Matanya berkelip-kelip melihat sekeliling. Dari samar-samar sehingga jelas kelihatan. Dia menguap seketika sebelum beralih ke arah kanan. Dia tersenyum kecil memandang wajah tampan suaminya. Jarinya mengusap rambut suaminya dengan perlahan.
'Mak aih lembut gila rambut pakai shampoo apa mamat ni? rambut aku pun tak lembut macam ni arghh jelesnya!' rungut Aqeela dalam hati.
"Morning cinta" terhenti gerakan jarinya mendengar suara serak milik Ayyash. Dia menggigit bibir bawahnya lembut. Damn his voice !
"Morning hubby" perlahan dia membalas. Bibirnya dikucup sekilas oleh Ayyash membuatkan dia menyembamkan wajahnya ke dada bidang tanpa baju itu. Malu !
Terletus tawa kecil Ayyash melihat perilaku isterinya. Haih indahnya malumu wahai isteri.
"Are you alright? feeling tired or sore anywhere? did I hurted you?" bertubi-tubi soalan diberi Ayyash. Makin membahang wajahnya tika mengingati semula adegan mereka semalam.
Dia mengangkat kepala lalu menggeleng perlahan. Bibirnya mengorak senyuman tawar sebelum menyelak selimut. Dia cuba melangkah menuruni katil namun hanya sesaat sebelum dia mengeluarkan erangan kecil.
Lantas Ayyash bangun dari baringan. Dia mencapai lembut lengan isterinya. Tangan naik menggosok perlahan bahu yang terdedah itu. Ditarik semula cardigan nipis ke atas bahu.
"Hey kenapa ni? is it hurt?" soalnya sambil mata memerhati segenap tubuh ramping itu. Melihat anggukan yang dibuat, laju dia turun dari katil menuju ke arah Aqeela. Dia mencempung tubuh itu perlahan memasuki ke bilik mandi. Sempat dia mencapai tuala mandi mereka.
"Eh takpe hubby letak je saya dalam tu saya bol-"
"Shut up, I'm the husband here. As far as I remember, I was the one who hurted you down there so let me be responsible for it" tegas Ayyash bersuara sebelum dia menutup dan mengunci pintu bilik mandi tersebut. Kembali melangkah ke tab mandi berisi air suam, dia meletakkan tubuh isterinya ke dalam tab.
"Feeling better?"
"Uh-hm" bibirnya mengukir senyuman manis mendengar respon isterinya. Selagi dia bernafas, selagi itulah dia cuba memberi bahagia kepada wanitanya.
•••••
Usai saja solat subuh bersama, mereka melangkah menuruni tangga ke arah dapur.
"Assalamualaikum pagi semua" mereka yang di dapur laju menoleh ke arah suara tersebut. Lantas mereka mengukir senyuman.
"Waalaikumsalam merpati secili. Duduk cepat kitorang kebulur tau tak tunggu korang" jawab Harraz menjuih bibir.
Aqeela hanya menayang wajah selamba. Tak peduli dengan perlian abangnya itu. Dia melabuhkan punggung di antara Puan Safia dan suaminya.
"Uinaa mak buat nasi lemaklah harini. Eh awak kena rasa sambal telur ni. Selalunya kalau mak buat nasi lemak memang sambal telur ni abah yang buat. Sedap tau telur abah" teruja Aqeela memuji masakan Puan Safia tanpa sedar ayatnya membawa maksud lain.
Berdetang bunyi sudu garfu di meja. Aqeela yang terkejut itu segera menoleh melihat. Erk dah kenapa ni? dia melihat abahnya tersedak, manakala abang-abangnya semua sudah ternganga dengan sudu garfu milik mereka sudah mendarat ke atas meja.
'Aku ada salah cakap ke?' soal Aqeela dalam hati. Dia menoleh pula ke arah suaminya. Terjungkit keningnya melihat wajah Ayyash yang memandangnya seakan tidak percaya.
"Kau apahal ni macam nampak biawak dalam rumah je?" terus dia menyoal kepada Ayyash.
"P-Princess abah" dia menoleh semula ke arah abahnya. Wajahnya masih bingung. Kepalanya diusap perlahan oleh Puan Safia membuatkan dia lagi bingung.
"Eh dah kenapa dengan semua orang ni? mak apa yang jadi ni? along bagitahulah apahal tercangak macam orang bangang pagi-pagi depan makanan ni?" rungut Aqeela tak puas hati.
