Usai menunaikan solat isya jemaah, mereka menjamah makan dan merehatkan diri di ruang tamu. Qarya menilik jam dinding, pukul 11:15pm. Dia menguap seketika.
"Besok hampa balik waktu mana" tanya Tok Chah sambil tangannya mengopek kuaci. Matanya ralit memandang televisyen. Tengok bola lah apa lagi.
"Lepas sarapan tok" jawab Manisha. Tangannya perlahan mengambil kuaci yang telah dikopek oleh Tok Chah.
"Hmm besok aku masak peknga pisang dengan cucoq dahlah"
"Boleh ja tok. Takyah masak beria lah pagi buta" sampuk Aqeela dengan matanya tidak lepas memandang televisyen. Tak minat sukan tapi layan je lah huhu. UiTM FC vs TER memang dia layan sebab dia pun pelajar uitm.
"Halah aku taulah" Tok Chah jeling sekilas ke arah cucunya.
"Nih Su. Lepaih habis belajaq hang nak buat apa? kawin?" tersedak Aqeela yang sedang minum air. Perit tekak bingit telinga tiba-tiba rasa bisu. Dia buat-buat tak layan akan soalan tadi.
"Hoi aku tanya nih buleh buat pekak budak bertuah nih!" marah Tok Chah sambil mengusap belakang badan cucunya. Loqlaq !
"Hah? err..S-Su nak kerja dululah tok takmau lah kawin" jawabnya berhati-hati. Dia mula menggentel kuaci perlahan.
"Awat takmau kawin pulak? calon belambak hang ni nak memilih pasaipa" tanya Tok Chah tak puas hati. Berkerut dahi wanita tua itu.
"Calon belambak apanya tok sorang pun tak kelih. Tok ni merapu ngat aih" balas Aqeela sambil menjuih bibir.
Kata je taknak kawin tapi teringin sebenarnya tapi awal lagi tapi tapi argh ! Satares !
"Lah duk pening apa hang nih. Tu Lutpi ada" balas Tok Chah selamba. Sudahla menukar nama anak orang boleh pulak dia jadi ejen jodoh.
"Hah?! nih tenuk nih?! eiyy takmau lah tok. Baik Su usha lembu dari muka dia tiap hari" sekali mukanya dibuat seakan geli.
Ayyash yang mendengar itu mengetap bibir rapat. Dia menarik nafas dalam.
"Eh tapir kau pikir kau tu cantik sangat hah?! elok sangat?! eiy harap ada rupa tapi perangai pun tak semenggah. Memang taklah aku nak akadkan kau baik aku cari perempuan lain dekat uni tu" marah Ayyash dengan nada tertahan sambil bercekak pinggang.
Mereka yang lain menahan ketawa manakala Aqeela sudah tercengang. Biadap ini jantan ! kau sabajap...
"Hoi mambang minyak! muka macam Pak Man stopa ada hati pulak kutuk aku! ceh kau nak cari perempuan lain konon kau ingat aku taktahu ke kau selalu usha aku dekat kafe Melati tu?! kau pikir aku nak sangatlah dekat kau?! eh tenuk aku nih kenyit mata berderu beratur" balas Aqeela sambil melipat tangan ke dada. Dia menjuling mata ke atas. Menyampah !
Ternganga mulut mereka mendengar ayat Aqeela. Sudahlah digelarnya Ayyash tu mambang minyak.
"Luth...usha kau?" soal Qalish dengan riak tidak percaya. Mata mereka serentak memandang ke arah Ayyash yang terkaku terkedu terkejut lalu terkentut. Eh? heheh taklah.
"B-bila masa aku usha kau?! perasanlah kau mana tahu kot aku tengok orang lain. Tiber je kau. Muka macam Mak Leha tepi rumah aku je memang taklah aku nak pandang" sindir Ayyash berpaling ke arah televisyen. Dia menelan kesat air liur. Macam mana kantoi aku usha dia?!
"Ceh taknak ngaku sia. Kau pikir kalau duk 5 meter tu aku tak nampak lah? bangau agaknya kau ni simpanlah sikit tunjuk bijak je risau turun dekat anak kau nanti. Kesian dapat bapak otak tiga suku" bidas Aqeela sambil menggeleng kepala perlahan.
Mereka yang lain mengemam bibir menahan ketawa. Tok Chah juga turut serta. Dia melayan aksi mereka dari tadi. Bibirnya melakar senyuman nipis.
