4 tahun berlalu ~
Sebab sya nak kurangkan sikit chapter so terus skip je hehehe...
"Hmm wanginyaaa diaaa dah mandi" kata Aqeela sambil menghidu bunga-bunga di kedainya, Qee's Flowery.
"Weh ni bunga ros merah nak aku letak dekat rak mana satu?" soal Hanani selaku pekerja di kedai bunganya. Lantas dia berpaling ke arah suara itu.
"Kau letak je dekat rak display tu. Susun sikit ikut idea kau" balas Aqeela sambil menunjuk ke arah rak yang terletak di belakang cermin kedai.
Dia tidak suka akan formaliti jadi dia menganggap pekerja-pekerjanya itu sebagai rakan sahaja. Lebih selesa jika mereka berbual menggunakan gelaran kau aku. Cumanya hormat antara pekerja dan bos itu tetap ada.
Hanani mengangguk tanda faham akan arahan itu. Dia tidaklah begitu rapat dengan Aqeela kerana sewaktu dia diterima kerja di kedai bunga ini pun Aqeela susah mengukir senyuman. Apatah lagi bergelak ketawa, dia dan rakannya seorang lagi tidak pernah nampak wajah itu ceria. Sentiasa mendung, selalu dingin dengan semua orang sekeliling membuatkan orang merasa gerun membuat kesalahan.
Lalu dia mengorak langkah ke rak display dan meletakkan pasu yang berisi sejambak bunga ros merah di atas rak tersebut. Sudah menyusun, dia bergerak semula ke arah stor belakang untuk melakukan kerjanya.
Kling kling~
Kedengaran bunyi loceng bergema di segenap ruang kedai itu menandakan ada pelanggan. Lantas mereka tiga berdiri di hadapan kaunter untuk menyambut kedatangan pelanggan.
"Welcome to Qee's Flowery, how can we help you miss?" kata Aqeela dengan senyuman nipis. Dia menilik sosok tubuh yang berdiri di hadapannya yang memerhati sekeliling. Pakaian yang agak seksi dan ketat, kasut tumit tinggi, beg tangan mahal, rambut keperangan serta bibir merah terang.
Subhanallah ! sabar wahai mata walaupun agak terseksa.
Lantas perempuan itu berpaling menarik senyuman nipis memandang ke wajah yang paling dia benci dari dulu.
Buat seketika mata mereka bertembung lantas dia berdengus kecil. Asal perempuan ni makin cantik ish aku tak suka !
"Remember me?" soal perempuan itu dengan riak wajah manis memandang ke arah Aqeela atas bawah.
Aqeela mengerut kening seketika lalu dia menggeleng kepala.
"Farah. Farah Melissa. I was your groupmate before" dia menghulurkan tangan kepada perempuan di hadapannya.
"Ooh Farah. Ya Allah lainnya kau sekarang makin cantik! sorry sumpah aku tak perasan kau weh" balas Aqeela dengan sengihan yang serba salah. Laju dia menyambut huluran tangan itu.
"Hahaha yalah lama tak jumpa kan. Oh by the way ni kedai kau ke? cantiknya deko" soal Farah memerhati sekeliling.
Hm not bad.
"Ha'ah kedai aku. Thanks for the compliment. Oh kau buat apa sekarang?" balas Aqeela.
"Aku kerja dekat syarikat papa aku je"
"Ooh okaylah tu rezeki kau sambung bisnes papa kau. Ni kau datang sini nak beli bunga ke?" soal Aqeela.
"Eh taklah. Saja je masuk jumpa kau sebab aku dapat tahu kau bukak kedai bunga area sini cuma tak tahu kedai mana satu" balas Farah dengan sengihan halus.
"Ooh yeke so kau nak balik dah lah ni?"
"Ha'ah tak boleh lama aku ada hal sikit. Aku gerak dulu eh nanti jumpa lagi. Ni nombor aku. Bye!" balas Farah sebelum dia berlalu keluar dari kedai.
"Oh? haa okay bye" sekilas dia memandang ke arah nombor yang tertera di skrin telefonnya. Lantas dia memasukkan nombor itu ke dalam senarai konteknya.
•••••
Tuk tuk tuk
"Masuk"
Pintu dibuka lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik. Lantas dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan seorang lelaki.
Kerusi di sebelahnya juga ditarik sebelum seorang lagi lelaki melabuhkan punggung. Mereka memandang sesama sendiri lalu berpaling semula ke arah lelaki di hadapan mereka merangkap sepupu.
"Bro. Kau nak tau sesuatu tak?" soal Irsyad sambil menyilang tangan ke atas meja.
"Apa?"
"Aku ternampak Qee 2 hari lepas dekat Ciara Mall" jawab Irsyad.
Terdongak terus kepala mereka mendengar itu. Manakala Qalish sudah mengerut kening.
"Qee?" tanya Qalish. Lama dia tak dengar nama sahabatnya itu.
Ayyash hanya diam tidak terkutik walau hatinya sudah berdebar. Mana mungkin dia melupakan gadis yang pernah menjadi pujaannya. Namun saat dia ingin meluahkan isi hati, gadis itu menghilangkan diri tanpa jejak. Retak hatinya diperlakukan sebegitu, dia mula membenci. Bukan itu saja, malah persahabatan juga terputus kerana mereka dapat tahu bahawa Aqeela hanya mempergunakan mereka.
Walaupun mereka susah nak percaya tapi bukti telahpun diperjelas. Sejujurnya jauh di sudut hati dia masih mempercayai gadis itu. Tapi bila dia ditinggalkan begitu saja dia mula berubah, dulu dia seorang kuat menyakat dan nakal, sekarang dia menjadi dingin dan sinis.
"Iyee. Masa tu aku tak percaya tu Qee sebab pemakaian dia beza gila dengan dulu weh. Dulu dia selalu pakai tshirt, hoodie takpun blouse kan? tapi masa tu aku nampak dia pakai suit blazer weh dengan kasut tumit tinggi lepastu tudung mahal. Pergh memang macam wanita berkaliber sial" terang Irsyad panjang lebar bersungguh-sungguh.
Terangguk-angguk mereka mendengar. Namun mereka tidak dapat membayangi gaya Aqeela yang sekarang kerana tidak pernah berjumpa setelah lama berpisah. Bukannya mereka tidak pernah mencari keberadaan Aqeela namun satu maklumat pun tiada. Akhirnya mereka berputus asa. Bahkan ahli keluarga Aqeela sendiri turut berdiam diri. Mereka sudah berpindah rumah dan tiada siapa yang tahu. Kecuali si dia.
Siapakah si dia yang dimaksudkan? haa kalau nak tahu korang kena terus baca walaupun lambert lagi nak habis 😭🔫 mueh cayang semua <3
YOU ARE READING
The Handkerchief
RomanceStand Alone #1 •[[ Ayyash Luthfi x Aqeela Suhaila ]]• Di mana ada si jejaka, pasti ada si gadis. Kadang kala mereka kerap bertengkar tetapi selalu bersependapat dan sering bersama sehingga orang menganggap mereka sebagai pasangan. Tetapi, berlakunya...