BAB 6 🥀

3.7K 160 3
                                    

Aqeela duduk berselimut di luar balkoni biliknya sambil kepala mendongak ke arah langit malam yang dihiasi dengan kerlipan bintang. Bunyi notifikasi dari iphone Xr miliknya membuatkan dia beralih pandangan dari langit ke arah telefonnya.

Seketika dia mengerut dahi melihat nama penghantar. Nak apa pulak tenuk ni? Dia membuka aplikasi Whatsapp membaca mesej yang dihantar.

Tenuk senget 🔥
- Assalamualaikum
- Kau buat apa tu?

Waalaikumsalam -
Kau rasa? -

Tenuk senget 🔥
- Let me guess
- Sekarang pukul 10 you might watching the stars
- Am I right?

Tergelak kecil Aqeela membaca mesej yang dihantar. Aduh mamat ni memang kenal aku. Jarinya mula menaip membalas mesej.

Tapir pendek 😈
- Ha'ah betul
- Kau pulak buat apa?

Dia tersenyum senget membaca mesej yang dihantar oleh si gadis. Lantas dia berkira untuk menguji jika gadis itu benar mengenalinya.

Wanna take a guess? -

Tapir pendek 😈
- Eating caramel glazed donut?
- Sambil baca buku?
- Right?

Terangkat sebelah keningnya membaca mesej itu. Details betul dia kasi hahaha siap perisa donat lagi. Bibirnya melakar senyuman senget.

Macam mana kau tau perisa? -
Kau stalk aku ke sekarang? -

Tapir pendek 😈
- Memang aku kenal kau baru semalam
- Dahlah aku nak tidur ni
- Bye
- Assalamualaikum

Okay -
Tidur lena ya tapir -
Waalaikumsalam -

Lantas dia menutup telefon dan bangun menuju ke dapur untuk mencuci tangan serta mulut. Baru hendak keluar dari dapur terhenti seketika langkah apabila bertembung dengan abang sulungnya, Aryan Luthfan.

"Kau dah kenapa muka monyok ni?" soal Ayyash harian. Dengan baju tidur berkedut, rambut serabai dan paling penting tangan abangnya memeluk bantal ikan paus. Apani?!

"Malam ni aku tidur bilik kau Luth. Anak aku halau aku lah. Dia cakap malam ni dia nak manja dengan mama dia. Kurang asam punya anak" dengus Aryan tidak puas hati sekali muncung bibir dibuatnya.

Nasib anak sendiri, kalau anak orang lain dah lama aku campak luar rumah eiy !

Tergeleng kepala Ayyash sambil mula berjalan.

"Suka hati kau lah long" dia menuju kembali ke biliknya lalu merebahkan tubuh badannya ke atas katil.

"Luth...kau nak tahu satu cerita tak?"

"Diamlah benak. Aku penat ni" orang nak tidur boleh pulak jantan ni ajak bersembang.

"Alaa kau dengarlah ni soal hidup dan mati aku" rengek Aryan sambil mencucuk pipi Ayyash.

"Ish kau ni aku sepak jugak kang. Anak dah halau jangan sampai aku pulak halau. Tidur" arah Ayyash sambil menepis tangan abangnya. Dia beralih membelakangi Aryan.

"Sampai hati kau Luth. Huh menci" selang beberapa minit, mereka sudah ke alam mimpi.

Kringgg~

Bunyi deringan jam dari iphone Xs Max di atas meja berjaya membuatkan dia terjaga dari lena. Dia melihat angka yang terpapar di skrin, 5:45am. Bingkas dia bangun dari baringan mula mengejut Aryan di sebelah.

"Long, bangun nak masuk subuh ni pergi balik bilik kau" apabila ada sedikit pergerakan dari abangnya, dia bangun menuju ke arah bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wudhu.

Sesudah solat subuh, dia menyangkut sejadah di penyidai dan merebahkan badannya ke atas katil. Dia ingin melelapkan matanya sebentar menghilangkan kantuk.

Tuk tuk tuk

"Luth, bangun jom sarapan. Ibu buat nasi lemak pagi ni" lembut suara Puan Liyana memanggil anaknya di sebalik pintu.

