BAB 67 🥀

2.1K 80 6
                                    

Dia menggaru kening yang tidak gatal. Tak tahu nak berbalah macam mana dah kalau pesakitnya kali ini dah macam orang tak betul.

"Ya saya tahu puan tak sakit. Tapi saya kena periksa juga badan puan mana tahu sebelum ni puan ialah pembawa tapi terjangkit pada suami puan. Tak lama pun periksa. Puan ambik cup kecil ni bawa masuk ke bilik air dan ikut je arahan nurse dekat belakang ya?" sehabis baik dah ni dia memujuk agar wanita di hadapannya turuti. Dari tadi asyik bertikam lidah. Pertama kali dia berjumpa dengan pesakit begini.

"Tapi kenapa pula saya yang kena buat? sepatutnya suami saya lah sebab dia yang sakit. Doktor tak adil tau sebab check dia gitu-gitu je. Saya pula kena buat benda ni. Ew apani?" dia membelek cup kecil serta beberapa alat lain.

Doktor yang bernama Parvitha itu mengeluh perlahan. Nak marah tapi kena sabar. Nak marah tapi pesakit. Dia menguntum senyuman lebar kepada wanita itu.

"Apa kata puan buat saja arahan yang saya bagi? nanti kita tengok result sama-sama. Saya jamin dan yakin puan dan suami puan takkan menyesal...kot" hujungnya itu diperlahankan sedikit agar tidak didengari. Mana lah tahu seandainya pesakitnya ini tidak bersedia.

Aqeela mengeluh seketika sebelum menoleh ke arah Ayyash yang seakan termangu sendirian. Ini dah kenapa? dah macam orang bangang je ni? haih.

"Hubby tunggu kejap eh? saya pergi belakang kejap. Kejap je okay? you're gonna be fine. Love you" tidak sempat Ayyash membalas terus dia melangkah ke arah belakang yang ditutupi dengan langsir. Dia menunduk kepala serta senyuman nipis kepada nurse yang menunggunya. Terus saja dia mengikuti arahan yang diberi.

Tak lama kemudian, dia keluar dengan tangan kosong. Cup tadi sudah diberi kepada nurse. Dia mengambil tempat di sebelah Ayyash yang terkebil-kebil memandangnya dengan wajah seperti minta simpati. Ish apahal comel sangat ni ?!

Mereka menoleh ke arah doktor yang tiba-tiba berdehem. Laju jari jemari doktor Parvitha menaip di papan kekunci dan akhir sekali dengan tap ! dia memandang ke arah pesakitnya. Dia menguntum senyuman lebar.

"Congratulations ! tahniah puan dan tuan. Dari hasil uj--"

"Cop cop cop ! apa yang tetiba tahniah ni? suami saya sakit ni" pintas Aqeela dengan wajah hairan.

"Entah. Doktor ni m-macam suka je pesakit macam saya ni a-ada penyakit. T-Tak baik tau doktor" tergagap Ayyash menutur kata. Bagus ke penyakit yang dia dapat?

Doktor Parvitha berdecit halus. Dia mengurut pelipisnya perlahan.

"Boleh tak bagi saya habis cakap dulu? tahu menyampuk je" dia menjeling seketika wajah mereka sebelum memandang skrin komputer.

"Eleh nak marah pulak dia. Ingat orang takut lah tu hmph" Aqeela menyilang tangan ke paras dada dengan wajah cemberut. Dia menyandar badan ke kerusi. Terjungkit keningnya melihat Ayyash juga mengikut lagaknya. Dia mengemam bibir menahan ketawa.

"Ehem. Saya ulang sekali lagi tahniah kepada puan dan tuan kerana bakal bergelar ibu dan ayah" terkaku mereka mendengar. Seolah terkena renjatan elektrik. Tidak mampu bergerak.

"W-What?" serentak mereka menyoal.

"Yes. You're pregnant puan. Sebab itulah suami puan muntah. Sebab morning sickness ni tak semestinya berlaku pada ibu mengandung tetapi boleh terkena pada si suami. Sebab itu saya cakap tadi puan ni pembawa. Bawa baby. Kalau ikutkan hasil dari ujian tadi, kandungan puan sudah memasuki 3 minggu dan janin dalam keadaan yang sihat. Tahniah sekali lagi puan dan tuan" dia menguntum senyuman lebar.

Aqeela dan Ayyash masih terkaku. Seolah tersedar, tubir mata Ayyash mula bergenang. Dia menoleh ke arah Aqeela. Tangannya laju memeluk erat tubuh Aqeela. Wajah disembam di ceruk leher Aqeela. Basah sekali lagi tudung Aqeela.

The HandkerchiefWhere stories live. Discover now