Setelah selesai perbincangan, mereka mula beransur pulang ke kediaman masing-masing. Sampainya di rumah, Aqeela terus menerombos ke biliknya dan menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Baru hendak melelapkan mata sebentar, kedengaran bunyi notifikasi dari telefonnya.
"Apa benda aduhai aku baru pejam mata ni" dengusnya sambil melihat mesej masuk dari aplikasi Whatsapp. Terjungkit sebelah kening dia melihat nama penghantar.
"Dah kenapa tenuk ni bagi salam sebelum ni main terjah je" dia membuka ruangan mesej.
Tenuk senget 🔥
- AssalamualaikumWaalaikumsalam -
Masalah apa kali ni? -Tenuk senget 🔥
- Banyak lah kau
- Esok 9am tunggu depan rumah
- Aku ambik"Aih? mimpi apa mamat ni tiba-tiba ajak keluar? dahlah pagi ish" hairan Aqeela sambil menggaru kening yang tidak berapa gatal.
Hah? nak pergi mana? -
Tenuk senget 🔥
- Cari peniaga lah
- Kau fikir aku nak ajak kau date? ewMemang aku nak keluar cari peniaga -
Tapi aku takde ajak kau pun -
Mimpi apa ni tenuk? -Ayyash berdecit geram melihat balasan mesej gadis itu. Eiy perempuan ni aku buat baik pun salah ke?! Jarinya menekan kuat papan kekunci.
Tak payah banyak cekadaklah -
Esok 9am no excuse -
Lambat tinggal -
Assalamualaikum -Tapir pendek 😈
- Ish yalah
- WaalaikumsalamDia meletakkan telefon Xr miliknya ke atas meja sebelah katil lalu mengecas.
"Ceh lambat tinggal konon. Pikir aku ingin sangat ke nak keluar dengan dia. Huh buang tebiat agaknya mamat ni ajak aku keluar widih dahlah pagi masa tu aku tengah minum kopi dengan ayah pin lagi ish" bebel Aqeela panjang lebar sambil melangkah masuk ke dalam bilik air untuk mencuci muka.
Dia kembali ke atas katil lalu merebahkan badannya ke dalam selimut. Tidurlah apa lagi.
••••••
Kringgg !!
Bunyi deringan telefon membuatkan Aqeela mula menggeliat namun hanya sementara kerana dia menyambung tidur semula. Tidak lama kemudian, bunyi ketukan pintu pula menjamah telinganya.
"Qee bangun Qee !! dah pukul 10 dah !!" jerit Qarya di sebalik pintu.
"Hmm" Aqeela menggumam perlahan sebelum matanya terbuka luas. Wait what?!
Laju dia membelek telefonnya melihat angka jam tertera. Seketika dia mendengus.
"Kepala hotak dia pukul 10 ish sekarang baru pukul 7:30 kot minah ni" dia kembali menyelubungi tubuh badannya dengan selimut.
Kini bunyi deringan telefonnya kembali bergema. Dia berdecit geram sebelum melihat nama pemanggil. Keningnya bertaut halus. Dia lantas menjawab panggilan.
"Assalamualaikum apahal kau lambat sangat nak angkat call? baik campak telefon tu dalam sungai bagi ikan pakai"
Hambek kau sekali nafas terus kena hembur.
"Waalaikumsalam sorry lah aku tak dengar tadi aku dalam toilet" jawabnya dengan suara biasa.
Tipu sunat sekali sekala tak apa kan?
"Tak payah tipulah. Kau baru bangun kan tapir?"
Erk. Dia menggaru kepalanya seketika. Macam mana mamat selenga ni tahu pulak aduh. Nak jawab apa ni argh lantak lah sapa suruh kacau pagi aku.
"Ha'ah aku baru bangun asal kau call aku pagi macam ni?" soal Aqeela tanpa gugup. Kita kena berani gais nasi kita masak tiber.
"Tukar plan" jawab Ayyash ringkas.
Terjengket sebelah kening Aqeela mendengar. Ni aku pantang betulah jenis cakap ayat tak habis baik tak payah call shibal.
"Eh tenuk, kau kalau nak cakap tak habis baik kau hantar mesej je bangang dahlah kacau pagi aku cakap separuh-separuh pulak tu"
Haa hambek kau pikir kau sorang je boleh bebel? ni perempuan okey.
"Kau bangun mandi bersiap sekarang. Pukul 8 kejap lagi aku sampai" terus dia meletak panggilan. Walaweh arah gitu terus letak mat.
"Hah pukul 8?!" bergegas dia berlari menuju ke dalam bilik air untuk bersihkan diri. Tak lawak weh tak lawak dia bagi setengah jam untuk bersiap.
Dia mengenakan baju kemeja biru muda dipadankan dengan seluar slek hitam serta tudung shawl hitam. Setelah berpuas hati dengan penampilan diri, dia menyembur wangian YSL Black Opium.
Dia melihat angka terpapar di skrin telefonnya. Terbuntang matanya seketika lalu terus dia mencapai beg sandang dan segala barangan. Laju dia melangkah ke luar bilik.
Berlari anak menuju ke pintu rumah, terhenti mendadak apabila matanya melihat sekujur tubuh yang elok bersandar di sebuah kereta Perodua Bezza.
"Kau nak aku bentang karpet merah ke nak aku dukung kau datang sini?"
Terus mati lamunan Aqeela mendengar bebelan jejaka itu. Ish muka handsome tapi mulut macam shibal. Dia menghadiahkan jelingan dan berpaling untuk mengunci pintu rumah dan menuju ke pintu kereta.
Dia memboloskan diri ke dalam perut kereta dengan wajah kelat. Tidak lupa untuk menghempas pintu kereta jejaka itu tanda protes. Tak sempat sarapan !
'Kau fikir handsome kau dapat privilege ke lahmak jantan ni bising je tahu' getusnya dalam hati. Cakap kuat nanti kena campak luar.
"Kau tak payah nak acah bengang sangat. Aku yang patut bengang sekarang ni asal kau lambat sangat bersiapnya takde lah cantik mana pun tapi lambat mengalahkan kura-kura"
Widih mamat selenga ni cari pasal betul dia lupa ke dia lah punca aku lambat ?!
Dia menoleh ke arah Aqeela apabila tiada balasan dari bibir mungil itu. Hanya jelingan tajam saja yang diberikan oleh si gadis.
Chapter awal memang under 1k je words, sya kurangkan menulis sebenarnya hohoho, suka hati saya lah. Anda tak suka? bukan masalah sya sayang~ ☺️
YOU ARE READING
The Handkerchief
RomansaStand Alone #1 •[[ Ayyash Luthfi x Aqeela Suhaila ]]• Di mana ada si jejaka, pasti ada si gadis. Kadang kala mereka kerap bertengkar tetapi selalu bersependapat dan sering bersama sehingga orang menganggap mereka sebagai pasangan. Tetapi, berlakunya...