BAB 72 🥀

2K 79 19
                                    

"Ala ala comelnya dia menguap. Sayang bonda mengantuk ya? jom tidur meh" dia menepuk lembut paha Arfieq sambil berselawat. Tak sampai beberapa minit, dah tertidur pulas anak kecil itu. Sudah berlalu 3 minggu dia berpantang, lagi beberapa minggu habislah tempoh dia. Yay lepasni boleh makan ketam !

Klak !

Dia menoleh ke arah pintu. Tersenyum kecil melihat si suami baru selesai mandi. Rambut masih basah terjurai di dahi. Dengan hanya tuala di pinggang menampakkan tubuh badan atas yang tegap. Rawr !

Ayyash yang perasan dengan pandangan isterinya yang tak berkelip mula tersenyum senget. Dia menapak ke arah katil dan mencempung perlahan tubuh Arfieq. Tunduk mencium sekilas sebelum diletakkan ke dalam katil bayi. Diajar tidur bersendirian. Berdikari.

"Cinta okay? ada rasa lenguh ke sakit ke? penat tak harini?" dia duduk di birai katil sambil mengusap lembut betis Aqeela yang terdedah. Lumrah berpantang, memang mengenakan tshirt tebal dan kain batik serta stokin. Tapi, masih juga tergugat iman seketul Ayyash. Nasib lah dapat isteri terlajak lawa hmm.

"Lenguh tak ada. Sakit dengan penat tu biasalah. Perlahan-lahan katakan. Harini kerja okay? penat?"

"Alhamdulillah semuanya okay. Penat tu tak ada. Tapi, tadi Rayden ada telefon. Dia cakap minggu depan dia balik sini kejap nak tengok Arfieq. Tapi dia balik sekali dengan yang lain" Aqeela mengangguk perlahan. Ah tahulah yang lain tu siapa kalau bukan 3 ketul tu. Bukan main teruja dapat tahu dia mengandung katanya nak balik jenguk tapi tak balik pun. Tahu-tahu dah bersalin tapi masih tak balik. Hampeh punya member !

"Okaylah kalau macam tu. Pergilah pakai baju jom tidur" Ayyash mengangguk berlalu ke arah almari. Seketika kemudian dia memanjat katil memasuki selimut menyelimuti badan mereka. Alhamdulillah setakat sekarang Arfieq tak pernah meragam waktu malam. Tidur lena saja mereka bertiga.

"Good night cinta" dia mengucup sekilas pipi Aqeela sebelum melabuhkan ciuman di bibir Aqeela lama.

"Good night hubby" tersenyum mereka dalam dakapan malam. Lama-lama terpejam mata melayari keindahan mimpi.

•••••

"Lajunya dia minum susu. Lapar sangat ke little shayang? eiy comel" dia mencubit lembut pipi Arfieq yang khusyuk menghisap susu badan Aqeela. Matanya tertancap ke sesuatu arah. Lama sehingga terasa pipinya ditolak kasar. Terkebil-kebil dia memandang si isteri.

"Apa benda duk tengok macam tu. Tak malu ke?" Aqeela menyoal tak puas hati. Dia yang malu sekarang ni !

Ayyash menjuih bibir. Ala tengok je pun bukannya buat apa pun kedekut.

"Eh Fieq, nasib awak tu kecik lagi tau? tu..tu sebenarnya walid punya. Awak cuma pinjam je. Lepasni jangan sibuk kongsi dah" tercengang Aqeela mendengar bebelan Ayyash. Tak malunya?!

"Apa hubby ni?! dengan anak pun nak kedekut ke hah?! jangan sampai aku takek kau kang" marah Aqeela dengan nada berbisik.

"Apa? betullah tu yang aku punya dia pinjam je. Tu lagi satu takkan nak buat display? taknak kasi aku? tengah lapar ni--aduh! cinta!" terjerit kecil Ayyash kepalanya diketuk.

"Otak tu kalau dah biul jangan tunjuk depan anak ! kesian anak ni tengok bapak dia sewel" dia menjeling tajam ke arah Ayyash. Makin lama makin menjadi perangai bengap si Ayyash ni geram dibuatnya. Ikut perangai siapa tak tahu lah.

"Kau kata aku sewel cinta? eh ingat sikit sewel ni lah yang kau sayang tau ! humph !" terus dia menyilang tangan ke dada.

"Tahulah. Ye saya minta maaf syurga saya. Janji lepasni buat lagi" terkekeh dia ketawa melihat jelingan tajam Ayyash. Amboi bang kemain kau jeling eh kang berpusing terus mata kau tu baru tahu.

The HandkerchiefWhere stories live. Discover now