ℍ𝕒𝕕𝕚𝕗 𝔸𝕕𝕖𝕝𝕝𝕚𝕒-B18

4.9K 144 7
                                    

Bunyi kompang yang mengiringi pengantin lelaki menarik perhatian orang ramai. Zafiq yang memayungi Hadif itu berjalan menghampiri pelamin. Sebelum sampai pelamin, terdapat beberapa orang budak yang menghalang mereka. Hadif memberikan beberapa sampul duit kepada budak budak tersebut. Nasib baiklah isterinya sudah berpesan sebelum mempelai lelaki berarak ke pelamin akan ada tol. Sampai sahaja di pelamin Hadif melabuhkan duduknya di sebelah isteri tercinta.

Setelah lama mereka duduk di atas pelamin dan segala adat sudah dilakukan. Gambar bersama keluarga juga sudah diambil sekarang masanya untuk Adellia memperkenalkan suaminya kepada rakan-rakan di kampungnya. Ada sahaja mata anak anak-anak dara yang sibuk menatap suaminya. Ingin sahaja dicungkil mata mereka. Apa handsome sangat ke suaminya ini ?

"Buka mulut sayang, abang nak suap ni" Hadif menyuakan sudunya ke mulut Adellia. Adellia tersenyum lalu membuka mulutnya.

"Kenapa sayang tenung je udang tu ?" Hadif bertanya dengan nada yang lembut.

"Susahlah nak kopek guna sudu. Kalau takada orang dah lama Lia kopek guna tangan tau" Sudahlah dia hantu udang. Pantang nampak udang memang habis dimakannya sorang. Tetapi disebabkan hari ini dia perlu menjadi lebih sopan jadi dia memilih untuk tidak makan udang tersebut. Hadif yang mendengar itu terus mengopekkan udang untuk isterinya. Cekap tangannya membuat kerja. Udang itu terus disuap ke mulut isterinya.

Sudu yang dipegang oleh Adellia tiba- tiba terlepas dari gengaman.

"Are you okay sayang ?" Adellia mencuba untuk menenangkan diri. Kepala diangguk. Senyuman diukir di bibir.

Hadif melihat tempat yang direnung oleh isterinya tadi. Tapi tiada apa-apa benda pelik yang dilihat. Tapi dia yakin pasti ada benda yang tidak kena kalau tidak bagaimana riak wajah isterinya boleh berubah serta merta.

"Abang masuk lah bilik dulu sekejap lagi Lia masuk" Adellia ingin meminta diri kepada ibu bapanya. Badannya juga sudah letih. Hadif berlalu masuk ke dalam bilik Adellia.

Adellia pelik apabila dia masuk kebilik kelibat suaminya sudah tiada. Adellia menutup pintu biliknya. Tudung dibuka apabila matanya tertancap pada cermin, suaminya sedang berdiri menatap dirinya melalui cermin.

Hadif menghampiri Adellia. Rambut Adellia dihidu. Wangi. Dia memeluk Adellia dari belakang. Dada Adellia seperti mahu pecah. Berdebar rasanya. Semalam mereka tidur berasingan. Hadif bermalam di homestay bersama keluarganya. Hari ini merupakan hari pertama mereka tidur sebilik.

"Can I ?" Hadif melontarkan soalan setelah lama berdiam. Adellia hanya menganggukan. Dia perlu atasi traumanya. Bayangan malam itu harus hilang dari ingatannya. Hadif yang menerima balasan positif itu terus mencempung Adellia dan membawa ke katil.

Adellia sudah menjadi miliknya sepenuhnya dan dia berjanji tiada seorang pun yang boleh memisahkan mereka melainkan ajal.

"Bangun sayang dah subuh ni" Hadif mengejut sambil mencium bahu isterinya.

"Sekejap lah bang. 5 minit je lagi" Adellia masih memejamkan mata. Hadif yang mendengar itu terus menarik Adellia menghadapnya dan wajah Adellia dicium berkali-kali. Adellia terus membuka matanya. Merah muka Adellia apabila mengigati apa yang berlaku semalam.

"Bangun sayang ke nak sambung yang semalam ?" Hadif sudah tersenyum gatal.

"Hish abang ni! Lia nak bangun lah ni..Abang ambilkan tuala Lia boleh ?" Tuala isterinya dicapai dan diberikan kepada isterinya. Adellia menyambut huluran itu. Dia membalut badanya dengan tuala. Rambutnya di ikat secara messy bun.

Wajah Adellia merah apabila teringat apa yang berlaku semalam. Kakinya terus menuju ke bilik mandi tanpa memandang wajah suaminya.

Selesai sahaja salam yang diberikan, Hadif menghulurkan tangannya kepada Adellia. Adellia menyambutnya dengan sopan. Hadif terus mencium dahi mulus isterinya setelah Adelllia mengangkat kepalanya.

