BAB 13 🥀

2.7K 123 19
                                    

Usai berjam lamanya mengfungsikan otak cerdas, akhirnya selesai ujian pertama dan terakhir. Mereka semua hanya ada satu kertas sahaja memandangkan bidang mereka lebih cenderung kepada amali dan latihan praktikal. Kertas kerja juga dilaksanakan sepenuhnya sepanjang pembelajaran. Program keusahawanan itulah amali terakhir mereka kerana bidang masing-masing berkait rapat.

Masing-masing menghela nafas lega di dalam kafe Kenanga untuk makan tengah hari.

"So? amacam paper korang tadi okay tak?" soal  Irsyad memandang ke arah keempat gadis.

"Alhamdulillah semua okay. Korang?" balas Humeera.

"Alhamdulillah kitorang pun okay jugak" jawab Irsyad sambil menggosok belakang lehernya. Tiba-tiba malu.

"Ini kalau aku rakam lepastu hantar dekat Maksu memang kaw-kaw kena bahan" kata Qalish sambil tersenyum sinis. Irsyad yang melihat terus menjeling menyampah.

Mereka yang lain hanya memandang kosong. Hati sudah tenang, perut pula meminta. Semua mata naik memandang ke arah Aqeela yang tiba-tiba bangun dari kerusi. Bertaut kening Ayyash.

"Kau apahal tiba-tiba bangun? sakit perut ke?" soalnya hairan.

"Kita dekat mana sekarang?" jawab Aqeela mendatar.

"Kafe lah. Asal kau dah rabun ke apa?" sindir Ayyash namun kening masih bertaut.

"Dah tahu dekat kafe kau rasa aku nak basuh baju ke?" bidas Aqeela sambil menjuling matanya. Dia bergerak meninggalkan mereka yang lain untuk mengambil makanan.

Lembap sangat dah kenapa?! Orang lapar tahu tak?!

Tercengang Ayyash dibidas begitu. Dia berdehem seketika menggosok belakang lehernya. Dia menoleh ke arah sahabat-sahabatnya. Mereka yang lain sedang cuba menahan ketawa apabila dijeling oleh Ayyash. Laju dia bangun mengikuti Aqeela.

Terus terhambur ketawa mereka yang ditahan. Sudah lama mereka tak nampak Ayyash terdiam bila bergaduh dengan Aqeela. Kali terakhir dia terdiam begitu adalah kali pertama juga dia bergaduh dengan Aqeela itupun sebab Aqeela dalam fasa period. Bukan setakat terdiam malah ternangis di hadapan mereka dalam bilik.

Masih ingat lagi sewaktu mana Qalish dan Irsyad cuba menenangkan Ayyash yang menangis menyembamkan wajahnya ke atas katil di dalam bilik kolej mereka masa semester 2.

"A-asal dia marah s-sampai m-macam tu weh? sebelum ni bergaduh o-okay je.. T-teruk sangat ke s-salah aku?"  tersedu-sedan Ayyash bercakap memandang ke arah Qalish dan Irsyad.

"Err tak besar sangat salah kau tapi yalah perempuan kan ada mood dia kot" kata Qalish sambil menyiku lengan Irsyad di sebelah.

"Ha'ah bro. Takpayah fikir sangat mana tahu dia tak sengaja ke tinggi suara dekat kau? maybe dia period?" soal Irsyad sambil tangan mengusap belakang badan Ayyash.

'Allahuakbar pakngah makngah kenapalah anakmu jadi begini?! sepupu Syad ke ni!' bentak Irsyad dalam hati.

Seolah tersedar, mereka mula bangun menuju ke arah meja hidangan untuk mengambil makanan.

"Erk alhamdulillah" ujar Qalish menggosok perut. Kenyang !

"Ish tak senonoh sia kau ni" kata Qarya. Mukanya membuat riak geli.

"Lah aku sendawa je bukannya kentut" jawab Qalish seloroh menjuih bibir.

"Menyampah" Qarya menjuling matanya ke atas. Malas layan.

"Kisah pulak aku" balas Qalish menjeling ke arahnya lalu mengajak rakannya yang lain membayar makanan di kaunter.

"Ayokk member merajuk sudah" ujar Manisha dengan jari telunjuknya digoyang tepat ke arah wajah Qarya.

"Lantak dia lah" balas Qarya ringkas.

•••••

Kedengaran bunyi telefon Xr milik Aqeela bergema di dalam ruangan bilik membuatkan mereka yang sedang rancak berborak itu lantas terdiam. Aqeela mencapai telefonnya melihat nama pemanggil terus dia tersenyum. Dia menjawab panggilan dengan laju.

"Assalamualaikum sayang..." amboi lembut mendayu suara abang aku ni. Getusnya dalam hati.

"Waalaikumsalam ya along...ada apa call adik?"

"Amboi along dah tak boleh call kau ke? sampainya hatimu dik" balas Haziq seakan berjauh hati.

"Hahaha aku tanya jelah. Tapi betul lah ada apa-apa ke?

"Taklah. Saja call memandangkan kau exam tadi kan. So macam mana?" soal Haziq di seberang talian.

"Alhamdulillah semua okay. Eh esok aku gerak balik kampung kau nak kirim apa-apa tak?" tanya Aqeela.

"Erm tak adalah pulak sayang. Kau kirim salam rindu jelah dekat tok. Cakap dekat dia nanti ada masa sekeluarga pulak balik sana" jawab Haziq panjang lebar.

"Hmm okaylah gitu. Tapi esok aku singgah rumah dulu"

"Alright sayang. Aku nak gerak balik office ni lunch hour dah habis. Take care assalamualaikum sayang" pesan Haziq lantas meletakkan panggilan setelah mendengar balasan dari adiknya.

"Yalah kau pun. Waalaikumsalam" balas Aqeela. Dia menoleh ke arah mereka yang lain setia menanti untuk bergosip.

"Weh nanti kita singgah rumah aku kejap tau keluarga aku ajak korang sarapan sekali" kata Aqeela.

"Eh boleh je. Nak gerak dari kolej pukul berapa?" soal Humeera.

"Erm 7:30am okay?"

Mereka mengangguk tanda setuju sebelum menyambung gosip.

Anggap je diorang dah settle inform dekat para lelaki ya~ malas panjang benor chapternya ni...kang terlalu detail rasa 😅 Teruskan membaca, vote, komen, share okay?

The HandkerchiefWhere stories live. Discover now