BAB 36 🥀

2.3K 106 3
                                    

Ting tong~

Dia menutup api dapur sebelum mencapai tudung sarungnya. Setelah memastikan auratnya tertutup, dia membuka pintu rumahnya. Buat seketika keningnya mula bertaut rapat melihat kawasan rumahnya yang kosong namun hanya ada sebungkus kotak berbalut kain merah. Hatinya mula merasa tidak enak.

Dia mencapai bungkusan itu dibawa masuk ke dalam rumah. Menutup pintu terus dia memanggil anak serta menantunya.

"Aisya ! Inaya ! turun sini cepat" bergegas mereka melangkah menuruni tangga ke arah Puan Nor Liyana. Kelihatan wajah tua itu seakan risau.

"Kenapa bu?" soal mereka serentak sebelum memandang sebungkus kotak merah di tangan Puan Nor Liyana.

"Ni. Kotak ni ada orang datang hantar tadi tapi bila ibu bukak pintu takde orang pun dekat luar. Ibu rasa tak sedap hatilah" ujar Puan Nor Liyana sambil tangannya masih memegang kotak itu.

Tersentak mereka mendengar. Lantas Inaya bergerak ke biliknya semula dan mencapai telefonnya. Dia menuju semula ke arah ibu mertuanya.

"Aisya, bawak ibu ke sofa tenangkan ibu ya. Akak nak call abang Yan" kata Inaya sebelum dia bergerak ke dapur sebentar.

"Baik kak. Jom bu kita duduk dulu" balas Aisya sambil memegang bahu ibunya dibawa ke sofa ruang tamu. Duduk saja di sofa, kotak itu dicapai Aisya diletakkan di atas meja. Erat tangannya menggenggam jemari kasar tua itu.

"Sabar bu. Kita tunggu abang Yan okay?" kata Aisya menenangkan ibunya yang masih risau. Entah mengapa hati kecilnya juga merasa tidak enak. Bagai ada petanda mahu terjadi. Allahuakbar !

"Hello sayang? ada apa call abang? lambat lagi waktu-"

"Abang tolong balik rumah sekarang. Bagitahu baba dengan Luth sekali cepat bang" gesa Inaya dengan nada cemas. Tak sempat nak cerita dah dia risau akan ibu mertuanya.

"O-Okay abang bagitahu diorang. Abang ambik Ayden dulu" terus mereka meletakkan panggilan serentak.

Inaya berpaling semula ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggung di sebelah kanan ibu mertuanya. Bahu diusap perlahan.

"Sabar ya bu. Kita tunggu diorang balik" katanya sambil tangan setia mengusap bahu Puan Nor Liyana. Wanita itu tidak membalas hanya anggukan saja diberi.

Setelah lama menunggu, akhirnya mereka terdengar bunyi deruman enjin 2 buah kereta milik Aryan dan juga Luthfi. Pintu rumah dibuka kasar oleh Encik Luthman. Bingkas dia melangkah ke ruang tamu.

"Kenapa yang? awak sakit ke? sakit dekat mana bagitahu saya" soal Encik Luthman seraya tangannya memegang pipi isterinya. Risau melihat wajah isteri yang seakan pucat.

"A-Abang...tu" balas Puan Nor Liyana tergagap-gagap sambil jarinya naik menunjuk kotak berwarna merah di atas meja.

Lantas dia berpaling ke arah tersebut. Dahinya berkerut halus. Parcel siapa pulak pelik semacam ni ?

Belum sempat tangan mencapai, kotak itu dirampas kasar oleh Luthfi laju dibawa ke belakang dapur. Mereka bergegas mengekori langkah lelaki itu. Entah apa yang nak dibuat.

Dia duduk mencangkung di atas rumput. Kotak itu dibuka perlahan. Lantas dia menutup hidung. Bau itu memasuki rongga hidung mereka seakan bau yang amat jijik. Buat seketika mata mereka terbuntang luas melihat isi dalaman kotak itu.

"Wuerk" terus Inaya dan Aisya berlalu masuk ke dapur semula memuntahkan segala isi perut yang ada. Tak tahan weh !

