BAB 26 🥀

2.4K 125 4
                                    

"Apani bah? majlis gabung syarikat pun kena bawak plus one ke?!" dengus Aqeela tidak puas hati.

Siapa je puas hati mat aku mana ada pakwe ?!

"Lah nak pening kenapa plus one tu untuk tetamu. Kau anak bos kau ikut belakang je masuk sekali nanti tak payah plus one" terang Haidar sambil matanya memandang ke arah televisyen.

"Ouh ye eh? hehehe okaylah gitu" tersengih dibuatnya lantas dia menaiki tangga menuju ke arah biliknya untuk membersihkan diri.

Usai membersihkan diri dan menunaikan solat isya, dia mula bermekap sebelum memakai baju yang dibeli untuk ke majlis malam nanti.

Baju ;

Mekap dan gaya shawl ;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mekap dan gaya shawl ;

Mekap dan gaya shawl ;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kasut ;

[Tak sekarang ni sya pulak yang obses tengok gambar baju dia shshshsh 🫠❤️]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[Tak sekarang ni sya pulak yang obses tengok gambar baju dia shshshsh 🫠❤️]

Dia menyembur wangian YSL Black Opium dan mencapai barangannya sebelum menutup pintu bilik lalu menuruni tangga.

"Pergh lawa siot anje aku!!"

"Apa pulak baby aku lah!!"

"Sudah! bising betul korang ni. Adik naik dengan diorang ya masuk dewan nanti dengan Haidar" kata Encik Haqimi lalu bergerak keluar dari rumah sambil tangannya melingkar di pinggang Puan Safia.

"Orang last kunci pintu!!" jerit Puan Safia sebelum memasuki kereta suaminya, Proton X70.

Laju Harraz dan Haidar berlari memasuki kereta milik Haziq, Honda HR-V.  Mereka mengambil tempat di belakang.

"Kita jugak lah ni?" soal Aqeela sambil mengeluh perlahan. Haziq tergelak kecil lalu dia mengunci pintu. Usai memastikan semua selamat, dia memimpin tangan Aqeela memasuki kereta.

Laju kereta mereka meluncur di atas jalan sehingga tiba di perkarangan hotel. Tidak terlalu ramai orang awam kerana mereka hanya menjemput orang terdekat dan juga rakan bisnes yang lain.

Usai memarkir kereta di ruangan vip, mereka turun dari kereta dan buat seketika mulut mereka ternganga kecil.

"Cantik mat hotel ni asal aku tak pernah tahu eh hotel ni wujud" kata Haidar sambil menyiku lengan Harraz.

"Itulah aku pun terkejut tapi nasib tak kentutlah" balas Harraz. Lantas semua mata menoleh ke arahnya dengan riak jengkel.

"What?" soalnya dengan kening bertaut.

Encik Haqimi berdehem seketika lalu dia mengorak langkah memasuki lobi hotel diikuti dengan mereka yang lain. Terus saja mereka menaiki lif ke tingkat 30 dimana terletaknya dewan yang akan melangsungkan majlis mereka.

"Asal aku berdebar eh dah macam nak pergi majlis kahwin pulak rasanya" bisik Harraz di telinga kanan Haidar.

"Bukan kau sorang ngah, aku pun rasa macam tu" jawabnya sambil menelan liur.

Tiba di hadapan pintu dewan, Encik Haqimi memberi sekeping kad kepada pengawal pintu sebagai maksud dia dan sekeluarga adalah orang vip yang terlibat dengan majlis tersebut. Lantas pintu dibuka oleh pengawal, kini semua mata memandang ke arah mereka.

Terus mereka melangkah masuk diketuai oleh Encik Haqimi beriringan dengan Puan Safia, di belakang mereka berbaris secara berpasangan iaitu Haziq dan Harraz. Diikuti dengan Haidar dan juga Aqeela. Mereka menuju ke meja vip hadapan bersebelahan dengan meja vip milik sebuah syarikat yang bergabung dengan syarikat Encik Haqimi.

Okay ke contoh outfits Aqeela? saya main ambik je yang mana nampak lawa 😭🤌🏻 btw teruskan support ye janganlah sendu sangat ni karya first saya tau 🥺 inshaAllah saya usahakan lagi jangan lupa vote and komen mueh sekalian alam <3

The HandkerchiefWhere stories live. Discover now