Enam bulan berlalu. Pelbagai ragam Adellia dilayan oleh Hadif. Tidak pernah sekali pun permintaan isterinya tidak ditunaikan. Jika isterinya meminta sesuatu luar daripada kemampuannya, dia akan berusaha mencara cari lain bagi memenuhi permintaan isterinya.
"Abang" Terkedek-kedek Adellia berjalan ke arah suaminya. Dari jauh Hadif sudah melakarkan senyuman. Seorang wanita yang disayangi sedang membawa zuriatnya.
"Sayang" Hadif menghampiri mak buyung. Dahi isterinya dicium. Hadif melutut di hadapan isterinya.
"Princes daddy behave tak harini ?" Seakan-akan faham soalanya daddynya, perut mummynya ditendang.
"Auch" Adellia memegang perutnya.
"Haa tengok tu, pantang dengar suara daddy. Tak sabar ya nak jumpa daddy" Adellia mengusap perutnya.
"Princes janganlah buat mummy sakit. Princes daddy kan good girl" Hadif mengelus bekas tendangan anaknya.
Dalam masa enam bulan ini, pelbagai ragam Adellia yang dihadapi oleh Hadif. Pernah satu hari tu, penat dia mencari Adellia merata tempat, rupa-rupanya isterinya nyenyak tidur di dalam buggatinya. Kalau difikirkan balik inilah kenangan terindah bagi mereka berdua.
Hadif merangkul pinggang isterinya menuju ke sofa. Badannya isterinya ditarik untuk duduk di ribanya. Pinggang isterinya diurut. Dia faham semenjak kehamilan sudah menginjak semesta ketiga, pinggang isterinya kerap sakit. Jadi hanya dengan mengurut sahaja dapat membantu isterinya mengurangi sakit pinggang.
"Tak berat ke bang" Hadif menggelengkan kepalanya.
"Abang Lia nak tanya" Hadif memandang wajah cantik isterinya.
"Kalau Lia tak ada nanti, abang cari pengganti Lia tak ?" Tajam padangan Hadif merenung mata isterinya.
"Kenapa sayang tanya macam tu ? Abang tak suka" Jawab Hadif dengan nada yang agak keras. Soalan merepek juga yang ditanya.
"Lia tanya je. Cepat lah jawab" Adellia merenung anak mata suaminya.
"Of course tak! Sampai bila-bila pun tak akan ada orang yang boleh ganti sayang di sisi abang" Adellia tersenyum mendengar jawapan suaminya.
"Abang..Lia kan teringin.." Berdebar-debar Hadif ingin tahu permintaan isterinya kali ini.
Adellia pernah meminta mahu cuba terjun dari balcony, bagai nak rak Hadif memujuk isterinya. Sehari isterinya merajuk kerana Hadif melarang. Ini semua kerana menonton movie luar negara dimana ada adegan lompat dari balcony sebelah ke sebelahnya.
"Lia teringin nak peluk jaguar" Terletus ketawa Hadif. Kalau permintaa ini senang sahaja mahu ditunaikan.
"Boleh sayang" Hadif mencuit puncak hidung isterinya.
"Serius lah ! Bila abang nak bawa Lia ?"Adellia sudah tidak sabar ingin memeluk jaguar. Ini semua kerana dia menonton siaran Nat Geo Wild.
"Sayang pergi siap-siap. Kita pergi sekarang" Arah Hadif. Laju Adellia bangun. Kakinya melangkah ke bilik untuk bersiap. Tersenyum Hadif melihat kelakuan isterinya.
Sampai sahaja markas milik Hadif, Hadif membuka pintu penumpang. Adellia melemparkan pandangan ke tempat yang dibawa oleh suaminya. Semuanya hitam ! Tiba-tiba rasa seram sejuk.
YOU ARE READING
HADIF'S ©️
Non-Fiction"Maaf Encik saya tak sengaja" -Adellia Dahlia "Kau berjalan tak boleh tengok depan ke ? Mata kau dekat lutut ke?!" -Hadif Ziqri "Lantak encik lah nak cakap apa pun. Saya malas nak layan singa yang nak mengaum ni" -Adellia Dahlia Baru pertama kali be...