BAB 58 🥀

2.2K 66 3
                                    

"Boleh tak kau cepat sikit ?! tunggu kau bersiap dah macam tunggu crush aku notice tau tak ?!" marah Dariel di muka pintu. Dia dan Ryder memandang tajam ke arah seseorang di dalam bilik yang sedang ralit mengemas butang bajunya.

"Memang crush kau tu tak notice lah sebab dia memang tak tahu pun kewujudan kau" balas Alex selamba. Dia saja melengahkan masa kerana ada hal yang dia perlu laksanakan.

"Eh kau--"

"Lambat lagi ke lahanat sekalian? orang dah ramai dekat dalam kau pikir ini majlis kahwin ke gila nak kena tunggu kau berdandan bagai? butangkan baju pun hampir sejam baik kau guna stapler je lah" bebel El yang baru tiba di muka pintu. Dia baru saja selesai menguruskan kemasukan tetamu.

Terus Alex mencebik mendengar bebelan itu. Nak buat macam mana dah butang ni besar sangat ?! memang payah nak masuklah.

"Tak payah buat muka macam tulah geli bodoh. Keluar cepat" bidas Fatteh. Setelah Alex selesai pemakaiannya, mereka berjalan ke pintu dewan dan memasuki dewan hotel yang akan melangsungkan majlis pelantikan CEO baru.

•••••

Hotel Loistre

Riuh rendah suasana di dalam dewan hotel itu membingitkan telinga. Namun di beberapa buah meja, hanya sesetengah sahaja yang berbicara. Setengah lagi? hmm merenung hadap telefon.

"Ehem" seluruh dewan mulai senyap mendengar deheman garau di bait mikrofon di atas pentas. Seorang lelaki yang wajahnya tampan berambut hitam lebat kemas rapi, memakai tuxedo hitam putih berdiri di sebelah kiri pentas.

"Selamat datang saya ucapkan kepada para hadirin sekalian yang menghadiri majlis yang penuh kehormatan ini. Adalah saya, selaku pengacara majlis hari ini ingin menutur pantun sebagai pembuka tirai majlis"

"Hensemnya macam mat saleh" terus mereka berpaling melihat wajah Qarya seakan bersinar memandang tak lepas ke arah pentas. Terus Qalish menendang perlahan kaki Qarya di bawah meja.

"Awh" mendesis Qarya dibuatnya. Laju dia menjeling tajam wajah dingin Qalish. Erk?

"Jaga mata boleh tak? aku cucuk mata kau guna garfu kejap lagi baru tahu" terus dia menjeling sekilas wajah Qarya sebelum berpaling ke hadapan. Qarya hanya mencebik. Manakala Puan Lailatul dan Encik Zarith tersenyum senget melihat gelagat anak dan gadis itu. Hmm bakal menantu mungkin?

"Wahai merpati berkawan dua,
Tidak kusangka majlis ini bersejarah,
Hari ini akan terungkai sebuah pandora,
Jadi, tenangkan diri sebelum amarah.

Kemeja dipakai nampak lusuh,
Rambut pula tidak dikemas,
Kita hidup bukan nak bermusuh,
Wahai CEO baru mohon naik ke pentas !"

Berkerut kening mereka semua mendengar baitan pantun yang diucap oleh pengacara majlis itu. Namun, tangan masih menepuk perlahan memeriahkan suasana dewan. Irsyad, Qalish dan Ayyash berpandangan sesama sendiri dari meja masing-masing. Hairan.

Terpegun seketika mereka semua melihat seorang lelaki yang mengenakan tuxedo hitam yang mempunyai sedikit jambang berwajah putih. Persis mat saleh !

Alex melangkah yakin ke atas pentas dengan wajah beku. Dia melabuhkan punggung di sebuah kerusi di tengah pentas itu. Terdapat beberapa buah lagi kerusi di kanan dan kirinya. Dah macam sidang media siap ada mikrofon atas meja. Untuk apa? sabarlah nanti tahu.

"Dengan segala hormatnya, mempersilakan tuan untuk memberi ucapan" terus Alex mengangguk kepada pengacara majlis. Dia berdeham halus sebelum mendekatkan diri ke arah mikrofon.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera para hadirin sekalian. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika majlis ini tidak menyempurnakan citarasa anda tapi apakan daya ini saja yang saya mampu"

The HandkerchiefWhere stories live. Discover now