BAB 16 🥀

2.7K 126 0
                                    

Manakala mereka yang lain melangkah ke ruang tamu melihat Aqeela masih bersandar di sofa rotan dengan mata terpejam.

"Qee bangun Qee. Kitorang nak masuk letak barang ni. Kau masuklah rehat" kata Manisha sambil menggosok perlahan bahu Aqeela.

"Hmm okay korang masuk dulu" dia mencelik sedikit matanya sebelum kembali terpejam.

Mereka hanya membiarkan saja tahu bahawa Aqeela masih penat memandu. Lantas mereka memasuki bilik sama juga seperti para lelaki kecuali Ayyash yang masih di ruang tamu bermain telefon. Sesekali matanya tertancap ke wajah Aqeela.

"Qee...bangun pergi masuk bilik sejuk luar ni"  lembut suara Ayyash cuba mengejut Aqeela namun gadis itu tidak bergerak.

'Penat betul gaya ni' getus Ayyash dalam hati.

"Tapir...bangunlah sebelum aku dukung kau masuk bilik memang tak keluar terus aku" bisik dari Ayyash di telinga kanan Aqeela berjaya membuatkan dia terjaga.

Laju dia berpaling ke arah bisikan tersebut. Buat seketika dia terkedu kerana wajahnya dan wajah Ayyash sangat rapat. Terasa hembusan nafas dan wangian Bvlgari BLV milik Ayyash menerombos masuk ke rongga hidungnya.

Gulp !

"Luth kau nampak tak aku punya pow-"

Bingkas mereka menjauhkan diri masing-masing sambil berdehem. Aqeela terus bangun mengambil bagasinya memasuki bilik lantas menutup pintu.

Manakala Ayyash pula hanya beriak kosong memandang ke arah telefonnya. Padahal hati sudah gelabah.

"Ooo dah kantoi lepastu kau buat aku macam halimunan eh sini?" soal Irsyad sambil mencekak pinggang.

"What? aku tak buat apa pon" jawab Ayyash selamba.

Terlopong Irsyad dibuatnya mendengar ayat tidak logik dari sepupunya. Matanya memandang ke arah sepupunya atas bawah.

Bodoh ke mamat ni dia pikir aku rabun agaknya.

"Soalan tu bijaklah sikit. Jelas aku nampak walaupun tak tahu konteks. Arh lantak lau lah mat. Nih aku nak tanya kau nampak tak aku punya powerbank?" tanya Irsyad.

"Ada dalam kereta kot pergi ah check" jawab Ayyash seraya menghulur kunci keretanya pada Irsyad. Dia hanya menyambut huluran itu lantas keluar mengambil barangnya.

Ayyash menguak rambutnya ke belakang. Buat seketika bibirnya melakar senyuman senget.

•••••

"Alhamdulillah kalau tekak korang okay dengan lauk kampung lega aku" balas Aqeela sambil tangannya mengutip pinggan-pinggan mereka. Terhenti seketika apabila lengan bajunya ditarik lembut. Matanya naik mendongak ke hadapan.

"Kitorang pulak basuh. Kau mesti penat dah pergi rehat depan" kata Ayyash seraya mengambil pinggan di tangan milik Aqeela. Bingkas dia berpaling ke arah sinki untuk memulakan kerja.

Qalish dan Irsyad juga turut mengemas meja makan dan membantu Ayyash. Mereka yang lain menguntum senyuman nipis lalu menuju ke ruang tamu.

Qarya membelek skrin telefonnya. Pukul 11:30pm. Dia menoleh ke arah rakannya yang lain juga sedang membelek telefon masing-masing.

"Ada plan nak keluar ke esok?" soalnya sambil memandang mereka bergilir.

"Hmm korang nak buat apa?" balas Aqeela kembali dengan soalan.

"Ikut kau lah. Kitorang okay je asalkan enjoy" jawab Manisha diikuti dengan anggukan dari Qarya dan Humeera.

"Enjoy apa?"

Mereka menoleh ke arah dapur. Para lelaki sudah siap dengan tugasan tadi.

"Esok korang ada nak pergi mana-mana tak?" soal Aqeela.

"Eh ikut kau lah. Kitorang mana tahu" jawab Qalish mendapat anggukan semua.

Aqeela mula menggaru keningnya yang tidak gatal. Lahai kalau ikut aku memang tidurlah jawabnya hm.

"Kalau macam tu esok aku bawak korang pusing kampung lepastu tengoklah macam mana kot tiba-tiba sampai tengah bandar" mereka mengangguk laju tanda setuju.

"Hm kalau macam tu pergi masuk tidur. Esok aku kejut. Biasanya subuh selalu jemaah" kata Aqeela sebelum dia bangun menuju ke bilik.

Mereka yang di ruang tamu memandang satu sama lain sebelum mengucap selamat malam dan berlalu ke dalam bilik masing-masing untuk beradu.

•••••

Kringgg~

Bunyi deringan jam kunci di telefon berjaya membuatkan dia terjaga dari tidur. Dia melirik ke arah angka yang terpapar di skrin telefon, 5:42am. Siapa gerangan itu? Semestinya Aqeela. Dekat kampung saja dia bangun awal tak mahu kena rotan dengan Tok Chah.

Dia bangun mencapai pakaian salin dan sarung tudungnya di kepala. Keluar dari bilik dia menuju ke bilik mandi.

Usai membersihkan diri, dia membuka pintu bilik mandi ingin menapak keluar. Baru sahaja menutup pintu, dia berpusing semula.

"Argh!" terjerit kecil lantas mulutnya ditekup dengan tangan kekar seseorang yang juga terkejut. Laju dia menepis tangan kekar itu. Matanya memandang sosok tubuh berdiri tepat di hadapannya dengan riak terkejut.

"Kau apahal menjerit pagi buta ni tapir?!" marah Ayyash dengan suara yang ditahan.

"Eh tenuk kau tu yang apahal congok depan ni lepastu suka hati tekup mulut aku! Bodoh batal wudhu aku ish!" dengus Aqeela.

"Kau lama sangat aku nak terkencing sia. Kau berak ke repair jamban?!"

Adoiii masuk kampung terus berubah yaa mat Lutpi ni 😭🤌🏻🤌🏻 gatal ! anak siapa ni? anak mak ayah dia lah 🫠 Teruskan membaca, vote, komen dan share dan sebagainya lah... lopee 🩷

The HandkerchiefWhere stories live. Discover now