BAB 4 🥀

4.1K 176 4
                                    

Selesai saja makan, mereka bergerak ke kaunter untuk membayar.

"Meja nombor 4 ya dik? semua sekali Rm10.50"

Aqeela menghulur sekeping not hijau muda Rm5 dengan sekeping duit syiling 50 sen kepada Ayyash.

Ayyash tanpa banyak soal hanya mengambil duit yang dihulur itu dan menggantikan dengan duitnya sekeping not merah Rm10 serta duit syiling yang diberi oleh Aqeela tadi.

Bukan kedekut, tapi mereka sudah terbiasa untuk membahagi wang masing-masing setiap kali pembayaran kerana mereka tidak suka terhutang budi. Keluar sama-sama, bayar sama-sama.

Usai membayar, mereka melangkah memasuki kereta dan memulakan perjalanan.

"Alright, so kita nak cari dekat dulu peniaga ni semua?" soalnya kepada Aqeela yang menatap telefonnya bagai nak tembus.

"Erm kita start dengan yang ni dulu lah" laju dia memasukkan alamat yang diberi oleh peniaga-peniaga ke dalam aplikasi Waze pada gajet kereta lelaki itu. Mereka bergerak menuju ke destinasi.

Setelah hampir seharian berjumpa dan berbincang dengan para peniaga, mereka akhirnya tiba di perkarangan rumah sewa Aqeela. Dia memparkir keretanya di halaman rumah itu lalu menoleh ke arah penumpang di sebelah.

"Qeela, bangun dah sampai ni" tersenyum kecil dia melihat Aqeela yang lena diulit mimpi. Tiba-tiba muncul idea nakal di akal fikiranya. Dia mengeluarkan iphone Xs Max miliknya dan membuka aplikasi kamera.

Laju di menghala ke arah wajah Aqeela yang ralit bermimpi itu terus dia menekan butang kamera mengambil beberapa keping gambar. Lantas dia menyimpan semula telefonnya ke dalam poket.

"Ermm" merengek kecil Aqeela sistem pendengarannya disapa dengan beberapa bunyi klik.

Matanya mula terbuka perlahan terus laju membulat melihat wajah Ayyash yang agak dekat dengannya. Dia bersimpuh mengiring ke kanan membuatkan kedudukan mereka agak rapat.

"Eh tenuk kau buat apa ni hah?!" marah Aqeela sambil tangannya menyilang ke paras dada.

Ayyash memincingkan matanya tajam ke arah Aqeela. Eh perempuan ni ada aku sekeh jugak kepala kang.

"Aku tak buat apa pun lah. Kau fikir aku jahil sangat ke apa"

"Manalah tahu. Kau tetap lelaki"

"Dah tu? kau tak reti nak keluar? kalau nak tidur rumah aku bagitahu je awal" dia mula memusing stereng untuk mengundurkan kereta. Namun, sempat ditahan oleh Aqeela.

"Eh dah sampai ke? lah asal tak kejut aku ish kau ni" dengus Aqeela lalu membuka pintu kereta dan keluar. Sempat dia mengucap terima kasih kepada Ayyash kerana menolongnya lantas dia menutup pintu kereta.

Berlari anak dia memasuki rumah sewanya. Malu weh malu.

Tercengang Ayyash di tempat pemandu. Aih? dia cakap aku tak kejutkan tadi?

Dia mula menggelengkan kepalanya seketika dengan senyuman nipis. Dia meneruskan perjalanan pulang ke rumahnya.

•••••

Riuh rendah suasana di dalam rumah itu membuatkan orang yang ada di situ naik pening melihat adegan yang berlaku.

"Aku sayangkan Laila takkan aku nak tinggalkan dia?!" jerit Haidar sambil mengangkat kedua tangannya ke atas.

"Kau tak faham bahasa ke?! aku suruh kau letakkan hamster tu dalam sangkar kejap je bukannya tinggal tepi jalan!" balas Harraz sekali jelingan tajam diberi.

Apa susah sangat beruk ni nak faham arahan?!

"Kau kalau tak sayang aku jangan sampai bencikan Laila tau ngah!" kenapa angahnya ini dengki sangat dengan kesayangannya ?!

"Dulu kau sekolah dekat hutan ke lahabau?! apasal bengap sangat ni hah?!"

"Eh kau baik sikit-"

Belum sempat menghabiskan perdebatan, suara di pintu rumah mengalihkan pandangan mereka ke arah tersebut. Serta merta mereka terdiam melihat gerangan yang berdiri di tengah pintu.

"Assalamualaikum? kenapa terkejut ni? taknak jemput masuk ke?" soal Aqeela hairan. Dia melihat semua orang di dalam rumah memandangnya dengan riak terkejut.

Aih takkan aku bagi salam pun nak terkejut.

Mereka bukan terkejut dengan kepulangannya tetapi lebih terkejut melihat beg plastik yang banyak dibawa oleh Aqeela. Setahu mereka, Aqeela bukannya seorang yang gemar membeli belah. Limited nok. Jimat duit.

"Eh sayang? baru sampai ke? uina banyaknya barang kau beli ni sayang" semua mata naik memandang ke arah tangga. Terlihat seorang jejaka tampan yang mengenakan tshirt hitam lengan pendek serta seluar trek Puma pendek paras bawah lutut menuruni tangga.

Dia mengorak langkah dengan senyuman lebar menuju ke arah pintu. Megat Haziq, abang sulungnya memang gemar memanggilnya sayang sejak kecil.

"Ha'ah baru je sampai. Aku bagi salam tapi semua macam patung je aku tengok ni haa"

Aqeela meletakkan bungkusan plastik ke lantai dan menunduk menyalami tangan kekar Haziq lantas mencium pipi kanan abangnya. Tidak tunggu lama, Haziq membalas dengan mencium dahi mulus Aqeela.

"Meh sini aku angkat letak dapur. Kau nak masak apa ni sayang?" soal Haziq sambil tangannya mengangkat bungkusan plastik ke dalam rumah.

Boleh tahan banyak budak ni shopping.

"Aku nak buat puding karamel je" jawab Aqeela ringkas. Haziq mengangguk kepalanya lalu menyuruh adiknya masuk.

Langkah Aqeela diatur menuju ke ruang tamu dan tunduk menyalami kedua tangan mak abahnya. Dia mencium pula kedua lutut mereka. Tidak lupa juga untuk menyalam tangan dua abangnya dan mencium pipi kiri Harraz serta hidung Haidar.

Okay first of all, saya nak bagitahu yang keluarga diorang ni ada tradisi sendiri. Setiap kali bersalam, Aqeela akan mencium lutut kedua-dua ibubapa, kemudian dia akan mencium pipi kanan Haziq, pipi kiri Harraz dan juga hidung Haidar. Terakhir, mereka semua akan mencium dahi Aqeela. Boleh bayang tak situasi tu? kalau tak boleh bayang, bayangkan jugak! ~

The HandkerchiefWhere stories live. Discover now