Adellia mengambil tudungnya dan dipakai. Mereka keluar dari bilik secara bersama. Adellia kedapur untuk menyiapkan sarapan pagi memandangkan ada beberapa ahli keluarganya yang masih bermalam dirumahnya.

"Selamat pagi bang" Akif menyapa selepas terlihat kelibat abang iparnya.

"Morning Akif" Hadif menghampiri Akif yang sedang duduk di pangkin. Inilah masanya untuk mengenali adik iparnya dengan lebih lagi.

"Hai abang Adif" Zulaika menghampiri dua jejaka itu. Punggung dilaburkan di sebelah Hadif. Hadif mengesot merapati Akif. Tidak selesa.

Akif bangun dari duduknya. Tubuh abang iparnya ditarik untuk menjauhi Zulaika.

"Kau dah kenapa nak duduk sebelah abang Adif ? Kau ni memang gatal kan ?" Akif bersuara.

"Sukahati aku lah" Zulaika menjeling Akif. Baru sahaja Akif ingin membidas, suara kakaknya menghentikan perbuatannya.

"Abang, Akif, jom sarapan" Adellia menghampiri suami dan adiknya.

Adellia mengerling ke arah Zulaika sebelum memandang wajah suaminya. Hadif mendekati Adellia,  pinggang ramping isterinya dipaut dan terus masuk ke dalam rumah. Akif memandang sinis muka Zulaika yang sudah masam itu.

"Jangan harap kau dapat abang Adif. Perempuan busuk hati macam kau tak layak dilayan baik-baik" Sembur Akif dan meninggalkan Zulaika sendirian.

Zulaika yang mendengar itu menggengam erat tangannya. Selagi dia tak bahagia, Adellia juga tidak boleh bahagia. Itu janjinya.

"Adif cuti lama ke ?"'Hadif memandang bapa mertuanya.

"Lagi 2 hari dah kena masuk office" Pakcik Yusof angguk kepala.

"Jadinya bila kamu balik KL ?" Sambung Pakcik Yusof

"Esok yah..Nak bercuti dekat sini dulu. Lagipun Hadif tak pernah jalan-jalan dekat sini" Adellia menghampiri suaminya yang sedang berbual dengan ayahnya.

"Abang petang nanti kita keluar pusing kampung nak tak ?" Adellia bertanya sambil menarik kerusi di sebelah Hadif. Hadif membalas pertanyaan isterinya dengan anggukan.

"Lepas kahwin ni kamu kerja lagi ke Lia ?"

"Lia ikut arahan suami Lia, kalau suami Lia bagi Lia kerja, Lia kerja lah" Adellia memusing ke arah Hadif untuk mendapatkan jawapan.

"Sayang berhenti kerja boleh ? Lagipun abang ni mampu nak tanggung hidup kita" Hadif tidak mahu isterinya berkerja. Lebih baik duduk di rumah jaga dirinya, lagi bagus. Adellia menganggukkan kepalanya. Dia hanya menurut perintah.

"Teman Zue jalan petang ni nak tak Abang Adif" Zulaika yang bertanya sambil berjalan menghampiri Hadif. Sakit hatinya melihat Adellia duduk di sebelah Hadif. Sepatutnya dia yang berada di sisi Hadif.

"Tak nak, aku nak keluar dengan isteri aku" Tangan Adellia dipegang. Tiada masa dia mahu melayan perempuan itu.

"Kalau macam tu Zue nak ikut juga" Zulaika masih mencuba mendapatkan perhatian Hadif.

"Jangan nak sibuk..Aku nak dating berdua je dengan bini aku" Malas Hadif ingin melayan karenah Zulaika.

"Kamu ni dah kenapa ? Sibuk nak mengikut orang. Adif tu dah jadi suami orang dah pun. Kalau nak menggatal pergi cari suami sendiri" Pakcik Yusof membidas.

Zulaika terdiam. Sakit hati apabila semua orang menyebelahi Adellia. Kakinya melangkah
meninggalkan mereka. Matanya menjeling Adellia, Adellia tidak mengendahkan. Dah biasa dah dengan Zulaika. Entah apa yang dia marah sangat pun tidak tahulah.

Seperti yang dijanjikan, Hadif pusing kampung bersama isterinya. Hadif sudah naik ke atas motor LC milik adik iparnya. Adellia memaut bahu suaminya untuk naik ke atas motor. Awalnya agak kekok kerana Adellia tidak pernah bonceng bersama lelaki selain ayah dan adiknya. Lama-kelamaan rasa Seronok pula pusing kampung petang ni mungkin disebabkan bersama suami tercinta.

HADIF'S ©️Where stories live. Discover now