Disclaimer : dari chapter ni, penulisan akan jadi panjang berjela 7 kaki, sebab nak pendekkan chapters. Maseh !
Setelah selesai program keusahawanan tahunan yang berlangsung selama 2 hari, mereka kini mula memfokuskan diri pada ujian akhir.
Lusa ujian harini baru buka buku. Aip bukan last minit tapi jadual padat yaa readers.
"Weh aku tak sabar nak habiskan final exam ni tapi dalam masa yang sama aku takutlah" kata Humeera sambil menggigit kuku.
"Betul aku setuju. Masalahnya sekarang aku lebih rasa mengantuk. Huwargh dari pagi kita study sampai sekarang dah lepas asar mat" sambung Manisha sambil mengusap besar.
"Kita rehat kejaplah weh otak aku dah bersimpang ni banyak sangat perkataan masuk. Kang ada kejap lagi mata aku sebelah kanan sebelah kini" kata Qarya meletakkan kaca matanya ke atas meja.
Dia berpaling menoleh layu ke arah katil sambil kaki mula melangkah. Kemana? katil lah tunggu lagi.
"Sebelum maghrib bangun balik" kata Aqeela. Dia tak rasa mengantuk sebab dah bedal 2 tin nescafe tadi huhu.
Mereka hanya menggumam tanda menyiya. Masing-masing merebahkan diri atas katil manakala Aqeela membelek telefonnya sebentar. Jarinya laju mengscroll tiktok sesekali bahunya terhinjut-hinjut menahan ketawa dari terlepas.
Tidak mahu menganggu lena mereka. Dia membuka aplikasi safari mencari doa-doa ringkas untuk menghadapi peperiksaan. Laju dia mengambil kertas dan pen untuk menyalin semula doa serta maksud tidak lupa juga diselit untuk rakannya yang lain.
Serasa lama dia berehat, dia melihat angka jam terpapar pukul 7:20pm. Dia bangun dari kerusi belajar, mengejut semua rakannya mengambil wudhu.
"Anak-anak syurga yang tidak disayangi sekalian mohon bangun ambik wudhu nak solat jemaah ni" sesekali dia mengetuk pintu almari terus terjaga mereka dari tidur kini menuju ke bilik air.
Setelah menunaikan solat maghrib secara berjemaah, mereka menada tangan menunggu bicara Aqeela selaku imam.
"Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Maha Pengampun Maha Berkuasa, kami memohon agar Engkau peliharalah kami dari ancaman bahaya, lindungilah kami dari malatapetaka, jauhkanlah kami dari segala hasad dengki manusia dan hindarilah kami dari hasutan syaitan, kurniakanlah kami cahaya syurga-Mu yang indah untuk menjadi petunjuk, agar kami sentiasa berada di jalan yang benar. Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau panjangkanlah umur seluruh ahli keluarga kami, umur seluruh sahabat kami, dan umur seluruh saudara Islam kami, Engkau berkatilah jalan kehidupan kami, restukanlah segala kebaikan yang kami berniat, jadikanlah takdir kami seindah pelangi yang dicipta, tiupkanlah angin kasih selembut sutera, limpahkanlah kurnia sepenuh lautan, perluaskanlah rezeki seluas alam semesta, kuatkanlah keimanan kami, tinggikanlah kesabaran kami agar mampu berdiri teguh menghadapi dugaan-Mu tanpa sebarang luka. Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau permudahkanlah segala urusan kami, terdiri daripada aku sendiri, Aqeela Suhaila diikuti Qarya Malika, Manisha Tasnim, Humeera Erina, Ayyash Luthfi, Qalish Mikael, Irsyad Athif serta rakan seperjuangan yang lain agar tenang menduduki peperiksaan lusa hari. Engkau lindungilah kami dari segala fitnah dan hasad dengki manusia. Sesungguhnya percaturan-Mu sangat berkuasa, ampunkanlah segala dosa yang telah kami lakukan, kami leka dengan dunia yang penuh dengan fana manusia, Engkau jauhkanlah kami dari keburukan dan hasutan iblis yang boleh memesongkan hati kami. Sesungguhnya Engkau adalah pemilik asal kami. Aamiin ya rabbi" panjang lebar doa yang diucap Aqeela membuatkan mereka di belakang menitiskan air mata tak mampu tahan sebak.
"Aamiin" ucap mereka setelah meraut wajah sambil mengesat air mata lalu bersalaman sesama sendiri.
"T-terima kasih Qee. K-kau tak pernah lu-pa nama kitorang d-dalam doa kau" ucap Qarya sambil tersedu-sedan.
Mereka yang lain turut mengangguk laju bersetuju.
"Sama-sama. Kita kan dah janji nak berjuang sekali kan? Nanti inshaAllah kita berjaya pun sekali" balas Aqeela sambil bibir melakar senyuman lebar.
"Kita k-kahwin pun sekali lah ek" semua mata memandang ke arah Manisha pelik.
