BAB 45 🥀

2.6K 87 7
                                    

"Dengar sini eh ! aku nak malam ni korang mesti dapatkan jantan-jantan tak guna tu bawak sini ! Ikat diorang jangan bagi lari ! Faham ?!"

"Faham bos !!"

"Good. Now get lost" lantas orang-orang suruhannya berlalu keluar dari bilik gelapnya.

Dia mencapai sebuah bingkai gambar. Jari telunjuk naik mengelus satu persatu orang di dalam gambar itu.

"Sabar eh semua nanti kita buat reunion tau. Aku kasi korang mandi air darah nanti baru best. Eiy tak sabarnya nak tengok muka korang lemau lepastu bau busuk darah. Just you wait Aqeela Suhaila and Ayyash Luthfi" dia ketawa terbahak-bahak sambil berpusing kerusi.

"Hmm dah masuk setan dah" ujar seorang lelaki di luar bilik itu.

"Masuk setan apanya dia lah setan tu" balas rakannya selamba. Mereka mengangguk tanda setuju.

•••••

"So macam mana sekarang ni miss? apa yang perlu kita buat untuk halang si bimbo tu?" soal Rayden pada Aqeela yang masih sibuk menatap komputer.

Dia mengalih pandangan seketika ke arah Rayden. Terbit keluhan halus dari bibir mungilnya.

"Tak perlu nak halang minah tu. Kita biar je dia. Aku tahu mesti dia nak umpan aku pergi jumpa dia. Kalau aku halang dia pula aku lah yang kena tahan lagi" balas Aqeela.

"Kalau aku kena tahan nanti macam mana nak bagi hadiah? betul tak?" soal Aqeela menjungkit keningnya berkali-kali.

"Hmm betul jugak tu. Jadi kita nak buat apa?" Aqeela mendengus seketika.

"Apahal kau lembap semacam ni? biar orang sana gerak dulu baru kita gerak. Pasal hadiah tak payah risau aku dah selesaikan semua. Cuma..." terhenti seketika ayat Aqeela membuatkan Rayden mengerut kening.

"Cuma apa miss?"

"Cuma kita kena rancang sebaik mungkin macam mana nak masuk gudang dia. Nak berlawan dengan orang-orang dia sana. Lepastu nak setup the things"

Rayden mengangguk tanda faham. Rancangan itu semua dia dah susun rapi dalam kotak mindanya sejak semalam bersama Hadwan serta abang-abang Aqeela. Ya mereka juga turut serta sibuk nak tengok drama katanya. Tapi lagi ramai lagi bagus. Cuma Aqeela tak tahu yang abang-abangnya ikut sekali. Maafkan saya miss.

"Pasal tu jangan risau miss. Orang-orang dia tak ramai pun. Saya dengan Wan dah ada rancangan cuma nanti miss masuk jumpa dia tu kena hati-hati sikitlah. Takut kalau dia bertindak luar jangkaan kita and you must wear bulletproof vest miss ! no objection !" tegas Rayden. Dia tahu majikannya itu bukan main payah nak melindungi diri sendiri tapi sibuk nak jaga orang lain. Degil !

Aqeela berdecit mendengar ayat tegas lelaki itu. Tahu sangat dia marah sebab Aqeela mana pernah memakai baju kalis peluru itu. Kalau dia pakai pun hanya sekejap sebelum dia membuka kembali tiba-tiba badan dia terkena peluru. Apa lagi memang mengamuk lelaki itu di bilik wad. Merajuk sampai 2 hari dengannya.

"Yalah nanti aku pakai" jawab Aqeela malas.

"Pakai sampai selesai. Bukan separuh jalan" dia menjeling Aqeela seketika. Walaupun gadis itu hanya rakan dan majikannya, hati dia tetap resah memikir keselamatan gadis itu. Dia sudah berjanji dengan diri sendiri untuk melindungi gadis itu apa jua keadaan kerana gadis itulah dia masih hidup sampai sekarang.

