BAB 1 🥀

10.2K 243 7
                                    

"Weh kita dah lambat ni kau nak bersiap sampai tahun depan ke mat ?!" jerit Aqeela dengan penuh geram di ruang tamu rumah sewa yang diduduki sementara. Dia menilik jam di tangan.

Ya Allah lepas isya katanya nak gerak tapi sekarang dah pukul 9 tak keluar bilik lagi.

"Widih sabarlah bawal aku tak jadi ni kang pergi dengan tudung macam ni badmood kang" balas Qarya panjang lebar sambil tangannya lincah membuka dan membalut semula lilitan tudung bawalnya.

Huhu the struggle is real 😔✊🏻

Sudah lama menunggu, Aqeela mengorak langkah ke arah pintu bilik yang kehormat. Tangannya naik mengetuk kuat pintu membuatkan tuan empunya bilik tersentak.

"Wahai puteri sendu lagikan hodoh bagaikan cicak kau buka pintu ni sekarang" jerit Aqeela dengan suara yang tertahan. Tidak mahu jiran dengar.

Malu oih auto tak jadi buat menantu lakmak.

Mendengar arahan itu lantas Qarya membuka pintu bilik dengan sengihan tidak bersalah. Dia mengajaknya masuk dengan selamba.

"Ya allah ya Rabbi apa yang lama sangat kau lilit ni pakai bawal je kemain lama macam kau pakai siakap"

"Kau masuk sini memang nak membebel ke macam mana" marah Qarya.

"Ha'ah memang aku nak bebel je" balas Aqeela.

Qarya memutarkan bebola matanya ke atas lalu menghadap ke arah cermin dengan muka cemberut.

"Tak payah nak muncung sangatlah meh aku tolong" pelawa Aqeela pasrah melihat muka sahabatnya seakan merajuk.

Diam sahaja tiada balasan. Ish macam budak kecil tak dapat coklat.

"Ika sayang..meh sini aku betulkan tudung kau" meleret lembut suara Aqeela membuatkan Qarya berpaling dengan senyuman lebar.

Hehehe suka lah orang pujuk gini.

"Nasib aku perempuan kalau aku ni lelaki dah lama aku masuk pinang kau Qee"

"Eh melebih pulak kau ni kang aku lilit bawal jadi kafan kang haa" terus meletus tawa mereka.

"Ha dah siap ! Terima kasih sama-sama dah jom gerak kita dah lambat sangat ni" kata Aqeela. Dia mengorak langkah ke luar bilik menuju ke halaman rumah dan memasuki keretanya.

Setelah berpuas hati Qarya menilik pantulan di cermin, lantas dia mencapai segala barangan lalu mengikut sahabatnya keluar dari rumah. Tidak lupa mengunci pintu rumah.

Masuk saja dalam kereta Toyota Yaris milik Aqeela, mereka terus menuju ke kafe berdekatan untuk berjumpa dengan rakan mereka yang lain.

Manakala di kafe, terdapat sekumpulan manusia yang berwajah muram sambil masing-masing menongkat dagu. Kecuali seorang jejaka sahaja yang beriak biasa.

"Apa salah aku eh harini sampai kena sidai sebegini lama" soal Qalish sambil menghirup air Lattenya.

Mereka yang lain hanya membiarkan soalan itu berlalu. Macam dia seorang kena sidai.

"Weh sorry sangat buat korang tunggu lama" terus saja Aqeela menutur maaf.

"Takpe korang nak sidai setahun pun kitorang boleh tunggu" sindir Ayyash dengan pandangan tajam menikam mata Aqeela yang duduk berhadapan dengannya.

"Asal kau tengok macam tu? Tudung dia yang buat hal tadi bukan aku" jawab Aqeela dengan nada tidak puas hati. Apahal nak perli aku bagai mamat selenga ni?

"Dia kawan kau kan"

"Habis tu dia bukan kawan kau?"

"Dia serumah dengan kau"

"Kau nak aku buat apa? Tinggal dia? Eh aku yang betulkan tudung dia tadi tau"

"Dia-"

Belum sempat menghabiskan perang mulut terdengar suara seseorang mencelah.

"Aku minta maaf lah semua. Tudung aku yang salah janganlah marahkan Qee" pintas Qarya sambil menyedut sedikit air Manisha. Penat !

Terdiam seketika semua di situ.

"Sudah sudah. Semua dah ada kan? Kita teruskan dengan perbincangan pasal program tu. Siapa exco promotion dan siapa yang contact sellers ? soal Manisha setelah keadaan mulai reda.

"Aku exco promotion. Aku dah bagi contoh flyers dengan banners yang aku reka dekat budak-budak lain untuk diorang print then bolehlah handout benda alah tu dekat pelajar lain" jawab Qalish sambil membelek kuku. Hm bersih !

"Aku exco communication. Aku yang kena contact sellers and also the rentals. Tapi buat masa sekarang, ni je lah yang senarai foodtruck dan jenis jualan yang available. Aku masih tengah cari peniaga yang jual barangan lain" terang Aqeela sambil meletakkan buku notanya ke atas meja.

Dia menyelak helaian kertas menunjukkan senarai yang dibuat. Terbuka luas mata mereka melihat senarai itu.

1. Waffles & Scones > foodtruck
(Pn Milah : 011-65430900)
2. KoeyTeow Kerang > foodtruck
(En Hamdi : 019-120337848)
3. Lokching & Oden > foodtruck
(En Izudin : 011-10223976)
4. Seafood Celup Tepung > foodtruck
(Pn Ros : 014-2905561)
5. Air Balang & Nasi Ayam > foodtruck
(Pn Siti : 011-11452398)
6. Sushi > khemah
(Pn Alia : 011-65218090)
7. Desserts & Pastries > khemah
(Cik Nana : 010-85421022)
8. Bihun Sup Kawah > khemah
(En Rashidi : 019-71280054)
9. Nasi Lemak Ayam Berempah > khemah
(Pn Ani : 014-72301193)
10. Takoyaki > khemah
(Cik Wawa : 011-52529110)

"Wuish ramai jugak ni kau dah contact" kata Qalish dengan kagum. Terangguk-angguk mereka yang lain setuju.

Memang padu dalam tempoh dua minggu sudah ramai peniaga yang dia dapat.

"Tadi kau cakap kau masih cari peniaga lain? untuk apa?" soal Humeera sambil memandang ke arah Aqeela yang tekun menghirup air miliknya.

Minah ni selamba minum air aku. Bila masa capai entah.

"Kalau korang perasan, senarai tu semuanya makanan. So, aku nak cari peniaga yang jual barang lain macam aksesori ke pakaian ke apa-apa je lah. Sebab kita bukannya buat food festival kan" jelas Aqeela sambil jarinya menunjuk buku notanya.

"Oooo fahamm" terangguk-angguk mereka semua mendengar penjelasannya.

"So, bila kau nak mula cari peniaga lain?"

"Em esok kot" terangguk-angguk mereka sekali lagi.

Haih dah macam burung belatuk dah.

Disclaimer : jangan risau nombor telefon tu semuanya rekaan, kan sya dah tulis awal dalam intro, skip lah tuu 😔 Teruskan membaca ya yeorobun !

The HandkerchiefWhere stories live. Discover now