"Allahuakbar apa benda ni ?!" soal Encik Luthman dengan nada agak terkejut.

Siapa yang kejam sangat sanggup aniaya makhluk begini?

"Binatang lah atok takkan tak nampak" lantas mulutnya ditekup laju oleh Aryan. Dia menelan kesan liurnya mendengar bidasan anaknya terhadap baba.

Aduhai anak kenapa mulut kau lancar sangat harini nasib atok kau tak marah !

"Gambar apa ni?" gumam Ayyash perlahan seraya mengambil sekeping gambar di sebalik bangkai tikus. Tersentak hebat hatinya apabila melihat gambar yang amat dikenali.

"Qeela?"

•••••

"Sumpahlah weh?! Habis tu keluarga kau macam mana? Makngah macam mana?" soal Qalish terkejut mendengar cerita sepupunya yang diugut sebegitu.

"Ibu okay je baba dah tenangkan dia semalam. Pagi ni okay sikit cuma dia masih risaulah" balas Ayyash sebelum mengurut pelipis dahinya.

"Lepastu macam mana pulak dengan gambar Qee? apa motif gambar Qee ada dalam kotak tu?" tanya Irsyad. Dia masih keliru pasal gambar tu sebenarnya. Yang diancam keluarga Luthfi tapi kenapa hantar gambar Qee?

"She's the target" tersentak mereka mendengar suara garau di belakang mereka. Lantas Qalish dan Irsyad berpaling ke belakang menatap tajam wajah yang beriak selamba itu.

"Kau ni kalau masuk bagilah salam gila! terkejut tau tak?!" marah Qalish seraya mengusap dadanya perlahan.

"Entah. Bengong agaknya" sampuk Irsyad menjuling matanya ke atas.

"What do you mean she's the target?" soal Ayyash mengerut kening ke arah PA-nya merangkap kawannya juga.

"Orang yang ugut kau tu dia target perempuan tulah sebab dia ingat perempuan tu orang yang kau sayang. Kalau dia target keluarga kau, dia tak letak gambar terus dia letak bom je" balas Zulfiqar selamba mengunyah coklat getah.

Terangguk-angguk mereka mendengar. Ada betul juga eh ayat tu.

"Tapi kenapa hantar dekat rumah aku?" soal Ayyash hairan. Tak boleh fikir lah, pening betul ni.

"Mana aku tahu, rumah kau. Kalau hantar ke rumah aku pun aku tak tahu" jawab Zulfiqar selamba.

"Jadi macam mana kita nak selamatkan Qee?" soal Qalish. Namun mereka yang lain hanya mendiamkan diri.

"Aku ada plan" mereka serentak menoleh ke arah Zulfiqar. Terjungkit kening mereka menunggu ayat yang seterusnya.

"Tapi biar aku buat dengan kawan aku lah hehe. Sebab dia suka sama sejenis takut korang terbabas pulak nanti" katanya sambil menggosok belakang leher. Maafkan aku Wan nanti kau claim air sirap.

"Habis tu kalau dia dengan kau tak terbabas ke?" sindir Irsyad menyilangkan tangan ke paras dada.

"Dia tak minat aku sebab aku suka adik dia" jawabnya sambil tersengih manis.

Ahaks malu !

"Gedik sial" kata Qalish sebelum menjeling. Menyampah tahulah dia single lagi !

"Whatever you do, jaga Qee baik-baik. Apa-apa terus bagitahu kitorang. Faham?" tegas Ayyash bersuara memandang ke arah Zulfiqar.

Nasib baik dia cakap dia minat orang lain. Ada peluang lah aku nak ngorat Qeela balik yes !

"Alright bos. Aku keluar dulu sambung kerja" balas Zulfiqar sebelum dia berlalu keluar bilik.

Haiyoo abe Zul dah berpunya pulak baru nak masuk line 😭✊🏻 by the way setakat sampai chapter ni okay ke korang? tak bosan ke? mohler vote dan komen kasi saya tahu story ni cemana untuk penerimaan korang 😀 mueh mueh <3

The HandkerchiefWhere stories live. Discover now