ℍ𝕒𝕕𝕚𝕗 𝔸𝕕𝕖𝕝𝕝𝕚𝕒- B19

4.7K 134 0
                                    

"Kami balik dulu ye yah..Jangan lupa nanti datang KL..Majlis belah Hadif pula" Hadif berkata sambil bersalaman dengan bapa mertuanya.

"Iyaa..Kami datang nanti" Pakcik Yusof menjawab. Hadif bersalaman pula dengan ibu mertua dan adik iparnya.

"Lia balik dulu ye ibu, ayah..Jaga kesihatan tau..Akif jaga ibu dan ayah tau" Pesan Adellia sambil bersalaman dengan adiknya.

"Ye kak kau jangan risau"

Adellia melangkah masuk ke dalam kereta. Kereta Mercedez Amg-45 itu keluar dari perkarangan rumah Pakcik Yusof. Tidak henti tangan Adellia melambai ke arah keluarganya.

"Abang boleh tak singgah beli keropok lekor dekat kedai depan tu" Tiba-tiba rasa nak makan keropok lekor. Hadif angguk dan terus memberhentikan kereta ke bahu jalan.

"Abang biar Lia yang beli, abang tunggu sini" Hadif mengeluarkan not RM50 dan diberikan kepada isterinya. Adellia terus turun dan membeli kemahuannya.

"Makcik bagi saya keropok ni RM 5 dengan pisang goreng RM5" Terliur dia melihat gorengan yang panas itu. Perut sudah berkeroncong. Tidak sabar-sabar mahu ngap ke dalam mulut.

"Ehhh Liaa..balik sini dengan siapa ?" Lokman tersenyum melihat Adellia yang semakin cantik sekarang.

"Suami" Sepatah sahaja yang keluar dari mulutnya. Adelia mengambil gorengan yang dihulurkan oleh makcik tadi dan terus membayar.

"Bakinya makcik simpan ya"

"Ehh banyak sangat ni" Makcik itu segan mahu menerima. Terlalu banyak amountnya.

"Tak apa makcik saya ikhlas" Ujar Adellia dengan senyuman. Adellia yang mahu berlalu itu dihalang oleh Lokman.

"Boleh tepi tak ? Suami saya dah lama tunggu" Lokman terdiam mendengar perkataan suami keluar dari mulut Adellia. Dua kali perkataan suami tersebut bermakna memang betul lah Adellia dah kahwin.

Adellia berlalu meninggalkan Lokman di situ. Pintu kereta dibuka dan dia terus masuk ke dalam perut kereta.

"Siapa lelaki tadi tu sayang ?" Hadif memulakan perjalanan. Dia lihat kejadian tadi.

"Kawan sekolah dulu"

"Abang, baki tadi Lia sedekah dekat makcik tadi" Hadif angguk. Adellia membuka plastik makanan, keropok lekor dimakan. Nikmatnya. Adellia juga menyuap ke mulut Hadif.

"Alaaa dah habis" Adellia mencebik. Dia mengambil wet tissue,tanggannya di lap. Matanya dilelapkan. Mengantuk pula. Hadif yang melihat Adellia terlelap itu tersenyum. Comel. Tangan kanan
Adellia diambil dan digengam.

"Sayang bangun dah sampai" Hadif mengejut isterinya. Melihat isterinya sudah bangun, Hadif keluar untuk membukakan pintu isterinya. Tangan Adellia digengam.

"Assalamualaikum" Pintu mansion milik bapanya dibuka. Wajah ibunya terlihat disebalik pintu. Hadif dan Adellia bersalaman dengan Puan Zarina.

"Menantu mama dah sampai" Puan Zarina menarik Adellia kedalam pelukkan. Adellia membalas pelukan. Puan Zarina menarik pergelangan tangan Adellia untuk masuk ke rumah. Hadif mengikut langkah mereka.

"Liaaa" Talita berlari menuruni tangga. Badan Adellia dipeluk. Rindunya dengan sahabatnya itu walaupun 2 hari lepas mereka baru bertemu.

HADIF'S ©️Where stories live. Discover now