Terpisat-pisat Ayyash membuka mata sambil memandang sekeliling. Dia kembali sedar apabila mendengar ketukan lagi di pintu.

"Ye bu, kejap lagi Luth turun" lantas dia bangun ke bilik air untuk mencuci muka. Usai itu, dia bergerak ke luar menuju ke dapur mengambil tempat duduk di antara ibu dan adik bongsunya, Aisya Luthia.

"Anak walid...baca doa sayang" arah Aryan kepada anak kecilnya bersama Inaya Asmar, iaitu Ayden Zafriel. Laju dia mengangguk kepala mendengar arahan walidnya. Tangan mula menadah, bibir mula membaca doa. Mereka mula menjamah sarapan.

"Luth cuti berapa lama ni?" tanya Encik Luthman sambil menatap wajah anak keduanya.

Handsome macam aku !

"Dua hari ni je baba. Esok pagi Luth dah kena gerak balik kampus ada program"

Terangguk-angguk kepala mereka semua.

"Haa kau bila nak balik matriks?" soal Aryan kepada adik bongsunya.

"Esok pagi jugak tapi sebelum sarapan kot. Aku taknak hadap jem ada kelas awal" jawab Aisya tanpa memandang ke arah abangnya.

"Kau taknak aku hantar?" tanya Ayyash.

"Takpe aku naik motor je. Barang tak banyak"

Ayyash menganggukkan kepalanya tanda mengerti. Adiknya memang susah nak meminta sesuatu tapi bila dah mula minta tu memang kaw-kaw punya permintaan.

•••••

"Jaga diri elok-elok. Jangan abai sarapan kalau dah mula sibuk nanti. Adik tu senang dapat gastrik ubat kena sedia selalu. Nak balik cuti nanti bagitahu awal boleh pergi ramai angkat barang" pesan Puan Safia panjang lebar.

"Ye mak. Adik ingat semua tu. Pasal makan jangan risau member adik semua ada tolong ingatkan. Mak abah doakan adik tenang jawab ujian nanti ya" pinta Aqeela seraya tunduk menyalami tangan kedua ibubapa.

"InshaAllah semua akan dipermudahkan. Abah yakin princess abah seorang ni boleh buat dengan baik. Ingat tak cemerlang tak apa buat setakat mana princess mampu" lembut bicara Encik Haqimi selepas mencium dahi mulus anaknya.

"Aip aip chief!" balas Aqeela sambil menabik hormat. Tersenyum mereka semua melihat gelagat comelnya.

"Sayang..kalau dah pokai bagitahu aku nanti aku masukkan duit"

"Baby...jaga diri tau. Kalau ada jantan nak mengorat kau call aku cepat-cepat"

Aqeela hanya mengangguk kepalanya berkali-kali sebelum tunduk menyalam tangan kedua-dua abangnya lantas mencium pipi kanan Haziq dan kiri Harraz. Haidar pula? dia yang akan menghantarnya ke kampus.

"Okay lah adik gerak dulu jaga diri semua muah" dia membuat flying kiss sebelum menerombos masuk ke dalam kereta Honda Civic milik Haidar. Lantas membunyikan hon, mereka terus memulakan perjalanan.

"Luth, kamu tu balik hati-hati bawak kereta. Jangan fikir nak laju je" pesan Encik Luthman kepada Ayyash yang memasukkan begnya ke dalam kereta.

Tergelak kecil Ayyash mendengar pesanan itu. Macam tau-tau je baba ni dia nak bawak laju aduyai.

"Balik cuti nanti bagitahu kitorang pickup barang je kau balik sendiri aduh" Inaya mencubit sisi pinggang Aryan dengan geram.

Cakap elok-elok kan boleh ini nak terpekik jugak sakit telinga dengarnya.

Padan muka kau Yan, nak tempik jugak kan, dah kena cubitan berbisa dari bini. Hohoho~ Haih...disana berbini, disitu bersuami, disini? single lagi....😔

The HandkerchiefWhere stories live. Discover now