BAB 49 🥀

2.2K 91 20
                                    

"Let him in"

Terbeliak mata mereka melihat gerangan yang memasuki bilik gelap itu. Berair sudah mata Melissa. Dadanya mula sesak tangan pula menggeletar. Manakala di satu sudut 3 jejaka itu sudah ternganga dari tadi. Nasib dekat gudang tiada lalat hm.

"Mr. Simon?" gumam Ayyash perlahan. Apa dia buat dekat sini? jangan cakap dia pun orang-

"Surprise ! the biggest traitor ever exist ! Sakit tak Farah?" makin bingung mereka mendengar soalan Aqeela.

Melissa mengetap rahang. Wajahnya sudah merah menahan sakit di hati. Rasa mahu meletup saja sekarang. Dia menatap tajam ke wajah kekasihnya.

"What the hell you're doing here ?!" dia tidak sanggup jika hakikatnya lelaki itu juga mengkhianatinya dalam diam.

Simon berjalan lemah diheret oleh Syakir ke sebelah Aqeela. Tanpa berkata apa, terus Aqeela melayangkan penampar di pipi Simon dengan kuat. Terteleng wajah lelaki itu menahan sakit. Tercengang mereka yang lain melihat adegan itu.

Dia kembali menoleh ke arah Melissa. Wajahnya tanpa riak tapi bibir mengorak senyuman senget.

"Kesian kau eh..percaya sangat dengan lelaki. Nampak jantan kaya, kau sambar. Kau pikir kau cukup ganas ke jadi buaya? Bitch, buaya betina pun tak macam kau lah." kata Aqeela dengan santai.

"W-What?" perlahan saja suara Melissa. Matanya memandang pula ke arah Rayden bersilih ganti. Tak faham.

Rayden menjuling mata ke atas. Bodohnya minah tiga suku ni. Ish !

"Aku cuma letak pil perangsang je dalam minuman kau. Bawak kau masuk bilik then bum ! mamat ni yang uruskan kau. Mamat ni kan sugar daddy kau. Lagipun aku tak hamaklah badan kau ni dah beratus kali ditebuk mestilah tak ada rasa manis" jawab Rayden sambil tersenyum sinis.

Aqeela tergelak kecil seketika. Sedikit pun dia tidak berasa kasihan dengan Melissa cuma dia kasihan dengan keluarga Melissa di kampung. Satu-satunya anak yang diharapkan menjadi satu-satunya anak yang bermasalah.

"Nak tahu sesuatu tak?" mereka semua menoleh ke arah Aqeela yang menyilang tangan ke paras dada. Bibirnya dicebik kecil sebelum tiba-tiba dia tersenyum jengkel ke arah Melissa.

"Kau terlalu hanyut dalam dendam. Kau ingat aku tak tahu arwah Taufiq tu kekasih kau dulu? dia minat aku tapi tak boleh luah sebab dia tahu Ayyash suka aku. Kau pulak minat Ayyash tapi tak boleh rapat sebab kau dah ada kekasih. Rumit tapi kenyataan. Betul tak Farah Melissa?" soal Aqeela tenang. Dapat dia lihat jelas muka Melissa seakan muram sebentar sebelum mulai merah menahan marah. Tahulah dia sebab dia menyebut nama arwah. Hm emosi la tu.

"Diam" halus tapi tegang suara Farah Melissa berbicara sambil mata menikam tajam ke arah Aqeela.

"Lepastu kau dapat tahu arwah Taufiq bunuh diri sebab kecewa Ayyash tu suka aku. Sebab tu kau dendam dengan kitorang kan? sebab tu juga kau culik aku 4 tahun lepas kan? oh yeah I forgot. Kau ada culik aku lagi haritu. Tapi tak lama sebab apa? Sebab aku boleh." dia melirik ke arah wajah Melissa dengan sinis.

Melissa mengetap rahang mencerlung tajam ke arah Aqeela. Sungguh dia rasa benci tahap paling tinggi terhadap Aqeela sekarang ini.

"Now what Farah? kau cuba nak rampas Ayyash ke daripada aku?" tenang saja suara Aqeela menyoal.

"Kalau dah tahu kenapa tanya. Bodoh" keras suara Melissa membidas. Namun sedikit pun Aqeela tidak terkesan. Malah dia mencebik kecil menayang wajah seolah sedih tapi sebenarnya mengejek.

"You want him? sorry I got him first. For your information, kitorang dah hadap malam pertama lepas kahwin and yes we did it. Apa kau cakap tadi? Aku tak rela jadi isteri dia? aku takkan serah badan aku dekat dia? kau ingat kau siapa hah ?! Mak junum? Kaki tilik? Eh suster ngesot, aku ni satu-satunya isteri sah dia ! Of course lah we've bonded. Hanya aku seorang ja yang boleh miliki dia !!" jerkah Aqeela sebelum dia melangkah ke arah Melissa.

The HandkerchiefWhere stories live. Discover now