ℍ𝕒𝕕𝕚𝕗 𝔸𝕕𝕖𝕝𝕝𝕚𝕒-B20

4.9K 137 1
                                    

"Assalamualaikum dan selamat petang, saya Inspektor Hasan..Boleh saya tahu betul ke ini Encik Hadif Ziqri ?" Cemas Hadif mendengar gelaran yang menelefonnya. Dia sudah berasa tidak sedap hati.

"Ya saya, Hadif Ziqri..Ada apa ya inspektor" Hadif sudah takut. Hatinya berdebar.

"Kami ingin memaklumkan kereta yang dipandu oleh isteri encik bersama seorang lagi mangsa telah terlibat dalam  kemalangan. Mereka telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur" Bagai mahu meraung Hadif mendengar berita itu. Panggilan terus ditamatkan. Baru sahaja tadi dia menerima pesanan ringkas daripada isterinya tiba-tiba dapat kabar duka ini.

Hanif yang turut berlari terserempak dengan Hadif di pintu lift. Mata Hanif juga sudah merah.

"Aku takut bang" Hanif memejamkan matanya. Perasaan gelisah dan ketakutan bercampur aduk. Hadif yang memeluk badan sasa adiknya. Dia turut takut. Tapi dia yakin tiada apa yang serius.

Hanif dan Hadif berlari ke Emergancy Deparment. Disebabkan isteri mereka masih berada di dalam emergancy jadi mereka tidak dapat berjumpa dengan isteri mereka. Mereka duduk di bangku sambil memejamkan mata. Perasaan takut semakin berleluasa. Tidak lama kemudian. Puan Zarina,Dato Hakim dan Hanis tiba. Mata Puan Zarina dan Hanis sudah merah.

"Adif, Anif macam mana keadaan menantu-menantu mama ?" Puan Zarina menyoal. Air matanya meleleh tidak berhenti. Hadif hanya menggelengkan kepalanya.

Selepas mendengar panggilan dari Hadif dia bersama suaminya terus bergegas menuju ke hospital. Keluarga Talita juga sudah sampai.

"Mummy, daddy" Hanif bangun dan menyalam ibu bapa mertuanya.

"Sabar ye Anif, mummy yakin Talita kuat" Puan Tiara mengusap belakang badan Hanif. Dia turut terkejut dengan peristiwa yang menimpa anak tunggalnya.

"Maaf..siapa waris pesakit yang bernama Adellia Dahlia dan Talita Insyirah" Tanya Seorang doktor yang baru keluar dari bilik rawatan. Hadif dan terus bangun dan menghampiri doktor itu.

"Saya suami dia..Macam mana  keadaan isteri saya ?" Hadif dan Hanif bertanya serentak.

"Alhamdullilah isteri encik berdua selamat. Tiada kecederaan yang teruk. Tapi mereka masih tidak sedarkan diri. Kami akan pindahkan isteri encik berdua ke dalam wad biasa" Doktor Zul menjawab.

"Alhamdullilah" Serentak mereka semua mengucapkan syukur.

Jam 10 malam keluarga Adellia tiba di hospital. Hadif yang melihat kelibat keluarga mertuanya terus mendekati mereka. Hadif bersalam dengan mereka.

"Macam mana keadaan Lia, Ziqri ?" Puan Nora menyoal. Mukannya sudah penuh dengan air mata.

"Dahlia okay ibu. Cumanya masih belum sedarkan diri" Hadif menjawab.

"Macam mana boleh kemalangan bang ?"Akif bertanya.

"Polis kata kereta yang Lia bawa terbabas dan langgar penghadang jalan. Tapi selama Hadif bawa kereta tu , kereta tu elok je" Hadif turut pelik. Dia sentiasa memastikan keretanya dalam keadaan baik.

"Tak apa lah..benda nak jadi..Lia selamat pun kami dah rasa syukur sangat" Pakcik Yusof berkata. Puan Nora dan Akif bersetuju dengan Pakcik Yusof.

"Ibu, ayah dan Akif bermalam di rumah mama papa Adif ye..Malam ni biar Adif temankan Lia" Pakcik Yusof sekeluarga bersetuju. Lagipun sekarang bukan waktu melawat. Mereka sekeluarga meninggalkan hospital. Hadif juga sudah memberitahu mama papa nya bahawa ibu bapa mertuanya mahu menginap di mansion mereka.

HADIF'S ©️Where stories live. Discover now