Kringgg~
Dia mencapai telefonnya melihat angka yang tertera, pukul 7:30am! Seketika matanya terbuka luas. Dia bingkas bangun dari baringan menuju ke bilik mandi. Membersihkan diri dan mengambil wudhu. Terus dia keluar dari bilik mandi dan menyalin pakaian.
Laju dia membentang sejadah. Tangan mula diangkat untuk takbir. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak subuh mestilah kena qada !
Usai menyempurnakan solat, dia mengenakan kemeja biru muda serta suit blazer biru gelap. Seluar slek biru gelap serta tali leher berjalur biru hitam. Dia mengemaskan rambut lalu menyembur wangian Bvlgari BLV. Lantas dia mencapai beg kerja serta barangan peribadi. Tutup saja pintu bilik dia melangkah ke pintu rumah. Terhenti seketika apabila terdengar suara yang menegur.
"Kelam kabut sangat gaya tu Luth?" soal Puan Nor Liyana dengan mengjungkit kening sebelah dia ruang tamu.
"Ha'ah bu. Luth ada meeting awal harini dekat luar lepastu baru masuk kafe" jawabnya seraya menunduk menyalami tangan berkedut itu. Dia mencium sekilas kedua pipi ibunya.
"Luth gerak dulu eh bu? assalamualaikum"
"Waalaikumsalam. Jangan lupa cari awek sorang" sempat Puan Nor Liyana berpesan.
Bukannya dia tak tahu anaknya itu masih menaruh hati pada yang pergi. Dia saja menguji lagipun memang gadis itu saja yang dia berkenan cuma dia nak anaknya cepat berurusan.
Luth hanya menggaru kening yang tidak gatal. Dia mengangguk saja kepada ibunya. Tidak tahu mahu memberi balasan apa lantas dia memasuki keretanya, BMW M4. Dah upgrade lah mat takkan nak pakai bezza je dari dulu. Kena ada beza sikit huhu. Kereta itu meluncur laju di atas jalan raya.
•••••
"Saya nak sejambak yang totally full with 15 red and cream flowers each. Tapi selitkan sekali kad ya nanti saya kirimkan ayat boleh?" kata lelaki itu sambil membelek katalog jenis jambak bunga yang digubah.
"Boleh encik, nanti saya bagi nombor. Cuma encik nak bunga yang mana satu?" soal Aqeela kepada pelanggannya itu.
"Erm 15 red roses and 15 cream daisies. Oh I want you do this type of bouquet" jawab lelaki itu sambil jarinya menunjuk ke satu gambar.
"Baik encik. Ini nombornya nanti encik kirimkan ayat yang encik nak kami tulis pada kad dekat nombor ni ya" kata Aqeela sambil menghulur sekeping kad bisnesnya. Dia tidak akan memberi nombor peribadinya kepada pelanggan.
Lelaki itu hanya menganggukkan kepala tanda faham.
"Alright. Jadi bila encik nak membuat bayaran dan samada cash or by card?" soal Aqeela.
"Saya bayar sekaranglah. By cash"
"Okay encik. Kejap ya" dia menekan cekap papan kekunci komputer di kaunter. Lalu dia berpaling semula ke arah pelangannya.
"Total Rm42" lelaki itu menghulurkan kepingan not kertas cukup dengan harga yang disebut. Lantas Aqeela menyambut huluran itu dan menghulur sekeping resit pembelian.
"Thank you for buying with us. Come again sir" ujar Aqeela seraya senyuman nipis.
"Glad I came here. This flower shop really makes me feel comfy. Thanks for your service" balas lelaki itu sebelum dia keluar dari kedai bunga milik Aqeela.
Aqeela melabuhkan punggung seketika di kerusi sebalik kaunter itu. Dia menghela nafas lega. Dapat pelanggan yang baik pun dia amat bersyukur. Alhamdulillah.
Aaaa bestnya hari-hari hadap bunga mesti tenang je kan hati ? sabar ya semua nanti akan ada babak yang mengejut sikit huhu. Apakah itu ? saya tidak tahu saya cuma baterpelai 😚 kepada yang masih belajar atau stress kerja, don't push yourself but push forward ! Work smarter not harder okies? mueh semua <3
YOU ARE READING
The Handkerchief
RomanceStand Alone #1 •[[ Ayyash Luthfi x Aqeela Suhaila ]]• Di mana ada si jejaka, pasti ada si gadis. Kadang kala mereka kerap bertengkar tetapi selalu bersependapat dan sering bersama sehingga orang menganggap mereka sebagai pasangan. Tetapi, berlakunya...