Dia mengorak langkah dengan bergaya seperti seorang wanita berkaliber walaupun pekerjaan asalnya hanyalah penggubah bunga. Bunyi tapak kasut tumit tinggi yang bergema di segenap ruang itu menggamit perhatian beberapa manusia ke arahnya.
Sedikit pun dia tidak heran kerana dia perlu menyelesaikan sesuatu dengan cepat. Memasuki sebuah restoran langsung dia melabuhkan punggung di kerusi meja yang agak terselindung dari orang ramai.
"Lama dah ke tunggu?" soalnya kepada lelaki yang sedang menayang wajah bosan di meja makan.
"Tak lama sangat ada lah sejam gitu" jawabnya sambil menjeling tajam.
Tergelak kecil dibuatnya Aqeela mendengar jawapan itu. Lantas dia menghulurkan tangan ke arah lelaki di hadapan.
"Eh tak boleh pegang-pegang ni haram ! lagipun I dah ada someone okay? you're not my taste lah" kata lelaki itu seraya membuat riak geli.
Aqeela mendengus geram. Dia mengetap bibir rapat. Mata mula menajam.
"Eh benak jangan gedik sangat boleh tak?! mana dokumen yang aku nak tu ke kau lupa?!" marah Aqeela dengan nada tertahan.
"Choii agak sikit mulut kau eh perempuan. Kau pikir aku ni macam sepupu kau ke nyanyuk masa muda. Ni haa dokumen kau tak habis-habis kacau aku. Eh aku banyak kerja lain tau tak?!" bebel lelaki itu hanya didengari namun tidak diendahkan langsung Aqeela.
"Tak tahu dan taknak tahu" balas Aqeela selamba sambil tangannya laju membuka dokumen yang diberi. Matanya ralit membaca satu persatu maklumat.
Hm perfect dan complete ! bagus !
Lelaki itu mendengus geram mendengar balasan dari bibir merah itu. Eiy nasib kau kawan aku je lah ! kalau tak dah lama aku-
"Tak baik kutuk orang tau. Tambah 1 langkah masuk neraka" tercengang lelaki itu disindir Aqeela. Walaweh macam mana minah ni tau ?!
"Mana ada aku kutuk kau. Ish kau ni memandai je susahlah nak kutuk perempuan cantik, segak, lawa, baik-"
"Enough. Now tell me what do you have in your mind?" pintas Aqeela.
Lelaki itu mencebik bibir seketika. Dia menyilangkan tangan ke paras dada tanda protes. Aqeela yang melihat itu lantas menjeling. Mengada lembu ni !
"Beast.."
Terus tegak badannya mendengar leretan suara itu namun tegas. Tambah pula dengan kod namanya yang disebut. Mommy helep !
"Yes miss" jawabnya ringkas. Mata mula naik memandang tepat ke arah mata milik Aqeela.
"What kind of plan do you made?"
"Ehem. For now I-"
"Arghhhh!!" terdiam mereka mendengar jeritan nyaring di luar restoran itu.
"Lah..kacaulah sial. Wait here miss" Lelaki itu terus berlalu keluar meninggalkan Aqeela yang terpinga-pinga di meja.
Baru saja Aqeela hendak bangun, kepalanya ditekup dengan sehelai kain hitam, lengannya ditarik kasar sehingga dia mendesis sakit, malah langkahnya terpaksa dibesarkan diheret ganas ke arah suatu tempat.
"Lepaslah sial !! tolong !! to- hmphh!!" dia dihumban ke dalam sebuah kereta hitam secara kasar.
"Diam !! kalau kau nak mampus sangat jeritlah lagi !!" terus diam dia dijerkah kuat di dalam kereta itu. Lama mereka berdiam diri, tiba-tiba kereta itu berhenti di sebuah tempat. Dia ditarik sekali lagi menuruni kereta ke dalam tempat itu.
'Seriously again ? ugh !'
•••••
"Weh kitorang nak mintak maaf tau sangat-sangat bersalah gila duh. Niat memang nak jumpa korang tapi Qee takde harini kan. Nanti pulaklah" kata Qalish seraya menggosok lehernya.
"Alah takpe benda dah lama. Lagipun kitorang memang dah maafkan korang pun. Qee kan dah cakap masa majlis haritu. Cuma yalah dia memang sibuk sikit" balas Manisha sambil tersenyum. Matanya memandang ke arah sahabat-sahabatnya bersilih ganti.
