"Terima kasih" Adellia mengambil air itu dan terus minum. Tiba-tiba terdengar ada suara perempuan yang menganggu ketenteraman mereka.

"Abang Adif kenapa abang Adif tak minta tolong Katty jadi pengapit" Suara gedik Katty menjengah ke telinga mereka. Hadif hanya menayangkan muka menyampah. Kenapalah mesti ada si Katty ni.

"Ehh kau perempuan yang langgar aku hari tu kan ?" Katty yang perasan wajah Adellia itu terus melontarkan soalan. Adellia terkaku mendengar soalan itu. Kalau dia mengiyakan memang habis lah  dia. Dia malas mahu bergaduh mulut sekarang ni.

"Kenapa kau diam ? Betulkan kau yang langgar aku" Katty masih bersuara.

"Haah, kenapa ? Ada masalah ke..By the way bukan aku yang langgar, kau yang keluar je dari kedai tu tau" Katty naik angin mendengar jawapan Adellia. Baru sahaja tangannya ingin menampar Adellia tangannya sudah ditepis kasar.

"Kau jangan nak berani-berani sentuh dia" Hadif merenung tajam muka Katty.

"Dia tu yang tak hormat I" Katty bersuara gedik

"Kau siapa sampai dia nak kena hormat kau" Hadif mempertahankan Adellia.

"I kan bakal isteri Abang Adif" Katty berkata sambil menanyakan senyum bangga di hadapan Adellia. Adellia tersentak mendengar pengakuan itu. Bagai dicarik-carik hatinya.

HADIF'S ©️Where stories live. Discover now