Part 2

647 26 0
                                    

Becky Pov

Becky masih berada di cafe miliknya. Setelah lunch bersama kawan-kawannya, Becky memutuskan untuk menunggu di cafe tersebut dan melihat-lihat dokumen kewangan cafe yang diberi oleh Irin. Tak lama selepas itu, muncullah ayah Becky di cafe tersebut. Neo (ayah Becky), mendekati anaknya yang sedang membelek2 dokumen di tangannya.

"Dah lama tunggu boss?" Neo yang berada di depan Becky melemparkan sengihan kepada Becky.

"Ayah dah kenapa. Yang sengih macam monyet nak beranak kenapa?"

Neo membelalakkan matanya apabila mendengar Becky menyamakannya dengan monyet.

"Seriously Bec. Muka hensem macam ni kau samakan dengan monyet nak beranak? Cuba samakan dengan panda ke, Okey juga. Comel." Balas Neo lalu duduk di hadapan anaknya.

Becky melihat ayahnya atas bawah dengan tatapan tidak percaya dengan kata-kata ayahnya.

"Betullah panda. Tapi itulah, lebih banyak ke arah dugong." Becky balas sambil menjeling. Neo yang mendengar hanya menggelengkan kepalanya.

"Baiklah Bec. Anak ayah macam mana hari ni? Sihat? Muka pucat ja ni. Skip makan lagi?"

"Relax ayah. Becky okay. Ha.. Ada apa suruh Becky datang sini. Ada apa-apa yang boleh saya bantu, yang mulia Tuan Neo." Ucap Becky sambil mengemas dokumen yang dibacanya tadi.

Neo yang mendengar soalan anaknya, kembali tersengih. "Lah, dia sengih macam dugong lagi."

"Bec, ayah tengah seriouslah." Neo menampar kecil kepala anaknya. "Ayah nak Becky sediakan satu jawatan kosong dekat company tu. Nenek minta tolong anak jiran dia. Dia tengah cari kerja. So, nenek call ayah tadi."

"Jiran mana pula kali ni?" Soal Becky sambil menghirup kopinya.

"Jiran dugong. Jiran dialah Bec. Anak ayah ni dah kenapa lembab hari ni?"

"Astaga pakcik tua ni. Orang tanya je la." Balas Becky lalu menyisir rambutnya ke belakang.

"Nenek cakap Freen yang nak kerja. Ingat dia tak?" Neo merenung anaknya dengan tanda tanya.

Kening Becky bercantum menunjukkan dia tengah berfikir tentang orang yang disebut ayahnya. Setelah 5 minit berfikir, "Entah. Tak ingat. " Dengan santai dia menjawab.

Neo mengeluh dengan deras. "Ayah mengeluh kuat-kuat ni kenapa? Sesak nafas ke? Dah tak lama?" Soal Becky dengan pura-pura cemas.

Mendengar soalan Becky, Neo melebarkan matanya. Tak sangka dengan soalan yang keluar dari mulut anaknya. "Oii pendek, aku ayah kaulah. Gurau kasar nampak. Aku siku juga budak ni nanti." Balas Neo dengan renungan maut.

Mendengar suara ayahnya yang meninggi, Becky tersenyum. "Hehehe.. Sorry. Terkasar." Sengih Becky. "Nanti ayah bagitahu nenek suruh si Freen tu datang 3 hari lagi. I need second PA. Kerja ayah banyak sangat." Sambung Becky dengan wajah serious.

Neo hanya menganggukkan kepalanya dan melanjutkan percakapannya dengan anaknya. Neo dan Becky sememangnya rapat sehinggakan hubungan ayah dan anak itu nampak seperti hubungan antara kawan. Sepanjang kebersamaan mereka, tidak pernah sekalipun mereka serious. Yang ada hanyalah gurauan yang menjadi-jadi. Hanya dengan cara ini, hubungan mereka sentiasa rapat walaupun masing-masing sibuk dengan kerja sendiri.


TBC


Satu Rasa HatiWhere stories live. Discover now