"El ! you should see this"
Terhenti segala kerjanya seketika, dia menoleh ke arah Alex yang kelihatan cemas menunjukkan sebuah tab di atas meja. Dia mencapai tab dan mula membaca. Dahinya mula berkerut. Lantas dia memandang semula ke wajah Alex yang berpeluh.
"What the heck is this Alex ? how come they took over the ship just like that ?" bingung, marah, bengang semuanya bercampur sekarang. Masakan tidak, kapal mereka yang membawa lebih seribu pasu kaca dan kayu-kayu antik telah dirampas oleh musuh ketatnya, Serpent.
Setahu dia, kapalnya itu telah dikawal rapi dan ketat oleh orang-orangnya sendiri. Dia pasti, dalam kes sebegini, mesti ada orang suruhannya yang berani berpaling tadah.
"I don't know El. But, we must settle this before other companies heard about this shit" balas Alex sambil ke hulur ke hilir. Dia risau akan nyawa mereka selepas ini. Dia tidak gentar untuk berhadapan dengan musuh, cuma dia takut jika rakan-rakannya menjadi mangsa oleh musuh satu itu.
"Let the others know. But, before we handle this case, we need to ask for some help. This is gonna be epic"
Terjungkit sebelah kening Alex melihat rakannya yang menyebut. Laju dia menepuk perlahan meja untuk menyedarkan rakannya.
"Are you sure? and mind to tell me why?" soal Alex perlahan. Jarang sekali Hunter meminta bantuan luar melainkan kes besar. Tapi bantuan siapa?
"You knew about Serpent's work don't you? they've gone too far this time because they bring their dirty work into Malaysia too. Not to mention that they also watched my loved ones. I can't let anything happen" tegas bibirnya berbicara. Hatinya membuak rasa marah mengingat kembali musuhnya menghantar kepingan gambar orang-orang yang dia sayang selepas memusnahkan kapal bisnesnya.
Alex yang mendengar itu terus terkaku. Lantas dia mengangguk perlahan.
"Aight. I'll ring the boys right ahead. Then, we'll move to meet the helps. You should be ready" tegas suara Alex sebelum dia melangkah keluar dari ruangan pejabat itu.
•••••
Deringan telefon yang bergetar di atas meja itu menggamit perhatian ramai di dalam bilik mesyuarat. Sedari tadi telefonnya menyala menandakan ada panggilan masuk.
Ayyash mendengus geram memejam mata sebelum dia menatap tajam ke arah Rayden. Dia menjungkit keningnya apabila wajah Rayden mula berkerut.
"Kau tenung telefon tu memang sampai tahun depan asyik bergetar je bodoh. Angkat sekarang !" tegas Ayyash bersuara. Mereka yang lain hanya mendiamkan diri tidak mahu masuk campur. Emosi bos mereka sekarang tidak elok kerana hasil jualan kafe mereka kebelakangan ini merosot.
Lantas Rayden mencapai telefonnya dengan wajah cemberut. Dia menjawab panggilan tersebut. Terus matanya membulat seketika. Mulutnya ternganga kecil. Mengeras tubuhnya kini. Naik hairan mereka melihat lelaki itu. Nasib saja dalam bilik mesyuarat itu cuma ada Ayyash, Qalish dan Irsyad saja.
"W-What?" soal Rayden tergagap. Dadanya mula bermain rentak kencang. Telinganya seolah tidak mendengar tiba-tiba. Hatinya mula rasa tidak keruan mendengar suara di seberang talian.
"Beast"
Terus dia duduk secara menegak. Matanya tepat memandang ke hadapan walaupun otaknya bercelaru ke arah lain. Qalish yang berada di hadapannya merasa sedikit gerun dengan perubahan Rayden lantas dia mengesot merapati Irsyad.
"Asal dengan dia tu weh seram aku tengok" bisik Qalish di telinga Irsyad.
"Tak tahu bro. Nak kata on call dengan awek takkan lah muka macam gitu. Ni dah macam on call dengan hantu je" bisik Irsyad kembali sambil mata tidak lepas menatap wajah Rayden. Meremang bulu roma dia.
Ayyash yang sedari tadi hanya memerhati setiap laku Rayden. Sekejap wajahnya berkerut, sekejap seakan risau, sekejap seakan gembira tapi macam nak menangis pun ada. Pelik !
"I need your help. But, this time I want you to tell all of them about this one kind of event and bring their family too"
"Okay, but when and where?" soal Rayden. Dia mengerling sekilas ke wajah mereka yang lain sebelum menumpu perhatian sepenuhnya pada panggilan.
"Tomorrow night, 8.00 pm at Hotel Loistre. Hall 2 at right corner from the lift on floor 40. The event is to introduce The Loistre's new CEO. Oh one more thing, all of your relatives and friends, bring all of whoever you knew. The event is really epic one you don't want to miss out. The dress code is mysterious. So, wear masquerade masks"
"Before I forgot, in about 2 minutes start from now you will get a parcel that consist of masquerade masks. Suits all families. It will be sending to the cafe"
"Hmm. So that's all? any other thing you want to say?" soal Rayden sambil mengurut pelipis dahinya. Terjungkit sebelah keningnya mendengar ketawa kecil dari seberang talian. Terhenti seketika jarinya.
"Rayden Shahyzriel bin Zulfiqar Rafi. Don't you miss me?"
Terus Rayden tertawa kecil mendengar soalan itu. Mana mungkin dia tak rindu dengan sahabat lamanya tapi memang tak lah dia nak mengaku. Kembang pulak orang seberang tu kang.
"I rather miss her" perlahan saja suara Rayden kali ini. Dia menekur ke lantai. Tidak mahu mereka yang lain mendengar katanya tadi terus dia mendiamkan diri. Berlagak seperti dia tidak mengatakan apa-apa.
Makin bingung mereka kali ini dengan perubahan wajah Rayden yang mengeras seakan patung. Lagi berkerut dahi Ayyash memandang wajah Rayden tiba-tiba menunduk. Ada apa sebenarnya ?
Manakala di seberang talian, mereka semua terkedu. Semestinya mereka dapat dengar jelas bicara Rayden dari loudspeaker tadi. Namun, mereka hanya mendiamkan diri seketika. Alex mula berdehem.
"Bro, you still have us and them. She'll be proud of you and I'm sure of that" ikhlas dia memberi sokongan pada sahabatnya itu. Dia tahu mungkin sukar untuk Rayden menjalani hidupnya seperti biasa setelah pemergian majikannya yang disayangi.
"I-I will" tersenyum nipis dia mendengar balasan dari lelaki itu. Lantas dia mengucapkan selamat tinggal sebelum mematikan panggilan. Keluhan halus terbit dari bibirnya sebelum mengarahkan yang lain untuk menyambung kerja.
Haiyooo ada apa tu?? sorryla yalls makin lama makin bosan je cerita ni bila nak habis entahla shshshhs doakan sya jumpa inspirasi untuk dapatkan idea okey? jangan lupa vote dan komen tau? mueh mueh <3
YOU ARE READING
The Handkerchief
RomanceStand Alone #1 •[[ Ayyash Luthfi x Aqeela Suhaila ]]• Di mana ada si jejaka, pasti ada si gadis. Kadang kala mereka kerap bertengkar tetapi selalu bersependapat dan sering bersama sehingga orang menganggap mereka sebagai pasangan. Tetapi, berlakunya...