BAB 59 🥀

2.1K 86 6
                                    

"Buat kali yang terakhir, saat yang kita nantikan telahpun tiba. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan CEO kepada Vlactory Nights iaitu syarikat perkapalan yang terkemuka di pelusuk tenggara untuk naik ke pentas"

Tercengang mereka semua melihat seorang wanita yang memakai dress hitam elegan menaiki pentas. Tak sangka ceo kali ini merupakan seorang wanita.

Matanya bertembung dengan Alex. Masing-masing berbalas anggukan sebelum dia melabuhkan punggung dan mengangkat kepalanya mendongak memandang ke hadapan.

Tergamam mereka memandang tepat ke wajah wanita itu. Serentak semua menoleh ke arah Ayyash yang juga terkedu. Lidahnya kelu tidak boleh menutur kata. Mata tidak berkelip menentang mata wanita itu. Ya Allah !

"A-Aku tak salah dengar kan? syarikat perkapalan? Qee?" bisik Manisha tergagap di sebelah Hazwani. Namun, Hazwani juga ternganga melihat sepupunya di atas pentas.

Aqeela ;

"Dipersilakan puan untuk memberi ucapan" tersentak mereka dicantas oleh pengacara majlis sebegitu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dipersilakan puan untuk memberi ucapan" tersentak mereka dicantas oleh pengacara majlis sebegitu. Tiba-tiba suasana dewan menjadi sunyi dan dingin. Ada yang sejuk tapi bukan ais !

Rayden yang dari tadi tidak lepas menatap wajah itu terus menutup matanya lama. Hatinya berdebar, dadanya mulai sesak. Dia cuba mengatur nafas sebaik mungkin. Sukar untuk dia mencelik mata. Dia takut kalau semua ini hanya mimpi.

"Ehem" fuh berdebar jantungnya kali ini. Ayyash menekap tangannya ke dada perlahan. Ya Allah, apa yang Kau cuba uji pada aku?

"Assalamualaikum para hadirin semua. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan Alex kerana mengizinkan kami untuk memperkenalkan diri dan bisnes kepada orang ramai. Kedua, saya ingin memohon maaf jika kehadiran saya buatkan anda tidak selesa. Seperti mana tuan Dariel beritahu sebentar tadi, ada kejutan yang akan berlaku jadi harap bersabar" terhenti seketika sebelum dia mengambil nafas panjang dan dihembus perlahan.

"You can do it El" bisik mereka tiga serentak pada wanita itu. Dia hanya mengangguk kepalanya perlahan.

"Adalah saya, Aqeela Suhaila binti Megat Suhaimi selaku CEO kepada syarikat perkapalan dan juga pemilik kedai bunga Qee's Flowery. Untuk sekian kalinya, saya memohon maaf kerana menghilangkan diri begitu lama dengan kematian palsu. Saya mohon maaf atas pemergian saya yang lebih setahun ini mengundang banyak masalah dalam hidup hadirin semua. Saya mohon maaf kerana hadirin semua meratapi kematian yang tidak pernah berlaku. Dan--"

Berkerut kening mereka tiba-tiba saja percakapannya terhenti. Alex, Dariel dan Fatteh mulai risau dengan rakan mereka yang seakan pucat. Nafasnya juga mulai laju. Terus mikrofon ditolak tepi oleh Alex. Kini mereka menumpu perhatian sepenuhnya kepada Aqeela.

Panic attack ?

"El? hey look at me" lembut suara Alex cuba menenangkan Aqeela. Namun, tidak terjadi apa-apa. Orang ramai beriak risau dengan kejadian yang tidak disangka.

The HandkerchiefWhere stories live. Discover now