Setelah memparkir kereta, dia menoleh ke arah penumpang sebelah. Tidur pun comel adik siapalah ni.
"Anje...my baby boo honey bunny bangun kita dah sampai ni" kemain Haidar menggoyang bahu Aqeela sambil jarinya naik mencuit hidung adiknya.
"Erm" terpisat-pisat matanya dibuka cuba mengenali kawasan sekeliling. Lantas dia menghulur tangan ke arah Haidar.
Melihat tangan yang dihulur, laju Haidar menyambut dan adiknya menyalam tangan kekar itu. Dia mencium hidung Haidar lalu dibalas dengan ciuman lembut di dahi oleh Haidar.
"Take care sana and behave" ringkas pesanan Haidar namun tangannya naik mengusap lembut kepala adiknya yang dilitupi dengan shawl hitam.
"Yalah. Kau pun jaga diri. Aku gerak dulu bye bang" balas Aqeela sebelum berlalu keluar dari kereta. Dia bergerak ke pintu belakang kereta untuk mengambil beg pakaian lalu melangkah ke arah bangunan biliknya.
Klak!
"Uina awal kau sampai bro aku baru lepak sini sejam" sindir Qalish dengan bercekak pinggang di bawah pokok. Panas !
"Jalan jem tak payah bisinglah sejam je pun" balas Ayyash sambil menjuling matanya ke atas. Tak suruh tunggu pun halah. Dia berjalan ke arah rakannya lalu mereka bersapa tangan.
Qalish mencebik bibir dibidas begitu dengan sahabatnya.
"Bro" mereka mengalih pandangan ke arah Irsyad yang berjalan ke arah mereka dengan beg galasnya.
"Kau baru sampai?" hairan Ayyash melihat sahabatnya atas bawah.
Tadi cakap dah sampai ni gaya macam baru sangat je keluar kereta?
"Ha'ah aku singgah beli barang kejap tadi"
"Dah jom masuk aku nak sambung tidur" terangguk kepala mereka mendengar ayat Qalish sebelum mengikuti langkahnya.
•••••
"Sumpahlah weh lepastu apa jadi?!"
Terkejut mereka yang ada dalam bilik mendengar bebelan Manisha.
"Iye weh lepas dia tumpahkan air tu aku baling fries dekat muka dia lepastu aku blah. Eyy geramnya aku nak je tampar hantu cina bukit tu nasib orang ramai" luah Manisha geram apabila mengingatkan kejadian di kedai makan tempoh hari.
Terus mereka yang lain ketawa terbahak-bahak.
"Kenapa kau baling fries tu mat? sepatutnya kau sumbat fries tu dalam mulut dia lepastu kau cakap itu soalan ke cemburu HAHAHAHA" kata Humeera sambil mengesat air mata yang sedikit terkeluar akibat banyak ketawa. Hadeh.
Makin galak mereka semua ketawa mendengar cadangan Humeera. Yang kuban-kuban je minah ni adalah benda pelik dalam otak tu.
"Eh sudahlah gelaknya penatlah. Ni baju korang dah unpack ke? ada nak mendobi tak aku malas nak guna tangan duh" soal Qarya sambil memandang ke arah beg masing-masing.
Tipikal pelajar kalau dah berbukit bajunya memang dobi jadi pilihan utama.
"Aku bukan malas nak basuh baju tapi malas nak bergerak sebenarnya" kata Aqeela menayang sengihan sambil merebahkan badannya ke atas katil. Dia melelapkan matanya sebentar bagi menghilangkan kantuk yang tersisa.
Selang beberapa minit kedengaran bunyi kipas yang bergema di dalam bilik itu. Aqeela mula mencelik mata melihat sekeliling. Mak aih patutlah diam masing-masing terbongkang tidur ingatkan dah mendobi. Dia sambung memejam mata menuju ke alam mimpi.
Kringgg~
Bunyi deringan jam dari iphone X milik Qarya mula bergema namun tiada siapa yang membuat pergerakan kecuali Manisha.
Biasalah orang lain kunci jam orang lain yang bangun. Korang mesti pernah rasa kan huhu.
"Anak-anak umi bangunlah nak masuk maghrib dah ni" suara tegas Manisha mula mengejutkan mereka.
Masing-masing menayang wajah blur bersama mata masih terpejam. Manisha mengetap bibir perlahan.
"Bangun lahanat sekalian!!"
Terus mereka bangun mendadak mendengar suara petir milik Manisha. Laju mengambil barangan mandi dan keluar ke bilik mandi.
"Parah betul dah tujuh semester pun tak berubah perangai sekor-sekor. Liat nak bangun tidur" sempat dia membebel sambil mencapai alatan mandian sebelum mengorak langkah ke bilik mandi.
Selesai saja membersihkan diri, mereka mula menunaikan solat maghrib secara berjemaah di tengah ruangan bilik. Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk lakukan apa-apa secara bersama. Bak kata Qarya 'baru afdal'.
Manakala di kolej kediaman lelaki, tiga jejaka sedang bersiap untuk keluar mencari makan.
Qalish mengenakan tshirt kelabu lengan pendek dipadankan dengan seluar trek hitam Adidas panjang. Dia menyembur wangian Paco Rabanne Invictus. Selesai menilik di cermin, dia melabuhkan punggung di atas katil milik Ayyash kerana katilnya double decker tingkat atas katil milik Irsyad.
Irsyad pula memakai baju jersey merah lengan pendek serta seluar trek hitam Nike panjang. Dia menyembur wangian Dunhill Desire Blue. Lalu dia berpusing menghadap ke arah Qalish sambil menjungkit sebelah keningnya.
Usai mendapat tanda bagus dari Qalish, dia turut melabuhkan punggung di sebelah. Mata mereka naik memandang ke arah lelaki yang sedari tadi berdiri menghadap meja belajar.
Terlihat Ayyash mengenakan tshirt hitam lengan pendek dipadankan dengan seluar trek hitam Puma panjang. Laju dia menyembur wangian kegemarannya, Bvlgari BLV. Setelah bersiapkan diri, dia berpaling melihat dua rakannya yang ralit memerhatinya.
Bukan dia tidak perasan akan dua pasang mata itu asyik memandangnya dari tadi. Apa yang ditengok pun tidak tahulah.
"Done" bingkas mereka bangun mencapai barangan masing-masing sebelum melangkah ke luar bilik menuju ke tempat parkir kereta. Mereka menaiki kereta Perodua Axia milik Qalish.
Laju kereta itu menyusur keluar dari kawasan kolej kediaman kini ke pintu luar kampus. Lapar yakmat !
Maaf yaa kalau ada pihak diluar yang terasa atau terguris hati dari skrip atau dialog cerita ni, bukan salah sya tau. Sya tak salah, sya cuma baterpelai, sya tak tau.
YOU ARE READING
The Handkerchief
Roman d'amourStand Alone #1 •[[ Ayyash Luthfi x Aqeela Suhaila ]]• Di mana ada si jejaka, pasti ada si gadis. Kadang kala mereka kerap bertengkar tetapi selalu bersependapat dan sering bersama sehingga orang menganggap mereka sebagai pasangan. Tetapi, berlakunya...