"Kesitu pulak dia" tergelak mereka semua sebelum memeluk sesama sendiri. Group hug !
"Dah jom sambung study"
•••••
"Assalamualaikum syurga, tengah buat apa tu?" soal Aqeela sambil matanya tidak lepas menghadap kertas lama untuk diulang kaji. Sempat matanya mengerling ke arah jam mejanya 8:40am.
Sudah saja solat subuh, dia membuka Al-Quran dan membaca surah Al-Mulk seketika. Kini dia berada di meja belajar.
"Waalaikumsalam adik, mak tengah siram pokok ni haa. Adik buat apa?"
"Tengah study"
"Dah sarapan ke dik? kalau belum pergi sarapan dulu jangan biar perut kosong nanti gastrik lagi payah"
"Iyaa Puan Safia...anakmu ini sudah bersarapan roti dan air milo panas tadi" tergelak kecil dia mendengar pesanan maknya.
"Yalah. Kalau tak cukup duit bagitau kat along, takyah diam sangat hang tu mau ada sepuluh ringgit dalam bank pun hang takmau habaq"
'Ha sudah ni keluar loghat utara memang maknya masuk mode singa' getus Aqeela dalam hati.
"Yaa syurga Su..nanti Su bagitau along yaa? Nih Su nak sambung study boleh syurga?" lembut Aqeela menyoal. Dia tahu Puan Safia akan mengalah tiap kali dia menggelarnya 'syurga'.
"Ish yalah pandailah pujuk mak. Pergi sambung study sana, belajar elok-elok, doa banyak-banyak inshaAllah semua dipermudahkan. Jangan lupa doa untuk kawan-kawan sekali" pesan Puan Safia.
"Baik mak. Assalamualaikum bye syurga" tersenyum dia mendengar pesanan akhir Puan Safia. Itulah salah satu sikap mak abahnya yang dia suka, selalu berpesan untuk mendoakan orang sekeliling.
Dia meletakkan panggilan lalu sambung mengulang kaji.
"Waalaikumsalam " jawab Puan Safia sambil tersenyum lega.
•••••
"Weh a-aku nervous duh" kata Qarya matanya naik memandang ke pintu dewan.
Gulp !
"Sama weh..aku takut.. kalau tiba-tiba otak aku blank" balas Manisha. Tangannya menggenggam erat lengan rakannya yang lain.
"Kalau negatif fikiran kau memang hasil nanti macam tu lah. Doa je banyak-banyak, istighfar, tenangkan diri inshaAllah dipermudahkan" kata Aqeela sambil tangan naik mengusap bahu menenangkan mereka.
"Betul. aku setuju dengan Qee. Kalau boleh korang mengucaplah sekali" sampuk Humeera sambil tersengih.
Kini mereka mula melangkah masuk ke dalam dewan mengambil tempat duduk masing-masing setelah diarahkan oleh pengawas bertugas.
Manakala para jejaka juga mengambil ujian di dewan yang lain tetapi hari yang sama. Hanya berlagak tenang walau hati sudah dilanda taufan.
"Tenang ribut jiwa" suara yang agak sumbang mengalihkan pandangan dua pasang mata milik Ayyash dan Irsyad ke arah tersebut.
"Jangan nak tenang sangatlah kau tu hadap je kertas terus terketar" sindir Ayyash mengejek.
"Jangan gitulah aku tengah tahan ni takmo lah tunjuk. Kasi aku sedapkan hati ni" jawab Qalish sambil menjuih bibir.
Kitonyo nebes !
"Tak payah sedapkan hati sangat. Alih-alih dekan jugak kau tu nanti acah je lebih dalam dewan lah kau nak buat drama pun" bidas Irsyad sambil menggeleng perlahan kepalanya.
"Biadap ini jantan. Kau diamlah anak cina" balas Qalish menjeling tajam ke arahnya.
"Eh bodoh kalau aku anak cina kau pun anak cina lah! kau tak sedar diri eh bapak kita keturunan sama" marah Irsyad dengan nada yang ditahan.
"Nyenyenye bisinglah nyamuk" Qalish buat tidak endah bebelan sahabat merangkap sepupu itu.
Terus terdiam mereka setelah pengawas pemeriksaan mula mengedar kertas ujian. Allahuakbar. Mata mereka bertembung bergilir-gilir sambil mengangguk kepala. Goodluck !
Chaw yeorobun ! malas taip panjang, teruskan membaca, vote, komen and share ! lope~
YOU ARE READING
The Handkerchief
Любовные романыStand Alone #1 •[[ Ayyash Luthfi x Aqeela Suhaila ]]• Di mana ada si jejaka, pasti ada si gadis. Kadang kala mereka kerap bertengkar tetapi selalu bersependapat dan sering bersama sehingga orang menganggap mereka sebagai pasangan. Tetapi, berlakunya...