"Apa dok hingiaq sangat nih? Esah? Awat hang mai nih?" soal Tok Chah seraya melihat sekilas ke wajah Aqeela seakan merah. Tahulah dia cucunya itu menahan marah. Bukan dia tak mahu Aqeela membalas tapi dia risau jika baran cucunya itu mulai keluar.
"Saja lah mai sini aku nampak banyak keta dekat luaq ingatkan sapa lah balik. Rupanya budak malang nih" Mak Esah menjeling ke arah Aqeela yang hanya berdiri menunduk wajah di muka pintu.
"Hang mau mai sini nak hina cucu aku baik hang baliklah Esah. Cucu aku elok ja tak kacau hang pun. Baliklah tengok anak hang tu tak pasai dia buat natang lain dekat rumah tu" tegas suara Tok Chah membidas.
Geram sungguh dengan wanita di hadapannya sekarang. Apa yang dibenci dengan cucunya seorang ini pun tidak tahulah.
"Aku pun tak hinginlah nak duk lama tang ni. Ingatkan orang kaya mana mai. Kalau aku tau betina ni ja yang mai memang dak aku nak jejak kaki sini. Huh" bidas Mak Esah sebelum dia bangun merapati Aqeela di muka pintu.
"Hang ingat hang duk bandaq tu terjaga sangat ka? tah-tah badan tu dah kena ratah. Kesian mak pak hang" terus dia menolak kasar bahu Aqeela sebelum keluar dari rumah.
Aqeela yang tidak menyangka akan perbuatan wanita itu terus menganjak ke belakang dengan mendadak tanpa sedar kakinya terjejak paku yang terpacak di bucu tangga. Nasib tidak jatuh ke tanah tapi dia cuba mengawal keseimbangan badan.
"Aw" desis kecil dari bibir Aqeela menahan sakit. Dia menunduk cuba mengawal riak wajah agar toknya tidak risau.
"Su..hang okay dak tu" soal Tok Chah risau melihat keadaan cucunya yang mengerut kening. Dia tidak nampak kaki cucunya terpijak paku cuma dia sempat melihat Mak Esah menolak kasar bahu Aqeela.
"O-okay tok. Su masuk bilik dulu" kata Aqeela perlahan. Terus dia menapak memasuki bilik. Belum sempat dia menutup pintu, terasa seakan pintu ditahan membuatkan dia kembali membuka pintu melihat ke luar bilik.
"Qee..meh aku tengok luka kau" kata Qarya dengan riak yang risau. Dia terdengar dan nampak apa yang berlaku sejak wanita tua itu memberi salam sehinggalah pulang.
Aqeela hanya mengangguk memberi ruang. Rupanya bukan Qarya seorang sahaja yang memasuki biliknya, ternyata ada sekali Manisha dan Humeera.
"Kalau aku jadi kau tadi dah lama aku hantuk telefon aku dekat dahi dia" kata Manisha geram sambil membuat wajah marah.
"Apa kelas kau hantuk telefon? baik kau hantuk kepala dia dekat dinding tu haa" sampuk Humeera seraya menggerakkan tangannya umpama menghantuk.
"Tak payah nak hantuk sangatlah. Baik kau tayang pisau depan muka dia. Senang"
Terus mereka semua menoleh ke arah Qarya yang selamba berkata sambil membelek kaki Aqeela.
"Tsk" berdesis kecil suara Aqeela menahan sakit. Habis berpeluh dahinya.
"Sorry. Erm ni macam teruk sikitlah Qee banyak darah keluar ni. Pergi klinik lah weh" kata Qarya sambil matanya masih tertancap pada kaki rakannya.
Berani betul makcik tu buat kesayangan aku macam ni eiy !
"Ehem" serentak mereka menoleh ke arah pintu bilik. Terpampang tiga lelaki.
"Asal?" tanya Humeera hairan.
"Jom pergi klinik" kata Ayyash sebelum dia bergerak ke luar rumah menuju ke kereta. Mahu menghidupkan enjin. Memastikan ruang dalam kereta bersih dia keluar dari kereta dan menuju ke ruang sebelah untuk membuka pintu.
Manakala Aqeela masih terkaku di atas katil. Mereka yang lain juga ternganga melihat ke arah pintu tidak lepas. Qalish dan Irsyad yang berada di pintu terus berdehem tidak selesa dipandang begitu. Malu !