Sumpah dia rindu !
"Anim" dia memandang ke arah wajah tampan tanpa kumis itu. Terjungkit keningnya sebelah tanpa mengapa.
"Qee ada musuh ke sebelum ni?" soal Ayyash berhati-hati. Sepatutnya soalan tu pada diri sendiri tapi entah kenapa terkeluar dari mulutnya.
Tersentak Manisha mendengar soalan itu. Dia tidak pernah menyangka akan terbit soalan itu dari lelaki itu. Dapat mereka melihat wajah kaku Manisha. Hairan seketika. Qarya menyentuh perlahan bahu Manisha membuatkan dia tersedar lantas menoleh ke arahnya.
"Hah?" soalnya pada Qarya namun dibalas dengan muncungan bibir ke arah lain. Dia berpaling semula ke arah lelaki itu. Dia menelan kesat liurnya sebelum membuka bicara.
"Erm..musuh tu tak tahu nak cakaplah mungkin ada mungkin takde? kenapa kau tanya?" soalnya kembali. Dapat dia dengar keluhan halus dari Ayyash.
Okay something's not right. Prepare dear heart !
"Keluarga aku dapat sebuah kotak ni dalam tu ada bangkai tikus dan gambar Qee. Aku risau orang yang ugut tu nak ancam nyawa dia. Sebab tu aku tanya Qee ada musuh tak? kot lah ada berkait dengan aku ke" jelas Ayyash panjang lebar. Harap sangat Manisha membantu.
"Ooh macam tu. Dulu-"
Deringan telefon bimbit menghentikan percakapannya. Mereka serentak memandang ke arahnya yang berkerut kening menatap telefon. Laju jarinya menjawab panggilan sebelum diletakkan di tepi telinga.
"Hello? ha kau asal-"
"Weh Qee hilang !!"
Mendengar itu terus dia bangun mendadak. Dadanya berombak kasar, nafas mula laju dan jantung mula berdetak bagai nak pecah.
"A-Apa maksud kau Qee hilang?" terus terkejut mereka yang lain mendengar suara Manisha agak kuat diselit getaran.
"Qee hilang, Isha !! aku tertinggal dia kejap dalam restoran tadi sebab ada kecoh dekat luar ni bila aku masuk balik dia dah takde !! aku cari merata tempat weh cuma ada dompet dengan telefon dia je dekat parking lot !! sumpah aku risau Isha !! Allahuakbar !!!" jerit suara itu di seberang talian.
Terdiam terkelu lidahnya untuk berbicara. Matanya mula bergenang. Hati makin risau jika Aqeela menjadi seperti dulu. Not again ?!
"What have you done Rayden?! dia hilang ke kena culik cakap betul-betul lah bodoh !!" marah Manisha. Dia mengetap bibir menahan nada marah di dalam kafe. Mereka yang mendengar itu makin tercengang terkaku dan terdiam.
"Hilang tu kena culiklah bengap !! dah kalau barang dia tercicir jadi apa lagi kau tanya soalan bijak sikit boleh tak ?! sekarang ni aku nak kau call abang kau suruh dia bagitahu abang-abang Qee sekali" balas lelaki itu dengan nada geram.
"I swear for my life Rayden kalau Qee jadi macam dulu balik memang kau mampus aku kerjakan !! Aku nak kau track location dia guna cip dekat rantai dia tu nanti bagitahu semua orang. Faham ?!" terus dia meletakkan panggilan tersebut sebelum dia mencapai kasar beg tangannya.
"Kitorang ikut kau" pintas Ayyash mendahului mereka. Lantas mereka mengikut langkah lelaki itu ke kereta masing-masing.
Plot biasa je takde tinggi mana pun. Saya tak pandai buat jenayah maklumlah budak baik ahaks ☺️ ada kaitan tak jalan cerita dengan tajuk ? ada sabar ye walaupun saya sendiri tak pasti bagaimana nak kaitkannya. Jangan lupa untuk vote dan komen tau ! tolonglah setia 😭🤌🏻 saya mueh sekalian <3
YOU ARE READING
The Handkerchief
RomanceStand Alone #1 •[[ Ayyash Luthfi x Aqeela Suhaila ]]• Di mana ada si jejaka, pasti ada si gadis. Kadang kala mereka kerap bertengkar tetapi selalu bersependapat dan sering bersama sehingga orang menganggap mereka sebagai pasangan. Tetapi, berlakunya...