"Qeela..."
Tersentak dibuatnya mendengar suara garau yang betul-betul di belakang telinganya membuatkan dia berpusing ke belakang. Terbeliak matanya tatkala melihat kedudukan mereka agak rapat.
"A-asal kau ni?! j-jangan nak b-buat hal eh! aku tampar kau kang" terjerit kecil dibuatnya sekali pakej gagap. Makin tidak keruan jadinya apabila Ayyash semakin merapat. Terus dia menutup kedua matanya.
Bunyi deringan telefon milik Ayyash menyentakkan mereka berdua. Seolah tersedar, Ayyash berdehem seketika sambil mengusap belakang telinganya menghilang rasa malu. Allahuakbar apa aku buat ni?
Aqeela pula menoleh ke arah lain terus bergerak menjauhi dari lelaki itu.
Bahaya ! Bahaya !
"Hello Sir? Yes already arrived here. Yes I can see the props thank you Sir" dia meletakkan panggilan lalu melangkah ke arah kotak yang berisi barangan teater.
Dia menoleh ke arah Aqeela yang sedari tadi asyik memandang papan yang tertera carta organisasi kelab teater.
"Qeela sini tolong aku angkat"
Aqeela terus berpaling menuju ke arahnya dan menolong mengangkat barangan tersebut ke kereta. Mereka bergerak ke tempat yang menempatkan pentas persembahan yang akan dilakukan oleh pelajar-pelajar.
•••••
Kini mereka sudah berada di penghujung program. Setelah penat berhempas pulas menjalankan segala aktiviti dan urusan jualan, mereka akhirnya menunggu penyampaian hadiah untuk penyerta dan juga anugerah khas. Tetapi, anugerah khas itu hanya diketahui oleh pihak pengurusan saja.
"Dengan ini majlis mempersilakan naib canselor Tuan Haji Hamdan Bukhari b. Haji Naswad untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan"
Lantas mereka memberi tepukan sebagai tanda sambutan sebelum naib canselor mereka memberi kata.
"Terima kasih pada pengacara majlis. Assalamualaikum para hadirin sekalian, sihat ke semuanya? adakah anda semua berpuas hati dengan program yang dijalankan?"
Setelah mendapat anggukan serta maklum balas daripada para pelajar beliau menyambung butir bicara.
"Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak yang mengendalikan program keusahawanan tahunan ini dengan jaya. Tidak semua pelajar bertuah mendapat peluang untuk menguruskan program yang besar seperti ini, jadi saya amat berbangga dengan segala aktiviti yang telah saya dapati"
"Aku terharu sial rasa sebak pulak dada ni" bisik Qalish di telinga kanan Irsyad sambil mengesat air mata palsu di hujung mata.
Irsyad hanya menjeling melalui ekor mata ke arah Qalish.
Dramalah mamat ni.
"Dengan ini, saya ingin memberi sedikit penghargaan atas usaha dan segala pencapaian yang telahpun saya selidik kepada beberapa pelajar yang dikehendaki"
"Ouh ni lah anugerah khas tu? aku ingat diorang nak kasi hadiah untuk aktiviti sukan dulu" kata Manisha hairan sambil matanya tidak lepas memandang ke arah pentas.
"Itulah nyah. Aku pun ingat macam tu" sambut Humeera di sebelah.
"Anugerah khas yang pertama adalah ketua pasukan bola tampar dan spiker terbaik setaraf universiti diberikan kepada Ayyash Luthfi b. Ahmad Luthman"
Serentak mereka menoleh ke arah Ayyash yang jelas kelihatan terkedu. Benar tidak menyangka bahawa dia akan mendapat sebarang anugerah hari ini. Terus dia bangun naik ke atas pentas untuk mengambil hadiah lalu bergambar jelas diiringi dengan tepukan dan sorakan dari para pelajar.
"That's my bro! that's my bro!" sorak Qalish serentak bersama Irsyad sambil menepuk tangan.
Sahabat kitorang tu gais !
"Anugerah khas yang seterusnya adalah pengatur strategi data maklumat dalam pengkhususan perniagaan setaraf antarabangsa diberikan kepada Aqeela Suhaila bt. Megat Haqimi dan juga Qarya Malika bt. Abdul Ghani"
"Weh!" terkejut bukan kepalang mereka memandang ke arah pelajar yang disebut.
Terus mereka bangun serentak menuju naik ke atas pentas mengambil hadiah seraya bergambar bersama naib canselor.
"That's my sister yall!" jerit Manisha serta Humeera tanpa menghirau sekeliling. Tiga jejaka juga turut serta bersorak.
"Anugerah khas seterusnya merupakan sebuah penghargaan kepada seorang mahasiswi yang telah menjalankan tugas keduanya sebagai penyumbang bukti segala aktiviti yang telah berlangsung di UiTM kita sejak tahun 2015 diberikan kepada Aqeela Suhaila bt. Megat Haqimi"
Sekali lagi dia terkedu mendengar namanya disebut oleh pengacara majlis untuk mengambil anugerah. Bahunya disenggol perlahan oleh Manisha membuatkan dia tersedar lantas dia naik ke atas pentas.
Ayyash yang sedari tadi memandang wajah itu laju menguntum senyuman lebar sambil tangannya menepuk kuat.
"Anugerah yang terakhir adalah merupakan sebuah penghargaan untuk pencapaian yang tersendiri iaitu pengendali program tahunan universiti secara besaran pada tahun 2017 sukacita diberikan kepada Ayyash Luthfi, Qalish Mikael, Irsyad Athif, Aqeela Suhaila. Qarya Malika, Manisha Tasnim dan Humeera Erina"
Terus terdiam mereka tatkala mendengar nama masing-masing disebut. Laju mereka bangun menuju ke arah pentas mengambil anugerah serta sesi bergambar.
Selesai upacara penyampaian hadiah mereka serta para pelajar yang lain beransur pulang ke kolej kediaman masing-masing.
Maklumlah, dekat kampus sya gak ada pemberian hadiah macam ni...huhuhu cedih..jadinya buat sendiri ja imagine je lah lahmak banyak bunyi lah hampa ni..🫠 Teruskan membaca nah? vote sekali dan komen masehhhh~
![](https://img.wattpad.com/cover/353316322-288-k628719.jpg)
YOU ARE READING
The Handkerchief
RomanceStand Alone #1 •[[ Ayyash Luthfi x Aqeela Suhaila ]]• Di mana ada si jejaka, pasti ada si gadis. Kadang kala mereka kerap bertengkar tetapi selalu bersependapat dan sering bersama sehingga orang menganggap mereka sebagai pasangan. Tetapi, berlakunya...