ℍ𝕒𝕕𝕚𝕗 𝔸𝕕𝕖𝕝𝕝𝕚𝕒-B25

4.1K 126 3
                                    

Adellia yang baru sahaja keluar dari lift terkejut dengan kehadiran tiga orang lelaki yang berbadan tegap. Terkebil-kebil matanya melihat lelaki-lelaki di depannya.

"Selamat pagi puan" Adellia hanya menganggukkan kepala. Adellia mencari kelibat suaminya. Siapa pula lelaki-lelaki di hadapanya ini.

"Sayang" Hadif menghampiri Adellia, pinggang Adellia dipaut.

"Siapa ni abang ?" Adellia sedikit berbisik. Sesekali matanya memerhati 3 jejaka badan tegap di hadapannya.

"Your bodyguard" Adellia memandang wajah suaminya. Tidak percaya !

"What ? Bodyguard ? Untuk apa ?" Berkerut-kerut dahinya tika ini.

"Abang dicide hire bodyguard untuk sayang. Abang tak nak apa-apa perkara buruk berlaku pada sayang lagi" Terang Hadif. Adellia hanya diam.

"Macam yang kauorang tahu this is my wife Adellia Dahlia. Now I want all of you introduce your self" Hadif memandang anak buahnya.

"Nama saya Harith Saqeff" Harith melambaikan tangannya berkali-kali ke arah Adellia. Adellia hanya tersenyum melihat karenah Harith. Rasanya yang ini boleh buat kawan.

"Saya Farras Khair" lelaki di sebelah Harith pula bersuara. Adellia memandang wajah Khair. Badan tegap. Wajahnya serius. Kalau yang ini peratus untuk menjadi kawan agak rendah.

"My name TheoUjar seorang lelaki bermata hijau. Yang ini lagilah, punyalah beku muka pun tak senyum jadi tiada peratus untuk dijadikan kawan.

"Abang, kenapa yang tu nampak garang ?"Adellia berbisik namun ketiga-tiga bodyguard di hadapannya dapat mendengarnya. Terletus tawa Hadif mendengar soalan isterinya.

"Theo memang macam ni puan, hari-hari dia minum cuka sebab tu muka dia masam tak reti senyum. Kalau puan nampak dia senyum puan boleh jadi one of the lucky people in the world yang boleh nampak senyuman Theo" Selamba Harith berkata. Adellia menutup mulutnya. Tawanya terlepas.

"Behave Harith..Aku pilih kau sebab tak nak bini aku rasa akward sangat dengan dua orang tu" Laju Harith menganggukkan kepala.

Kehilangan ? Ya, hidup perlu berhadapan dengan kehilangan. Tetapi hancurnya perasaan seorang ibu apabila kehilangan anaknya lagi-lagi anak yang masih belum dapat dilihat. Sesekali Adellia mengesat air mata yang mengalir ke pipinya.

"Puan" Harith menghampiri Adellia yang termenung di tepi kolam.

"Awak jangan nak berpuan-puan dengan saya. Saya tak selesa. Tak boleh ke awak panggil saya Lia je" Adellia memandang wajah Harith. Sisa air mata diseka dengan hujung jari.

"Mana boleh puan. Nanti tuan marah. Saya takut lah kalau tuan marah. Tuan tu garang sangat" Ujar Harith separa berbisik. Matanya memandang sekeliling. Takut-takut tuannya nampak.

"Sukahati awak lah Harith" Harith berdiri di sebelah Adellia yang sedang duduk di atas kerusi.

"Puan saya ada teka-teki untuk puan" Adellia memandang Harith.

"Apa ?" Adellia melayan.

"Kalau gajah terbang nampak pelik kan ?" Adellia angguk. Layan sahajalah.

HADIF'S ©️Where stories live. Discover now