"Okay now are you guys ready?" soal seorang lelaki bertopeng hitam.

"Ready !" serentak lagi dua orang lelaki menjawab. Kini mereka menjalani tugas dimana mereka perlu menculik jejaka-jejaka yang disebut oleh ketua mereka dan dibawa ke gudang.

"Tapi ingat ! jangan luka banyak sangat nanti payah nak menjawab" serentak mereka semua mengangguk.

"Let's go !" mereka mula memasuki kawasan kafe dari pintu belakang. Kaki menapak ke arah laluan kiri dimana terletaknya bilik-bilik pejabat.

"Kau masuk sana. Kau masuk sana. Aku sini. Ingat ! jangan luka banyak ! kasi pengsan lepastu kita heret keluar masuk van"

"Faham"

Lantas mereka berpecah memasuki ruangan bilik pejabat yang diatur.

Bam !
Bam !
Bam !

"Woi ! siapa kau lelaki hitam ?! berani kau mas- hmphh hmphh" lelaki itu menekup mulut Qalish dengan kain hitam yang sedikit basah dengan klorofom.

Sudah memastikan Qalish benar-benar pengsan. Mudah dia mengendong badan Qalish ke atas bahunya. Lah ringan je mamat ni ?

"Woi mak kau jatuh lubang ! eh lahanat kau masuk sini tanpa salam dengan hitamnya muka siapa bagi kau-" lelaki itu terus menghentak kepala Irsyad di meja sekali saja terus pengsan.

Terus dia mendukung Irsyad ke belakang badannya. Hm lemah jugak mamat ni nampaknya.

"Woi ! siapa kau hah ?! berani kau ceroboh kedai aku ?!" jerit Ayyash. Takut, risau, gelabah semua dalam satu tapi dia lagak berani. Kafe aku woi !

"Kau ikut je cakap kitorang nanti mesti kau tak menyesal. Kitorang nak bawak kau tengok drama" balas lelaki itu perlahan menapak ke arahnya.

"Drama apa pulak sial ?! eh bodoh memang taklah aku nak ikut cakap kau!!" jerit Ayyash lagi. Lehernya sudah menimbulkan urat-urat tegang.

"Tch. Banyak cakaplah dia ni" lantas lelaki bertopeng itu meluru laju ke arahnya.

Ayyash yang melihat itu terbeliak mata seketika sebelum berlari keliling meja. Argh dia sudah lupa seni pertahankan diri ! sudah lama dia tinggal nak asah balik memang ambik masa lama ni aduh !

"Kalau kau berani sini- hmphh hmphh" belum sempat nak berlawan lagi mulutnya ditekup ketat dengan kain hitam yang basah dengan klorofom. Sudah pengsan dia diheret ke arah luar kafe. Dimasukkan ke dalam sebuah van hitam di belakang kafe. Tangan dan kaki mereka telahpun diikat rapi oleh penculik-penculik itu.

"Fuh nasib diorang tak melawan kalau tak penat kita" seorang lelaki mengelap peluh di dahi.

"Betul. Dah jom gerak" mereka mengangguk sebelum memasuki ke dalam van.

"Kejap aku bagitau dekat bos dulu. Kau bagitahu dekat miss" terus lelaki itu mengeluarkan telefonnya untuk menghantar mesej ke orang dikehendaki.

"Hm"

"Done. Jom gerak cepat sampai cepat selesai" mereka mula bergerak ke gudang tempat utama mereka.

Sabar gaiss nak sampai puncak dah ni kita kena peka dengan sekeliling kena fokus pada-- okay dah lain ni ehem. Sabar ya readers kita dah nak masuk part menarik sikit ni. Jangan lupa vote dan komen tau ? kasi meriah sikit ruangan komen huhu. Mueh semuanya <3

The HandkerchiefWhere stories live. Discover now