BAB 74 🥀

2.1K 71 5
                                    

Sunyi saja suasana di ruang tamu kediaman Aqeela sekarang. Masing-masing terdiam setelah mendapat tahu berita. Tak tahu nak seronok ataupun marah. Hanya mampu menunduk saja dapat dilakukan oleh Aqeela dan Ayyash di atas sofa. Manakala Puan Safia dan Puan Nor Liyana sudah memegang bahu suami masing-masing. Kerana apa? kerana...

"Kamu ni memang tak boleh duduk diam kan ?! cakap nak pergi outstation bawa bini rupanya bawa pergi honeymoon. Sepatutnya baba tak izinkan je haritu ! dasar jantan gatal !" marah Encik Luthman merenung tepat ke wajah anaknya.

"Baru 2 bulan habis berpantang, ni dah lekat lagi dalam perut. Apa nak jadi kamu ni ?! tak reti menyabar betul. Sama je dua-dua gatal ! anak siapa tak tahulah aku" kata Encik Haqimi. Selalunya para ibu yang menyinga kalau soal ini. Tapi sekarang terbalik pula, para bapa pula yang mengaum.

"Sorry" serentak Aqeela dan Ayyash berkata namun perlahan saja. Dalam hati gembira, tapi masih takut. Bahunya digosok perlahan. Dia menoleh ke sebelah. Senyuman hambar diberi kepada Manisha dan yang lain.

"Hola holi ! asal macam seram je ni? abah kahwin baru ke?" soal Haidar baru masuk ke rumah diikuti Haziq dan Harraz.

"Banyaklah kamu abah kahwin baru. Aku kerat telinga dia nanti. Adik ni haa baru 2 bulan habis pantang, dah lekat lagi" jawab Puan Safia tenang. Dia sebenarnya gembira tapi takut nak bersuara melihat suaminya begitu.

"OH MY GOD !! SERIOUSLY ?! JINJJA ?! OMO TAHNIAHTUKKAHAE ANJE !!"

"WOHOO TAHNIAHTULATION BABY !! FIEQ YOU'RE GONNA BE A BROTHER !!"

"YESSS I KNEW IT !! CONGRATS SAYANG !! CONGRATS LUTH !!"

"Ayokk Ayden, lepasni kau dah tak boleh bermanja dengan pakngah makngah kau dah" usik Aryan sebelah anaknya. Ayden hanya berdiam diri menjeling malas melayan si bapa. Inaya pula menggeleng kepala.

Tersenyum malu Aqeela dan Ayyash melihat gelagat abang-abang mereka. Reda seketika rasa geram di hati Encik Luthman dan Encik Haqimi setelah berkali-kali dipujuk oleh para isteri.

"Acu" mereka menoleh ke ruang dapur. Rayden mendukung Arfieq, di sebelahnya pula ada Alex, Dariel, dan Fatteh. Boleh dikatakan rumahnya kini tersangat ramai.

Rayden menapak ke ruang tamu. Arfieq diberi kepada Aqeela perlahan. Dia berdiri di sebelah abang-abang Aqeela. Sebelah mereka juga ada Aryan, Aisha, dan keluarga mereka.

"Hai shayang" perlahan suara Aqeela menyapa anaknya di dalam dukungannya. Tangan kecilnya dimain Ayyash. Masing-masing menunduk berbual dengan anak kecil mereka. Manakala yang lain sudah tersenyum melihat adegan itu.

"Apapun, jagalah diri elok-elok. Lepasni tak tahu siapa pula mengidam, siapa pula buat perangai. Qee dengar cakap suami tu. Tahniah anak-anak abah" ucap Encik Haqimi.

"Betul, lepasni jaga kandungan elok-elok. Kalau mengidam, bagitahu. Kalau sakit, bagitahu. Jangan abaikan anak sulung pulak. Tahniah anak-anak baba" sambung Encik Luthman.

"InshaAllah. terima kasih abah, baba, semua" ucap Ayyash.

"Terima kasih semua. Doakan kami" sambung Aqeela. Masing-masing berbalas senyuman dengan berita yang indah.

•••••

"Assalamualaikum dunia walid. Terima kasih hadir dalam hidup walid dengan bonda. Membesar dengan baik ya. Jangan sakitkan bonda. Love you" perut kempis Aqeela diusap perlahan sebelum dia melabuhkan kucupan lembut. Terus dia menarik pinggang Aqeela merapatkan kedudukan mereka. Tubuh Aqeela dibawa kedalam pelukan. Tangan naik mengusap belakang kepala Aqeela.

"Terima kasih hubby untuk semua. Tak terkira kalau nak senarai. I love you Yash" kata Aqeela perlahan dengan nada kantuk. Mata sudah layu. Wajahnya disebalik dada bidang Ayyash. Pelukan juga semakin erat.

The HandkerchiefWhere stories live. Discover now