2 bulan berlalu dan harini cukup 9 bulan. Lagi beberapa hari saja untuk dia bersalin. Gugup dia rasakan namun tak pula rasa sakit sekarang. Kalau dulu dia mengaduh sakit, orang paling gelabah adalah Ayyash. Sampai nak bawa dia ke hospital padahal baby tendang je. Rasa nak cepuk je kepala tu.
Dia kini menyiram pokok bunga di halaman rumah. Puas ditegah oleh Ayyash tapi bila dibalas oleh Puan Safia tahu pun nak diam. Kata Puan Safia 'biar dia banyak bergerak mudah nak bersalin. Kalau bahaya mak cubit dia nanti'. Hmm.
Bunyi deruman enjin kereta menggamit perhatiannya. Terukir senyuman di bibir. Lantas dia menutup pili air. Laju saja Ayyash berlari ke arahnya.
"I need a kiss" dia menjegil matanya. Salam apa tak bagi tahu tahu minta kiss je. Tapi disua juga pipi. Namun pipinya ditekup sebelum wajahnya dikalih menghadap Ayyash. Bibirnya dikucup pantas. Laju tangannya naik menampar manja bahu Ayyash. Gatal suami siapa ni tak kenal. Tapi dia tahu jika Ayyash meminta kiss, maknanya dia tengah penat. Jika Ayyash meminta dipeluk, maknanya dia tengah serabut.
"Waalaikumsalam" sempat dia memerli. Ayyash tersengih tak bersalah.
"Assalamualaikum cinta hati hubby. Assalamualaikum little shayang walid. Harini berdua buat apa je?" dia mengusap dan mencium sekilas perut berlapik baju Aqeela sebelum menyoal.
"Tadi sarapan sekali, lepastu saya rehat kejap baru tengok tv. Lepastu mak suruh makan tengahari. Suruh rehat lagi. Lepastu along tolong urut kaki saya kejap sebelum dia keluar. Haa sekarang saya baru habis siram pokok" panjang lebar dia bercerita sambil berjalan perlahan ke dalam rumah dibantu Ayyash. Terangguk-angguk Ayyash sambil senyum.
"Okaylah kalau macam tu. Jangan bergerak banyak sangat hubby risau. Ni ada nak makan apa-apa tak?" soal Ayyash sambil mengusap pipi Aqeela ketika sudah duduk di sofa.
"Tak ada. Tapi hu-- aw" mata Ayyash memandangnya atas bawah. Tiba-tiba saja wajah Aqeela berkeriut, memegang bawah perutnya.
"Kenap-- isk" berdesis dia tatkala tangannya tiba-tiba dicengkam kuat. Dia menelan kesat liur. Serta merta dadanya terasa berdebar.
"C-Cinta ? dah nak keluar ke? awal lagi ni. Tunggulah lagi seminggu ke bila-- argh!" rambutnya pula dicengkam oleh Aqeela yang berkerut wajah sambil tangan memegang bawah perut. Dapat dia rasakan ada air mengalir di bawahnya.
"H-Hubby..air..p-pecah" terkaku Ayyash mendengar. Laju matanya turun memandang ke kaki Aqeela. Kain basah sedikit.
"Okay cinta sabar kejap--"
"Tak boleh sabar dah !! arghh !!" panik dia melihat wajah memerah Aqeela.
Tanpa amaran, dia mencempung tubuh Aqeela perlahan dibawa keluar rumah terus memasuki kereta. Diletak perlahan ke atas kerusi tempat penumpang. Pakaikan tali keledar. Dia menutup pintu dan memasuki ke tempat pemandu. Keluar semula ke arah rumah dan menutup pintu rumah. Masuk semula ke dalam kereta.
Usai menghidupkan enjin, laju dia memulakan perjalanan dengan berhati-hati. Tangan kiri naik mengusap kepala Aqeela sambil bibirnya tak henti berselawat. Sempat dia menyuruh Aqeela menarik dan menghembus nafas. Tiba saja di hospital, dia memparkir kereta dan memanggil beberapa jururawat serta stretcher.
Dibawa keluar Aqeela perlahan dan dibaringkan ke atas stretcher. Tangan menggenggam erat tangan Aqeela. Memberi kata-kata semangat. Sampai di hadapan wad bersalin, katil Aqeela ditolak masuk.
Manakala dia diluar menunggu ketibaan doktor untuk mendapat keizinan.
"Suami pesakit ke?" dia menoleh ke belakang dan mengangguk. Sempat dia memberi maklumat tentang Aqeela kepada doktor dan jururawat disebelahnya. Terus mereka memberi sehelai pakaian plastik dan sarung tangan untuknya dipakai.
YOU ARE READING
The Handkerchief
Любовные романыStand Alone #1 •[[ Ayyash Luthfi x Aqeela Suhaila ]]• Di mana ada si jejaka, pasti ada si gadis. Kadang kala mereka kerap bertengkar tetapi selalu bersependapat dan sering bersama sehingga orang menganggap mereka sebagai pasangan. Tetapi, berlakunya...