Riuh rendah suasana di dalam dewan itu dengan mainan lagu serta suara pengacara majlis.
"Weh kau ni makan perlahan-lahanlah malu dekat orang" soal Ayyash dengan matanya menjeling sekilas ke arah Qalish yang sibuk melantak makanan dari tadi.
Tak reti kenyang ke mamat ni?
"Alaa bukan selalu pun makan mewah free ni" jawab Qalish selamba.
Terletus tawa kecil mereka di meja itu. Ayyash memilih untuk duduk bersama rakannya yang lain memandangkan dia yang menjemput mereka.
"Baiklah semua, maaf kerana menganggu suasana anda. Tetapi saya ingin mengumumkan ketibaan CEO syarikat Jaya Build. Dipersilakan masuk Encik Megat Haqimi dan keluarga"
Tersentak sebentar mereka mendengar nama yang disebut. Mata mereka memandang tepat ke arah Ayyash. Matanya mula bergetar perlahan. Dadanya berdetak laju. Mukanya beriak kosong.
"Luth? Megat Haqimi tu abah Qee kan? kau tak tahu ke baba kau gabung dengan abah dia?" tanya Qarya dengan riak yang sukar ditafsir.
"I have no idea" jawabnya mendatar. Mereka kemudian menoleh ke arah pintu masuk.
Buat seketika mereka ternganga kecil melihat sahabat mereka yang sudah lama menghilang. Lagi tidak sangka, wajah putih mulus itu tidak mengukir sebuah senyuman malah wajah itu beriak kosong dan tampak...dingin?
'She's still gorgeous but why does she looks different?' getus Ayyash di dalam hati. Bibirnya automatik mengukir senyuman nipis kecil.
Matanya ralit menatap sosok tubuh gadis itu tidak henti. Tanpa disedari semua, ada sepasang mata yang menikam tajam ke arah mereka. Hati makin membuak rasa benci, tangan digenggam kejap menimbul urat seketika.
•••••
"Sayang cuba kau senyum sikit. Ada wartawan tu" kata Haziq sambil mengusap perlahan kekura tangan milik Aqeela.
"Aku bosanlah long. Wartawan tanya soalan bodoh je takde kaitan dengan syarikat langsung. Jemput buat apa duh" jawabnya dengan kerutan di dahi. Jelas riak wajahnya seakan rimas sepanjang majlis berlangsung.
"Sabar sikit sayang. Senyum je kalau diorang tanya kau apa-apa kau geleng kepala jelah" balas Haziq sambil menggosok bahu adiknya.
Argh nak haziq satu please !! ~ author
Aqeela hanya mengeluh pasrah. Matanya mula memandang sekeliling namun terhenti seketika apabila matanya bertembung dengan beberapa pasang mata yang sudah lama dia tidak bertemu. Dadanya berombak laju. Matanya bergetar perlahan terus dia melarikan pandangan mencari sepupunya.
'Mana kau ni Anim mana kau?!' getusnya dalam hati. Puas matanya memerhati sekeliling. Terus dia menghela nafas lega melihat sepupunya sedang ralit menjamu selera bersama keluarga.
"Long, aku nak jumpa Anim kejap" bisiknya di telinga kanan Haziq. Bingkas dia bangun setelah mendapat keizinan. Dia menuju ke arah sepupunya tanpa memandang sekeliling.
Tangannya naik menepuk perlahan bahu sepupunya itu. Manisha menoleh ke belakang. Terus dia tunduk membisik di telinga kanannya.
"They're here" bisiknya ringkas namun padat. Laju Manisha membulatkan mata memandang ke dalam mata Aqeela. Mulutnya dibuka sedikit berbicara tanpa suara.
'Serious lah?! dekat mana?'
Setelah mendapat anggukan, dia laju memandang ke meja yang agak jauh darinya. Ya terdapat sekumpulan rakan-rakannya disitu. Dia akui dia sangat rindu akan persahabatan mereka tetapi apakan daya ditemukan untuk seketika saja. Lantas dia berpaling semula ke arah sepupunya yang berdiri setia di belakang.
"Kau nak buat apa?" soalnya kepada Aqeela.
"Buat apa? buat bodoh je lah. Aku saja je datang sini nak bagitahu kau. Yalah tengok kau khusyuk sangat makan mestilah tak tahu kan? lagipun aku bosan duh dekat sana wartawan asyik tanya soalan bodoh je dekat abah aku. Yang rimasnya aku haih. Eh hai bro!" keluh Aqeela seketika sebelum dia menyapa sepupunya itu, Megat Hadwan.
"Sup bro!" sapaan balik Hadwan kepada Aqeela. Mereka sudah terbiasa dengan panggilan begitu kerana panggilan itu saja yang tidak kekok.
"Amboi kita ni tak nampak ke? Majuk ah ceni hmph !" mereka memandang serentak ke arah suara tersebut.
"Halah kau nak majuk bagai. Pikir aku nak pujuk kau ke Malishka Hazwani? sorry not sorry darling lambert lagi" balas Aqeela menjuling matanya.
Makin cemberut muka gadis itu. Lantas mereka tertawa kecil sebelum dipintas oleh seseorang.
"Sayang..abah panggil tu" Aqeela menoleh ke belakang. Dia mengangguk seketika sebelum menoleh semula ke arah sepupu-sepupunya.
"Aku gerak dulu eh. Kirim salam dekat pakngah aku tak sempat jumpa tau?" pesan Aqeela sebelum dia berlalu pergi mengikuti Haziq. Mereka hanya mengangguk.
Ayokk siapa yang membenci tu? tajam mata tu cucuk kang! korang boleh teka ke siapa? Haa boleh tak? tak boleh? lemahlahh~ jangan lupa vote and komen ! kalau korang rasa story ni agak best, share tau dekat member 🤣 kalau agak kureng, komenlah kasi saya tahu, kalau tak bagitahu macam mana saya nak tahu? saya kan cuma baterpelai 🥺
YOU ARE READING
The Handkerchief
RomanceStand Alone #1 •[[ Ayyash Luthfi x Aqeela Suhaila ]]• Di mana ada si jejaka, pasti ada si gadis. Kadang kala mereka kerap bertengkar tetapi selalu bersependapat dan sering bersama sehingga orang menganggap mereka sebagai pasangan. Tetapi, berlakunya...