"Ehem. Qee tu Luth dah tunggu dekat kereta. Pergilah" kata Qalish seraya menggosok belakang lehernya.
Seolah tersedar, Aqeela bangun dari katil mencapai barang penting sebelum berlalu keluar dari bilik ke pintu rumah dengan perlahan-lahan.
"Qee boleh tak tu" tanya Manisha.
"B-boleh jangan risau" balas Aqeela sambil menunduk. Bibir diketap menahan rasa sakit yang menyucuk di bawah telapak kaki.
Allahuakbar sakitnya !
"Lambatlah kau ni" lepas saja Ayyash dia menutur kata terus dia mencempung badan Aqeela dengan mudah lalu diletakkan di tempat penumpang sebelahnya.
"Pakai seatbelt" ringkas arahannya sebelum menutup pintu kereta dan berlalu ke arah tempat pemandu.
Manakala mereka yang lain menjadi saksi di muka pintu rumah hanya mampu terlopong tidak lupa juga Tok Chah.
"Weh korang nampak kan tadi?" soal Humeera sambil menelan liur. Matanya menjeling sekilas ke arah Tok Chah. Mampus kau Luth !
"Nampak" serentak mereka menjawab.
"Ganaih kawan hampa sorang tu. Nasib darurat" kata Tok Chah sambil menggeleng kepala perlahan. Dia mula berlalu ke biliknya. Mahu merehatkan diri.
Mereka hanya tercengang mendengar kata-kata Tok Chah.
"Tok tak marah ke siot" jerit Qalish dengan nada bisik.
"Kalau gitu tak marahlah. Dah jom masuk rehat" balas Irsyad sebelum memasuki bilik diikuti mereka yang lain ke dalam bilik masing-masing selepas menutup pintu rumah.
•••••
Selesai menunaikan solat fardhu Isya diketuai oleh Irsyad pula, mereka berlalu ke dalam bilik masing-masing untuk tidur.
Keesokan harinya, giliran Ayyash yang bangun awal dan mengejut dua sepupunya itu untuk mandi terlebih dahulu. Usai membersihkan diri masing-masing, dia menapak ke bilik Aqeela. Berdiri di hadapan pintu, dia mengetuk pintu bilik itu.
"Qeela..dah subuh ni bangun" kata Ayyash sambil mengetuk pintu. Terdengar bunyi kunci dibuka dan pintu itu ditarik dari dalam, terpampang sosok tubuh yang berpakaian pijama tidur biru bercorak bunga merah kecil dengan tudung di kepala, tuala di lilit di leher dan pakaian di tangan. Matanya naik memandang sepasang mata yang masih layu terpejam separuh.
Dia menahan senyuman melihat wajah mamai milik Aqeela. Kulit licin, mata yang layu, bulu mata panjang lentik, hidung mancung, pipi putih gebu dan bibir mungil. Cantik !
"Ehem" laju jarinya naik menjentik perlahan telinga Aqeela yang diselindung tudung. Merah telinga dibuatnya lama-lama begini.
"Aww! kau asal?!" marah Aqeela dengan tangannya mengusap telinganya.
"Kau ingat hadap tugu negara ke dekat sini? dah pergi mandi sana busuk, kejap lagi nak pergi dusun" sindir Ayyash sambil tersenyum mengejek. Baru hendak menolak Aqeela ke arah dapur dibatalkan niat kerana dia sudah berwudhu dan berpakaian lengkap solat.
"Ish tahu lah" dengus Aqeela sambil berjalan perlahan ke bilik mandi.
Mereka semua sudah selesai membersihkan diri dan berpakaian lengkap solat hanya menunggu Aqeela saja.
Adoiyaii kenapa mat Lutpi ni gatal sangat ni?!! anak siapa niii tak kenal 😭 Teruskan membaca tau korang ! vote dan komen ! 🩷
YOU ARE READING
The Handkerchief
Любовные романыStand Alone #1 •[[ Ayyash Luthfi x Aqeela Suhaila ]]• Di mana ada si jejaka, pasti ada si gadis. Kadang kala mereka kerap bertengkar tetapi selalu bersependapat dan sering bersama sehingga orang menganggap mereka sebagai pasangan. Tetapi, berlakunya...