BAB 64 🥀

2.1K 71 12
                                    

"Buat masa sekarang kami memang tak ada plan nak sambung kerja lagi. Kami ingat nak luang masa dulu. Kenapa mak? ibu?" soal Ayyash matanya memandang ke arah ibu dan mak mertuanya silih berganti.

"Kalau macam tu baik kamu pergi honeymoon je. Buat apa tunggu lama-lama lagi kan. Lagipun ibu nak juga cucu baru" balas Puan Nor Liyana sambil mulutnya dijuih. Jarinya menguis bajunya seolah memujuk. Sebenarnya lebih pada memaksa hahah.

"Betul. Mak setuju. Lagipun nak tunggu abang-abang kamu tu lambat lagi adik. Kamu dah kahwin apa salahnya bagi kami cucu. Pahala pun dapat. Kesian suami lama tahan tu" sambung Puan Safia sambil tersenyum senget. Benda macam ni kena terus terang sebab otak Aqeela lambat proses sikit. Biasalah dalam kelas sains dia selalu tidur je.

Terkelu lidah masing-masing untuk berbicara. Mereka memandang sesama sendiri sebelum menelan kesat liur. Menoleh semula ke arah ke semua yang ada.

"Yalah kami pergi honeymoon. Tapi dekat--"

"Melaka" sampuk Haziq. Terjungkit kening mereka semua. Lengannya disiku perlahan membuatkan dia menjeling.

"Kau ni tak romantik lah ! pilihlah Paris ke Turki ke--"

"Bukan kau bayar so shut up" pintas Haziq. Terdiam Haidar dibidas begitu. Terus memuncung bibirnya dengan tangan disilang ke paras dada. Mereka yang lain hanya tergelak kecil.

"So, Melaka?" soal Encik Luthman dan Encik Haqimi serentak. Semua mata mulai memandang ke arah yang dituju.

"Sabah" serentak Aqeela dan Ayyash menjawab dengan senyuman. Kalau dah sampai masa, apa salahnya mereka turutkan kan? kan? angguk lah readers !

"Dulu cakap nak pergi Melaka?" Haziq hanya menjungkit kening sebelum tersenyum kecil. Apalah sangat setakat nak suruh dia sponsor honeymoon adik kesayangan. Kalau nak suruh dia beli satu hotel untuk adiknya itu pun dia sanggup tapi kena pakai loan dulu lah hahah.

"Tukar" ringkas Aqeela menjawab sambil tersengih.

•••••

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

"Jangan lupa buat banyak-banyak sebab kitorang taknak berebut" terbahak-bahak mereka ketawa melihat wajah Aqeela yang mulai merona merah. Tangannya naik menampar perlahan bahu milik Manisha.

"Bodoh tau kau ni eiy. Sudah kitorang dah lambat"

"Amboi tak sabar nampak. Lepasni boleh buat majlis sanding kau sekali majlis gender reveal lah kan?" usik Irsyad dengan keningnya dijungkit-jungkit. Ayyash mula berdehem perlahan. Dia mengerling sekilas wajah merah isterinya. Malulah tu ahaks. Kiter pun malu lah wak !

"Sudah sudah. Adik, Luth pergi sana elok-elok tau. Ada masalah selesai segera" pesan Encik Haqimi. Riuh ruangan di pintu balai berlepas dengan keluarga mereka sahaja.

"Baik inshaAllah bah" serentak mereka menjawab sambil tersenyum. Mereka tunduk menyalami kedua tangan milik Encik Haqimi dan Puan Safia dan diikuti dengan abang-abang Aqeela.

"Jangan seronok sangat dengan tempat orang. Adab kena jaga walaupun nak pergi honeymoon je. Kau jaga adik aku baik-baik. Apa-apa jadi terus bagitahu kitorang. Faham?" pesan Haziq seraya mencium dahi mulus Aqeela setelah tangan disalami oleh Aqeela dan Ayyash. Mereka mengangguk.

"Jangan ganas sangat dekat tempat orang. Kalau tempat sendiri tak apa boleh beli baru" seloroh Aryan setelah tangan disalam Ayyash. Hanya dibalas jelingan saja dari Ayyash.

"Selamat tengah hari tuan-tuan dan puan-puan. Perhatian kepada para penumpang pesawat MAS730 ke Kota Kinabalu. Diminta para penumpang memasuki balai berlepas dan terus ke ruang menunggu di pintu perlepasan. Pesawat akan tiba sebentar lagi. Terima kasih"

The HandkerchiefWhere stories live. Discover now