Prangg !
Pecah berderai gelas kaca di atas lantai.
"Arghh I fcking hate her !! how can she leave when she's dying already ?! 2 hari aku suruh siasat tapi masih takde maklumat ?! are you stupid or fucking dumb about how she get out or saved from here ?!! tell me !!!"
Bergema segenap ruang bilik gelap itu dengan jerkahan nyaringnya. Dadanya berombak kasar, nafas semakin laju, matanya mulai tajam dan mukanya merah. Dia mencapai sebilah pisau tajam lalu dibaling tepat ke arah orang suruhannya.
Pap !
Tertunduk mereka semua memandang lantai. Walaupun hanya seorang saja yang dituju tapi debaran itu masih terasa. Dia mendongak perlahan ke atas lantas menelan liur.
Gulp. Pisau itu terpacak tepat di atas kepalanya. Nasib tak panggung kepala tadi kalau tak hmm habis dahinya.
"Did I tell you to keep silent? or did I tell you to answer me? bodoh ke pekak korang semua ni?!"
Dia mendengus geram melihat sekali lagi mereka tertunduk. Hatinya semakin marah apabila mengetahui kekasihnya tiba-tiba sahaja menghilangkan diri. Sejak dari sebelum dia menculik Aqeela lagi lelaki itu sudah hilang.
Mereka hanya menunduk memandang lantai dengan riak kosong. Tahu salah mereka kerana tidak menjalankan tugas dengan baik.
Dia mendengus geram melihat orang-orang suruhannya berdiam diri. Laju dia mencapai barangan dan keluar dari bilik.
Bam !
Terangkat bahu mereka mendengar hempasan pintu. Fuh kus semangat ! Masing-masing menghela nafas kasar.
"Bodoh sial minah senget ni dia punya masalah kita pulak kena settle. Dia pikir dia tu matematik ke? Dasar bodoh" kutuk seorang lelaki.
"Entah. Sudahlah bodoh macam keldai, suara macam nyamuk, muka buruk macam jembalang, perangai sial macam mak Eton jiran kampung aku, badan pulak macam gelas kelab haram !" tercengang mereka mendengar kutukan dari rakan mereka itu.
"Walaweh kau kemain kutuk minah senget tu eh? Pendam lama betul ni" mereka ketawa terbahak-bahak melihat jelingan dari perempuan itu.
"Kau pikir aku nak sangat ke kerja dengan minah tu? kalau bukan sebab bapak aku, memang taklah aku nak stay sini." jawab perempuan itu selamba. Mereka hanya mengangguk tanda setuju.
"Habis ni sekarang macam mana? kita kena balik report tapi macam mana nak keluar bertiga ni?" soal salah seorang dari mereka.
"Keluar je lah. Kalau minah tu mengamuk aku telefon bapak aku kasi settle dia" mereka ketawa kecil sebelum berlalu ke luar dari bilik gelap itu.
•••••
"Qeela oh qeela" dia mendengus kecil mendengar suara yang sedari tadi asyik mengacau dia membaca novel.
Dah sakit nak buat apa je baca novel lah.
"Qeela..."
Pap !
Dia menutup buku dengan kasar. Matanya tajam melihat ke arah sosok di hadapannya yang tersengih santai duduk di sofa. Kalau makhluk halus dah lama dia ruqyah satu bilik. Tapi ni jembalang tak makan saman !
"Kau nak apa lagi Ayyash Luthfi? tak cukup dengan bagi kejutan, lepastu kau ugut aku. Lepastu kau buat aku malu dekat kedai bunga aku. Tak cukup lagi kau-"
"Aip shh cinta diam kejap" memang diam sungguh Aqeela dibuatnya. Kerana apa? kerana jari telunjuk Ayyash terletak elok di hadapan bibirnya tanda senyap. Nasib tak bersentuh.
"Haa diam pun. Alah bukan selalu aku buat kau malu. Lagipun pekerja-pekerja kedai kau jugak kan? pasal kejutan tu aku mintak maaf lah bukan apa tapi aku makin risaulah" kata Ayyash sambil mula menunduk bermain jarinya seketika.
Aqeela hanya mengerut dahi tak faham. Apa yang nak dirisaukan? cakap separuh jalan memang ada jugak pengantin yang akan kena tinggal nanti. Dahlah kejutkan dia dengan majlis nikah diorang lagi 3 hari lepastu boleh pulak diugut kalau bantah, dia akan dirantai kaki dekat pelamin. Walaweh gila ! Lagi gila sebab dia ugut dekat kedai aku.
"Apa kau risau ni cuba kongsi dekat aku" balas Aqeela. Dia melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu di sofa.
"Aku risaulah kalau aku kehilangan kau sekali lagi. Cukup 2 kali pun aku dah terseksa weh aku tak sanggup untuk kali ketiga. Sebab tu aku cepatkan tempoh kahwin. Lagi satu, haritu Anim ada cakap kau pernah kena culik 2 hari kan? aku nak tahu macam mana kau terselamat dan kenapa kau taknak buat report polis?" soal Ayyash setelah lama dia berfikir untuk menyoal soalan itu.
Tubuh Aqeela terus mengeras kaku mendengar soalan tentang dia diculik. Lama dia berfikir nak jawab ke tak akhirnya dia menjawab segala soalan.
"Boleh kalau kau nak tahu. Tapi aku akan bagitahu semuanya lepas kahwin" katanya sebelum bangun menuju ke meja kerja. Dia menyambung semula kerja yang tertangguh.
Tercengang Ayyash dibalas begitu. Punya lama aku fikir soalan tu dari dia sakit sampai sihat macam ni bolehnya dia kata lepas kahwin. Wahai cinta sungguh teganya kamu !
Chapter kalini agak bosan dan saya makin kurang tenaga sebenarnya. Maaflah kalau bercelaru sikit for few scenes. Tolong vote dan komen tau ! maseh semua yang baca story ni inshaAllah nak habis dah sobs sobs hmm mueh semua <3
![](https://img.wattpad.com/cover/353316322-288-k628719.jpg)
YOU ARE READING
The Handkerchief
Roman d'amourStand Alone #1 •[[ Ayyash Luthfi x Aqeela Suhaila ]]• Di mana ada si jejaka, pasti ada si gadis. Kadang kala mereka kerap bertengkar tetapi selalu bersependapat dan sering bersama sehingga orang menganggap mereka sebagai pasangan. Tetapi, berlakunya...