Bum !
Terangkat bahu mereka semua yang ada di dalam bilik gelap itu. Serentak mereka menoleh ke arah pintu. Mata masing-masing terbuntang luas. Bagai tidak percaya dengan apa yang dilihat oleh mereka.
'Damn she's hot' getus Ayyash dalam hati.
"Well well what do we have here" sindir Melissa dengan senyuman jengkel.
"Can't see human? poor eyes" dia mengetap rahang mendengar bidasan Aqeela. Wanita itu tenang saja walaupun di lengannya sudah berdarah. Mereka yang lain sedaya upaya menahan ketawa melihat wajah bengang Melissa.
"Kau nak apa hah ?!" jerit Melissa itu laju membuatkan mereka semua mengerut kening.
"Dia ni nampak Qee terus jadi bodoh ke" bisik Qalish di telinga Irsyad.
"Tak tahu weh nampak sangat bodohnya tu malu penculik lain" bisik Irsyad kembali.
"Jawablah sial !! kau nak apa ?!" berdetang pisau di lantai dilempar oleh Melissa. Tak tahan melihat Aqeela masih tenang berdiri di sisi pintu. Dia pula yang tak tenang.
"Kau culik hak aku. Boleh kau tanya aku nak apa? bodoh tu simpanlah jangan tunjuk depan orang" tenang saja suara Aqeela. Sikit pun dia tak gentar. Dia menyeluk tangan ke dalam poket mula berjalan perlahan ke tengah ruang bilik.
"Well kenapa eh sebenarnya kau culik diorang?" soalan Aqeela itu membuatkan Melissa ketawa perlahan. Tiba-tiba dia ketawa lantang. Aqeela menjungkit keningnya.
Gila rupanya.
"Kau pun bodoh. Dah tahu kenapa aku culik diorang tapi tanya lagi" kini giliran Aqeela pula ketawa perlahan.
"Aku syak Qee dah berjangkitlah dengan minah ni. Sama-sama tak betul" bisik Qalish perlahan namun didengari oleh Aqeela. Laju Aqeela berpaling menatap tajam ke arahnya.
"Diam" keras suara Aqeela membuatkan Qalish terdiam serta-merta.
Aqeela menoleh semula memandang ke hadapan.
"Aku tahu kenapa kau culik diorang. Cuma aku nak kau bagitahu depan semua orang sebab diorang tak tahu. Jelas?" soal Aqeela sebelum dia melangkah ke arah suaminya. Dia melabuhkan punggung ke atas riba Ayyash. Terkejut Ayyash dengan tindakan spontan isterinya.
Allahuakbar ujian apa lagi yang Kau berikan padaku ya Allah !
"Farah Melissa binti Haji Bakri" terkedu mereka mendengar nama itu. Tapi bukan nama suster ngesot tu tapi nama bapak tu haa.
"Bapaknya alim, anaknya.." kata Qalish.
"Setan" sambung Irsyad selamba.
"H-How..." tak mampu dia menerus kata. Sangat terkejut mendengar nama bapanya disebut. Macam mana perempuan tu tahu ?!
"Oh don't be so surprised miss Farah. I knew every single thing about you since 4 years ago. Especially before I got kidnapped" perkataan 'before' ditekan keras sambil tenang Aqeela menjawab namun wajahnya sudah berubah dingin. Masih dia ingat kesakitan yang dirasai secara fizikal mahupun mental. Amat terseksa walaupun hanya berlakon !
"B-Before ?!" terjerit kecil Melissa. Terkejut dengan maklumat yang didengar. Maknanya Aqeela dah tahu kerja dia selama ni ?!
Aqeela mengeluh perlahan sebelum dia bersandar seketika di dada bidang Ayyash. Namun dia seakan tersedar. Kembali duduk tegak dia berpusing melihat keadaan Ayyash yang tidak terurus. Dengan tubuh atas yang terdedah. Makin menajam matanya melihat satu tanda merah di leher Ayyash. Dia terus memandang mata Ayyash. Namun Ayyash hanya beriak seakan sebik seolah mengadu. Mata Ayyash melirik ke arah Melissa.
YOU ARE READING
The Handkerchief
RomanceStand Alone #1 •[[ Ayyash Luthfi x Aqeela Suhaila ]]• Di mana ada si jejaka, pasti ada si gadis. Kadang kala mereka kerap bertengkar tetapi selalu bersependapat dan sering bersama sehingga orang menganggap mereka sebagai pasangan. Tetapi, berlakunya...