"C-Cinta. Kau memang tak sedar ke kau cakap apa tadi?" dia mengerut kening memandang wajah suaminya. Dia menjungkit kening sebelah tanda 'apa?'.
"Kan tadi kau suruh aku cuba sambal telur yang abah buat. Right?" soal Ayyash dibalas dengan anggukan kecil dari isterinya. Dia mengeluh dalam diam.
"Kau cakap telur abah sedap" serentak itu Aqeela membuntangkan matanya. Laju dia menoleh ke arah abahnya yang menjamah makan perlahan. Dengan pantas dia bangun dari kerusi menuju ke arah abahnya. Dia melutut secara mendadak membuatkan sekua orang terkejut.
"Cinta !"
Terjerit kecil Ayyash akibat terkejut dengan tindakan laju isterinya. Allahuakbar mahu luruh jantungnya.
"Abah...adik tak bermaksud nak buat hubungan dengan abah ! adik ada suami sendiri ! I'm really sorry for my miswords. M-Mak...adik tak buat tau benda bukan-bukan dengan abah. Sumpah demi nyawa adik !" mereka menepuk dahi mendengar ayat Aqeela. Apahal drama semacam ni ?!
"Ya Allah, mengapa Kau pendekkan kepintaran anak perempuanku. Sudahlah muka umum saja, malah saraf otaknya juga berselirat" kata Puan Safia pasrah.
"Eiy apa mak ni" Aqeela memuncungkan bibirnya sebelum bangun menuju ke arah kerusinya semula. Dia melabuhkan punggung sebelum melentokkan kepalanya seketika di bahu suaminya.
"Sudah, sudah. Sambung makan. Luth jangan malu-malu ya" kata Encik Haqimi.
"Baik bah"
•••••
"Selamat pagi bos ! tahniah atas perkahwinan bos ! terharunya saya dengar bos dah tak single huwaa bos tak pergi honeymoon ke" ucap Adam selaku pekerja di kafenya. Ya dia dan Aqeela sudah mula bekerja memandangkan mereka tidak merancang untuk honeymoon atau bercuti lama. Jadi, ada baiknya sambung kerja dulu.
"Selamat pagi yang tak indah sebab tengok muka kau. Thanks for the wishes tak payah nak acah terharu sangat. Kau sebenarnya nak aku cuti kan?" mengecil mata Ayyash memandang ke arah Adam yang tersengih-sengih. Bukan dia tak tahu pekerja seorang itu memang suka mengusik dia. Nasib kesian je kalau tak memang dah lama kena pecat.
"Eh mana ada ! tak baik bos fitnah saya. Dapat pahala kahwin terus hilang sebab fitnah saya di pagi hari haaa ayokkk bos balik bertaubat" seloroh Adam mengundang tawa dari mereka yang lain. Selain dua makhluk yang suka mengacau Ayyash, Adam satu-satunya pekerja di kafe itu yang berani mengusik lelaki itu.
"Eh aku balik peluk bini akulah. Kau ada? tak ada hm lemah. Buat kerja tu jangan mengelat" pesan Ayyash tegas sebelum meninggalkan pekerja-pekerjanya di tengah kafe.
Terdiam Adam dibidas begitu. Spontan tangannya naik memegang dada. Wajahnya menayang kerutan.
"Apahal sakit semacam eh?"
Syakir dan Mawar hanya menggeleng kepala menahan ketawa. Mereka memang bising kalau di dapur kafe tapi jika bos-bos mereka ada di kafe, memang susah mereka nak membuka mulut. Hanya Adam saja yang buat kecoh.
Sabar ya semua saya masih cuba mencari idea dan terus tulis cerita lagi satu tu. Bukan apa, sebab saya dah kena mula niaga jadi kemungkinan agak sibuk lepasni. Tapi jangan risau saya akan tetap update. (kot) Jangan lupa vote dan komen yall ! sayang semua readers ahaks mueh sekalian <3
![](https://img.wattpad.com/cover/353316322-288-k628719.jpg)
YOU ARE READING
The Handkerchief
RomanceStand Alone #1 •[[ Ayyash Luthfi x Aqeela Suhaila ]]• Di mana ada si jejaka, pasti ada si gadis. Kadang kala mereka kerap bertengkar tetapi selalu bersependapat dan sering bersama sehingga orang menganggap mereka sebagai pasangan. Tetapi, berlakunya...