BAB 65 🥀

1.9K 65 7
                                    

"Hubby ! hubby ! tengok tu wah macam sama je kembar ke eh?" dia tersengih tak bersalah melihat wajah suaminya mencuka. Mana taknya kalau disamakan dengan buaya.

Selesai saja bersarapan pagi di hotel, terus mereka keluar bersiar di bandar-bandar Sabah. Kini mereka tiba di Taman Buaya, Tuaran. Sungguh gerun melihat buaya yang dipelihara di taman buaya itu. Besar besar belaka ! Namun dia teruja. Yalah jarang dia jumpa buaya besar gedabak macam ni selalu jumpa tepi jalan kecil je.

Eh bukan ! itu biawak bukannya buaya adoi Aqeela 😭

"Hubby ! tengok tu ada arnab lah. Eh buaya sini tak makan dia ke hubby?" dia menyoal pelik ke arah suaminya yang masih mencuka. Tergelak kecil dibuatnya. Lantas dia memeluk pinggang Ayyash dan mengucup sekilas pipi Ayyash.

"Ish apa cinta ni tak malu ke cium orang eiy" rungut Ayyash sebelum dia meninggalkan Aqeela terpinga-pinga.

"Blushing lah tu lahmak jantan ni ingat aku tak nampak ke telinga tu merah. Tch" gumam Aqeela perlahan sambil menatap tajam belakang tubuh suaminya. Dia menjuling matanya ke atas sebelum berlari anak mengikuti langkah Ayyash. Terus dia menyulam jari jemari mereka dihayun perlahan. Hah kiyot !

"Lepasni kita nak pergi mana?" soalnya sambil memandang wajah Ayyash dari tepi. Handsomenya anak siapa ni? eh salah soalan. Suami siapa ni? haa suami saya la ahaks. Gedik kau nyah !

"Entah"

Dia mengerut kening mendengar jawapan acuh tak acuh dari Ayyash. Dia mengetap bibir geram sebelum tersenyum nakal. Dia memberhentikan langkah serta-merta Ayyash juga berhenti. Dia menjengketkan kakinya dan membisik sesuatu di telinga Ayyash. Sempat dia menilik telinga Ayyash mulai merah.

Dia menjarakkan kedudukan mereka dapat dia lihat Ayyash menatapnya dengan pandangan tajam. Wajah juga sudah tegang. Gulp ! dia salah caturan ke ni?

"Jangan cabar aku kalau..." dia mendekatkan bibirnya di telinga Aqeela yang dilitupi dengan tudung.

"K-Kalau?"

"Kalau kau masih nak berjalan normal" terus dia melabuhkan kucupan lembut di pipi gebu Aqeela sebelum menarik lengan Aqeela menyambung perjalanan. Dia tersenyum sinis tatkala dapat merasakan seperti dia mengheret Aqeela sekarang. Dah macam patung hahah.

•••••

Asalnya mahu bersiar di bandar Tuaran. Tetapi tiba-tiba Ayyash kata penat jadi mereka pulang ke hotel. Sudahnya, mereka menyinggah pasar malam dulu membeli makanan dan terus balik makan di bilik. Siap saja solat maghrib, mereka terus berehat di balkoni. Nasib saja balkoni mereka agak terlindung dengan kain kain dan pokok bunga. Terbentang pula suasana malam Sabah di hadapan mereka.

Aqeela melihat ke bawah. Biasan lampu lampu kenderaan dan juga lampu jalan menyinari sekitar jalan raya membuatkan dia tersenyum nipis. Serasa angin sejuk mulai menampar wajahnya, dia memejamkan mata seketika. Walaupun agak sejuk kerana dia memakai dress labuh dan cardigan, serta tudung sarung tetapi masih sejuk.

Tersentak bahunya tatkala terasa sesuatu melingkari pinggangnya. Terus dia menguntum senyuman. Ayyash meletakkan dagunya ke atas bahu Aqeela. Dia memejamkan mata saat bau wangian yang terbit dari tubuh Aqeela mulai memasuki rongga hidungnya.

"Cinta" Aqeela menggigit bibir bawahnya saat suara serak milik Ayyash memasuki gegendang telinganya. Nak goda ke apani?!

"Hmm"

"BabymadeinSabahjom" dia mengerut kening apabila mendengar Ayyash tiba-tiba bercakap laju. Sudahlah laju, macam cakap dalam selimut pulak tu. Mana taknya kalau bibir lelaki itu menekap di bahunya.

"Hubby cakap apa ni laju sangat"

Ayyash menarik nafas dalam sebelum dia menjarakkan kedudukan mereka. Lantas dia memusingkan tubuh Aqeela menghadapnya. Matanya menikam dalam ke arah mata isterinya.

"Baby made in Sabah jom"

Gulp. Seram pula dia rasa lepas terkena pandangan si suami. Tajam bebenor memang gaya nak terkam dah ni.

"H-Hubby sekarang baru lepas magh- argh ! eh kau gila angkat aku macam tu? jatuh kang" marah Aqeela saat pinggangnya dipeluk kejap sebelum diangkat ke atas bahu Ayyash. Dah macam guni dibuatnya aku ni.

"You're so hot even you covered yourself" dia memejam mata apabila terdengar pujian si suami secara tiba-tiba. Tahulah apa maksudnya itu.

"Bismillah..."

Haa sudahlah lebih lebih pulak korang ni. Biar dorang layan keindahan malam. Korang? layan kdrama je lah. Eh siapa tahu kdrama best yg latest tapi happy end? dekat mana boleh tengok eh? Btw please do vote and comment. Naikkan lah seri sikit huhu. Kalau tak best bagitahu lah. Tau? tau? mueh semua <3

The HandkerchiefWhere stories live. Discover now