"Anak aku anak kau jugak nanti. Kau sabar nanti, sampai masa..bukak je mata kau tu dah nampak muka aku sebelah kau. Sabar ye sayang" balas Ayyash seraya mengenyit mata sebelah ke Aqeela. Terkaku sebentar Aqeela malah sudah tidak bersuara. Jantungnya berdetak laju tidak pasti samada gugup atau suka.
"B-Blah lah kau. Malaih layan" balas Aqeela tergagap laju dia bangun memasuki bilik dan menutup pintu bilik.
Terletus ketawa mereka di ruang tamu melihat gelagat Aqeela yang berlari seperti lipas kudung. Ayyash hanya tersenyum senget. Alahai baru usik sikit dah gelabah. Tok Chah hanya tersenyum senang hati.
•••••
"Ika..Anim..Meera..bangun bangun subuh ni" kejut Irsyad di sebalik pintu sambil mengetuk bertalu-talu.
Pintu dibuka sedikit dari dalam, kelibat Humeera menjenguk sedikit ke arahnya dengan tudung senget. Irsyad yang melihat hanya tersenyum nipis.
"Bangun nak subuh ni" kata Irsyad dengan lembut. Humeera hanya menggumam perlahan lalu menutup pintu. Dia menggeleng kepala berlalu ke biliknya semula.
Tudung senget pun comel ahaks !
"Eh? kau dah kejut diorang ke?" tanya Ayyash yang baru keluar dari bilik memakai kopiah.
"Ha'ah dah. Eh Qee je belum"
"Takpe biar aku kejut" terus Irsyad mengangguk membiarkan saja Ayyash mengejut rakannya itu.
Tangannya naik mengetuk bertalu di pintu bilik.
"Aqeela Suhaila bt Megat Haqimi bangunlah woi tapir! nak subuh dah ni kejap lagi nak sarapan lah nak bersiap nak balik! kang nanti kau-"
"Pagi buta kau memekak kalah mikrofon surau ni kenapa tenuk?!" marah Aqeela sambil melempar tuala mukanya ke muka Ayyash. Geram !
"Hehehe alaa kau ni lama sangat tidurnya kang terlepas subuh payah nak kejar balik" jawab Ayyash selamba mengembalikan tuala muka kepada Aqeela.
"Biarlah bising je kau ni kalah-"
"Haa menjawab menjawab cium kang baru tahu" ugut Ayyash seraya merapati Aqeela.
"Ish tepilah! gediklah tenuk ni" dengus Aqeela seraya menolak bahu Ayyash ke tepi dengan berlapik tuala. Ayyash terus mengangkat kedua tangannya tanda mengalah.
Usai menunaikan solat subuh jemaah, mereka mula membantu Tok Chah di dapur menyediakan sarapan. Selesai hidang, mereka mula menjamah makanan dengan berselera.
•••••
"Bawak keta leklok. Jaga diri sama nanti sampai kirim salam aku dekat mak pak hampa" pesan Tok Chah.
"Baiklah tok. Kami pi dulu nah tok jaga diri tau? assalamualaikum" kata Aqeela selepas memeluk tubuh wanita tua itu.
"Yalah aku taulah. Dah-dah pi gerak satgi lambat. Waalaikumussalam"
"Babai tok!!" serentak mereka mengucapkan selamat tinggal pada Tok Chah sebelum membunyikan hon kereta lalu bergerak keluar ke atas jalan.
Tok Chah hanya melambai sambil memberi senyuman nipis. Berat hati tuanya mahu berpisah tapi apakan daya mereka juga punya kehidupan sendiri. Dia memasuki rumah lantas menutup pintu.
Tepat pada pukul 11:40pm, mereka tiba di rumah keluarga Aqeela. Usai mematikan enjin, mereka keluar dari kereta dan mengangkat barangan masing-masing. Mereka tidak boleh masuk ke kampus kerana waktu terhad sehingga jam 11 malam jadi mereka singgah di rumah keluarga Aqeela sahaja.
Taklah terlalu terhad waktu kebenaran keluar dekat uitm sebenarnya, tapi kalau di kampus sya dulu, memang begitulah curfew nya 🤣 taktau lah kot kampus uitm lain jadual lain. Tapi mostly sama je ye dak? entahlah~

YOU ARE READING
The Handkerchief
Roman d'amourStand Alone #1 •[[ Ayyash Luthfi x Aqeela Suhaila ]]• Di mana ada si jejaka, pasti ada si gadis. Kadang kala mereka kerap bertengkar tetapi selalu bersependapat dan sering bersama sehingga orang menganggap mereka sebagai pasangan. Tetapi, berlakunya...