ℍ𝕒𝕕𝕚𝕗 𝔸𝕕𝕖𝕝𝕝𝕚𝕒 -B12

4.4K 139 0
                                    

Adellia terjaga dari tidur apabila dia mimpi tentang kejadian yang dialaminya. Tanpa sedar pipinya sudah basah dengan air mata. Perlahan-lahan air matanya diseka. Adellia bangun dan terus menunaikan solat Tahajud.

Selepas menunaikan solat, Adellia melelapkan mata kembali.

Handphone opponya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Talita.

Adellia terus menjawab panggilan tersebut. Ada apalah si Talita ni menganggunya masa cuti begini.

"Lia, harini kau cutikan" Suara Talita terus bergema apabila panggilan mereka bersambung.

"Haah" hanya sepatah jawapan Adellia.

"Jom keluar..aku ada benda nak bagitahu kau ni..nanti aku datang ambil kau" Talita menyambung.

"Sekarang ke ?" Jam di dinding di pandang. 10 pagi.

"Lunch hours"

"Okay" hanya itu balasan Adellia. Panggilan ditamatkan. Adellia menyambung semula tidurnya.

Setibannya mereka di restoran, mereka mengambil tempat yang agak jauh dari pandangan orang dan membuat pesanan makanan. Masing-masing sibuk bermain handphone terlebih dahulu sambil menunggu makanan yang dipesan.

"Kau nak bagitahu aku apa ni Tal ?" Adellia memulakan perbualan setelah lama mereka leka dengan handphone.

"Sebenarnya kan Liaa.." Suara Talita meleret. Belum sempat dia menyambung ayatnya makanan yang dipesan sudah dihidangkan di atas meja.
Adellia terus memasukkan macaroni kedalam mulut. Sedang dia mengunyah , Talita menyambung ayatnya.

"Aku  nak kahwin hujung minggu ni" Tersembur macaroni Adellia. Perit tekaknya. Air di ambil dan diminum.

"Kau kena tangkap basah ke sampai nak kahwin cepat-cepat ni ?" Adellia mengerutkan kening. Kalau dia kata kena tangkap basah memang sekarang juga dia belasah lelaki itu

"Bukan macam tu..Kitaorang dah rancang lama dah" Jawab Talita bersahaja. Air dihadapnya di sedut.

"Habistu aku je ke yang lalai" Selamba Adellia menyambut ayat Talita. Berdecit Talita.

"Aku nak kau jadi pengapit aku tau nanti" Sambung Talita.

"Kau dah lah kahwin mengejut..lepastu kau suruh aku jadi pengapit pula tu" Kalau diikutkan hati mahu saja Adellia menyumbat mulut Talita dengan macaroninya.

"Apa yang mengejutnya. Kau terkejut ke ? Kau dah kejung ke sebab terkejut dengan berita ni" Tanpa rasa bersalah Talita berkata. Mahu sahaja Adellia bangun dan menekup wajah Talita tika ini.

"Aku tahu kalau aku bagitahu kau awal-awal kau tak nak kan. Lagipun kalau aku dah bagitahu awal-awal memang tak lah kau nak jadi pengapit aku kan ? So sekarang ni hanya kau yang boleh tolong aku" Talita mengedipkan matanya berkali-kali di hadapan Adellia.

"Kau rasa aku nak ke ?" Adellia melakarkan senyuman sinis.

"Lia sampai hati kau kan ? Kau kata kita bff. Sehidup semati tapi aku minta tolong pun kau tak nak. Tak apalah kalau kau tak sudi. Aku sedar aku siapa" Talita menyeka air mata palsunya.

"Hish yelah yelah" Adellia menjeling. Sebenarnya malas mahu melayan drama Talita. Semakin dilayan semakin menjadi nanti.

"Lia jom teman aku pergi butik pengantin" Sapa Talita di sebarang talian. Sekali lagi Talita menganggunya.

HADIF'S ©️Where stories live. Discover now